Chapter 9

Romance Completed 17935

BAB 9

"Aisyah,dia orang dah sampai la." Kak Chaca bersuara sambil mengintai di sebalik tingkap dapur.Ada dua biji kereta.Sebiji kereta Mak Nani.Sebiji lagi..erm mungkin yang nak datang merisik aku la tu.Aku intai juga.Ada lima orang dalam kereta tu.Dua wanita tiga lelaki.Dua lelaki muda.Yang sorang tu berjanggut sikit.Tapi pakaiannya kemas.Segak juga orangnya.Yang sorang lagi tu terlindung sikit.Agak-agak yang manalah yang nak di jodohkan dengan aku.Aku berkata sendiri dalam hati.

"Agak-agak Aisyah yang mana satu anak teruna?" Kak Chaca tanya aku.Aku angkat bahu.Dah tak boleh nak bersuara dah.Kelu.Dah rasa membeku dah satu badan.Gabra beb!!!

Rombongan Mak Nani masuk ke dalam rumah.Rumah kampung, tapi tetap cantik,berlantai marmar dan berkarpet ala-ala permaidani gitu.Tetamu di pelawa masuk.Salleh memandang sekitar rumah.Tak ramai sangat.Yang menyambut kedatangan mereka cuma dua wanita dan dua lelaki.Ada tiga orang kanak-kanak yang masih kecil sedang bermain di satu sudut.

"Jemput la,..ni Mak Nani ajak la mereka duduk."Ramah Pak Abu mempelawa tetamu-tetamunya.Selesai bersalam-salaman masing-masing mengambil tempat duduk.

Selepas dua puluh minit berborak,air pun dihidangkan.Siapa yang hidang.Ermm..tentulah Aisyah dengan kakaknya itu.

"Err..Aisyah,.. duduk sini." Puan Siti menyuruh Aisyah duduk di sebelahnya.Aisyah patuh.Wajahnya cuba di senyumkan tapi terasa kaku.Salleh pula macam terkena renjatan elektrik sebaik terpandang Aisyah.Tapi,sebentar cuma kerana selepas itu ada senyuman terukir di bibirnya.

"Inilah anak dara kami,Asiyah Syakila." Puan Siti memperkenalkan Aisyah pada tetamu.Aisyah tertunduk.Malu gler.Aisyah cuba mendongakkan kepala memandang sorang demi sorang tetamunya dan matanya bertemu pandang dengan Salleh.Salleh mengukirkan senyuman tapi Aisyah buat wajah selamba.Control Aisyah la tu!! Hehehe..

"Ni,macam mana,anak daranya sudah tengok,rasanya jadi ke tidak?"Mak Nani bersuara.Semua mata memandang Salleh.Aisyah pula minta diri untuk ke dapur semula.Tak sanggup pula rasanya nak berlama-lama bersama tetamu -tetamu yang bertandang tu.Bagai nak gugur jantung di buatnya.Lebih-lebih lagi bila terpandang lelaki yang duduk bertentangan dengannya.Asyik merenung saja kerjanya.Fuhh!!! Walaupun begitu Aisyah rasa lega.Seksanya sudah lepas untuk hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience