Bab 3

Other Completed 534

Keesokan harinya, Cikgu Amila memasuki kelas aku.

"Okey, kelas. Dua minggu lagi korang akan menduduki peperiksaan. So, korang kena ulangkaji. Dan mungkin akan ada kelas tambahan." Umum Cikgu Amila.

Cikgu memberikan jadual periksa kepada kami. Aku meneliti jadual.

"Hari isnin Bahasa Melayu, Sejarah dengan Pendidikan Islam. Hmm.. kena study hard ni." Ujar aku sendiri.

Aku mengangkat tangan aku. Cikgu Amila menghampiri aku.

"Ada apa ni Zaquan?" Soal Cikgu Amila.

"Izinkan saya ke tandas." Aku meminta izin.

"Okey." Cikgu mengangguk.

Aku keluar untuk ke tandas. Seorang budak yang tidak ingin aku ketemu, berada di hadapan aku.

"Ziyad, kau nak apa ni?" Soal aku.

"Aku dengar dua minggu lagi exam. So, aku nak kau bagi aku jawapan exam. Kalau kau tak nak bagi, kau tengoklah apa yang aku akan buat kat kau." Ugut Ziyad.

"Tapi aku..."

Ziyad menarik tali leher aku. Badanku turut tertarik.

"Kalau kau tak nak.. aku akan buat sesuatu yang kau tak jangka akan berlaku." Ugutnya lagi.

"O..O..key.." Akur aku.

Dia melepaskan tali leher aku. Lalu menolakku ke hadapan tandas. Aku mememasuki tandas. Peluh di dahi aku lap.

"Habislah aku macam ni." Omel aku sendiri di dalam tandas.

"Kau cakap apa tu..? Ingat aku tak dengar.." Ujar Ziyad dari luar tandas.

__________BERSAMBUNG____________

Keep supporting.. kalau nak cerita cinta.. sila komen.. Dan kalau nak saya tulis cerita berbeza genre dari yang ini boleh suggests kat komen.. saya akan pertimbangkan dan usahakan untuk tulis genre yang lain..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience