Chapter 6

Romance Completed 17938

BAB 6

Fikiranku melayang jauh. Tidak keruan aku memasak. Yela, bila sentuh soal jodoh ni. Seorang suami yang akan hidup bersamaku sepanjang hidup. Ini bukannya kawen kontrak. Sekejap kawen, kalau tak ok tukar lain. Huh. Bukan perkara main-main.

"Tunggu sajalah minggu depan.Ni,mak nak tau jugak Aisyah ni dah bersedia ka belum.Umur Aisyah tu bukan semakin muda.Jangan jawab tak bersedia plak." Lahh! Mak ni,dia yang tanya tapi aku belum jawab lagi ayat berupa arahan tu plak yang keluar.

"Ikut mak dengan abahlah,Aisyah ikut ja,lagi pun Aisyah tak ada sapa-sapa yang nak lagi pun.Kalau Aisyah dah ada boyfriend.Aisyah memang nak reject,tapi memandangkan Aisyah lebih percaya jodoh ni di tangan Allah.

Aisyah serahkanlah pada Allah." Aku serius kali ni.Soal jodoh memang aku tak berani buat lawak.Tapi aku sebenarnya bukan tak ada orang yang nak.Aku sebenarnya takut nak bercinta.Nanti bercinta bagai nak rak.

Last-last di takdirkan bukan jodoh aku.Hmm..aku tak mahulah kecewa macam tu.Selalu jugak aku baca di media-media massa sampai ada yang sanggup bunuh diri kerana gagal dalam percintaan.Nampak sangat itu kerja orang yang tak beriman.Penangan cinta memang buat manusia buta hati dan buta fikiran.

"Baguslah kalau Aisyah dah cakap macam tu.Senang sikit reja mak dengan abah." Mak memandang aku,aku perasan ada air mata bergenang di tubir matanya.Alahai! Syahdu la plak.Aku?

Dah tak mampu nak sengeh lagi.Alah,malas nak fikirlah,serah sajalah pada Allah.Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk aku.

Malam tu aku berchatting sakan dengan teman baikku dalam Fac.Hal merisik tadi pun aku ceritakan.Teruk betul Nuraini ni sempat lagi dia nak takut-takutkan aku.Konon yang nak datang merisik tu datuk yang dah bercucu la.Duda mati bini la.Entah apa-apalah.Tapi dalam hati aku ni seram jugak.Mak dan abah tu dah bagi tahu awal-awal bakal menantu mesti wajib yang ada agama.Tak ada rupa,tak ada harta ok lagi.Selain agama rasa tanggungjawab pun harus ada.Biar kerja biasa-biasa asal jangan menggangur sudah.Aku plak yakin dan pasti abah dan mak mesti nak tengok aku bahagia.Ermm..aku pasrah aja la.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience