Chapter 10

Romance Completed 17935

BAB 10

Hari yang ditunggu...

Riuh rendah rumah aku hari ini.Saudara mara sudah berkumpul semuanya.Jiran tertangga pun sudah ramai yang datang untuk bergotong royong.Majlis kenduri di kampung memang meriah dengan acara gotong royong.Apa yang aku paling suka bila time kenduri macam ni lah semua adik beradik balik.Kak Ema memang tinggal di kampung ni saja.Abang Asri bekerja di KL.Kalau abang aku ni yang balik memang tunggang langang rumah kami.Anak kembar abang Asri memang lasak betul.Dua orang adik aku yang masih belajar pun ada bersama.Nak buat kenduri pun kena tengok tarikh jugak.Bukan main buat aja.

Majlis berlangsung cukup meriah.Dengan sekali lafaz aku dah sah jadi isteri Salleh.Walau berkahwin bukan kerana cinta tapi dialah suamiku yang tercinta.Malam tu aku resah sangat.Pukul 12.00 pun aku masih tak dapat lelapkan mata.Terbayang lagi kucupan yang suami aku hadiahkan didahi selepas selesai aku mencium tangannya tadi.Aduh!!! Macam mana ni.Kalau nak di ikutkan badan aku ni memang letih sangat.Ketika aku terkebil-kebil sorang diri tu aku terdengar macam pintu bilik di buka dari luar.Aku terus memejamkan mata.Pura-pura tidur.Ermm..takut sangat-sangat ni.

"Assalammualaikum,..sayang dah tidur ka?"terdengar suara memberi salam.Perlahan dan romantis.Aku membuka mata perlahan-lahan.Aku pandang suamiku yang sedang merenungku itu.Perlahan aku mengukirkan senyuman dan senyumanku berbalas.Terasa hangat dahiku.Merona wajahku seketika.

"Aisyah nak tahu tak kenapa abang terima Aisyah?"

"Alah,Aisyah tahu." pantas saja aku menjawab.

"Hah? Apa yang Aisyah tahu." aku senyum.

"Sebab Aisyah ni Aisyahlah.Tu pasal la abang terima Aisyah." Aku tergelak perlahan.Hidung aku di cuit.

"Perasan betul isteri abang ni kan.Abang ada satu cerita ni.Aisyah nak dengar tak." aku mula bangun dan duduk.Semangat pula aku nak dengar cerita suami aku tu.Kami sama-sama duduk.Suamiku tarik aku rapat dengannya.

"Sebenarnya abang dah jatuh cinta dengan Aisyah sebelum kita bertunang lagi.Ingat tak lelaki yang nak berkenalan dengan Aisyah di stesen bas hari tu."aku cuba mengingat kembali.Aku ni kadang-kadang terlebih ingat tapi kadang-kadang mudah plak terlupa.

"Haa..Aisyah tahu,.." aku bersuara separuh kuat.Dengan pantas suamiku menutup mulutku.

"Laa..sayang ni.." Aku tergelak perlahan.

"Err..tapi masa tu Aisyah tak terima pun abang, masa abang nak berkenalan.Aisyah terus tinggalkan abang macam tu sajakan.Macam mana bleh jatuh cinta plak.Mengarut aja la abang ni."
Aku pandang suamiku lagi.Pening juga kepala ni.Itulah kali pertama dan terakhir aku jumpa dia sebelum kami bertunang.

"Sebenarnya abang dah lama perhatikan Aisyah,belek hp saja dah tu senyum plak sorang-sorang.Macam orang sasau plak..." aku tarik muka.Suamiku gelak melihat wajahku.Suka plak dia!!!

"Abang pergi duduk sebelah Aisyah,nak tengok juga apa yang buat Aisyah sengeh sorang-sorang tu.Masa tulah abang dengar Aisyah tegur mak cik sebelah Aisyah tu."Masa tu aku dah mula senyum balik.

"Agak-agak abang la mak cik tu tukar tak ringtone dia." suamiku hanya angkat bahu.

"Dah la.jom tidur.Abang dah ngantuk sangat dah ni." Kami merebahkan badan masing-masing.Bahagianya dapat tidur di sisi suami tercinta.Tak kenal tak semestinya tak cinta tau.Kalau kita redha dengan apa yang telah Allah tentukan.Insyaallah bahagia pasti akan tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience