Chapter 7

Romance Completed 17935

BAB 7

Hari ini begitu mengelirukan. Permintaan maknya kali ini benar-benar mengganggu fikirannya.

Salleh resah,permintaan maknya untuk pergi merisik anak dara di kampung sebelah benar-benar mengusutkan fikirannya.Bukan dia nak membantah cakap orang tua.Kalau sebelum ni memang dia akan serahkan bulat-bulat pada kedua ibubapanya tapi sejak dia bertemu dengan sorang gadis di stesen bas hari tu hatinya mula berbolak balik.

Dia ingin bertemu lagi gadis itu.Tapi malangnya dia langsung tak ada maklumat pasal gadis tersebut.Bukan itu saja nama gadis tu pun dia tak tahu.

Arghh..Salleh duduk di birai katil.Teringat kembali perbualan dia dengah emaknya tengahari tadi.

"Leh cuti lamakan? Mak ingat nak ajak Leh ke Kampung sebelah.Nak tunggu LEh bawa menantu untuk mak sampai sekarang pun masih tak ada apa-apa lagi." Salleh mengeluh.

Sebelum ini memang tiada sesiapa untuk di perkenalkan pada maknya itu.Tapi,kali ini berbeza.Hatinya sudah terpaut tapi masalahnya dia sendiri tak kenal gadis itu.Minggu lepas ketika dia sedang meronda-ronda di pekan,dia berhenti berehat sebentar di stesen bas.Pelbagai ragam manusia yang di temui menarik perhatiannya.Kerjanya sebagai seorang pramugara memang sibuk.Banyak tempat di lawatinya tapi takkan sama dengan kampung halaman sendiri.Biarpun hujan emas di negeri orang,tapi hujan batu di negara sendiri tetap di rinduinya.

"Mak,bagi Mal masa mak,sikit hari ja lagi."Salleh cuba memujuk maknya lagi.Dia ingin sekali lagi keluar mencari gadis ter sebut.

"Mak bagi masa kat Leh sampai hujung minggu ni saja.Apa nak jadi pun minggu depan,Leh tetap kena ikut kami.Bukan mak nak paksa Leh nikah pun.Sekadar nak pergi menengok.Kalau tak berkenan tak apa.Dah tak ada jodoh.Nak buat macam mana."Mak Salleh bernada sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience