Kini tibalah hari yang membuat murid ketakutan. Dan aku juga turut merasa debarannya.
THROWBACK
Sehari sebelum peperiksaan. Aku bertemu Ziyad di tandas pada waktu rehat.
"Hah! Mana barang aku?!" Soal Ziyad.
Aku menghulurkan satu botol air gas cocacola. Ziyad memandang aku kembali.
"Apa benda kau bagi aku ni?! Aku suruh kau bagi jawapan atau formula yang aku boleh tiru waktu periksa!" Pekik Ziyad.
"Kalau kau tengok betul-betul dengan botol tu ada tulisan warna hitam. Dan tak de sapa boleh perasaan tulisan tu dengan sekali imbas." Beritahu aku.
Ziyad meneliti botol itu. Lalu dia menepuk bahu aku.
"Good..pandai kau buat benda ni. Banyak jugak formula.. tapi jangan lupa esok still kena bagi aku jawapan." Ujar Ziyad.
Ziyad menolak aku. Cermin mata aku terjatuh. Aku mengambil cermin mataku lalu pergi.
Lamunan aku terhenti apabila kertas peperiksaan berada di atas meja aku. Aku merenung kertas ujian itu dengan wajah yang cemas.
"Ya Allah, bantulah aku jawab periksa ni.. Luluskanlah aku.." Doa aku dengan suara sedikit berbisik.
"Okey kelas, dah boleh jawab sekarang." Beritahu Cikgu Elna.
Aku menjawab soalan dengan berhati-hati. Aku menyiapkan semua soalan dalam masa 35 minit sahaja. Aku mengangkat tangan.
"Ye, Zaquan. Ada apa?" Soal Cikgu Elna.
"Izinkan saya ke tandas, cikgu." Aku meminta izin.
"Cikgu izinkan." Izin Cikgu Elna.
Aku keluar kelas. Aku menuju ke ke tandas. Aku berhenti di hadapan Ziyad yang berada dalam tandas dan sedang menghisap rokok.
"Ziyad ni jawapan." Ujar aku pendek.
Aku memberikan tiga helai kertas kecil kepada Ziyad. Ziyad mengambilnya lalu berdiri. Putung rokok dicampak. Dia berlalu pergi tanpa sebarang kata. Aku masih lagi di situ. Aku menundukkan wajahku. Air mata ini mengalir.
'Aku tak nak hidup macam ni lagi. Aku nak bebas dari buli macam orang lain... Tak layak ke aku bebas dari buli..?' Detik hatiku.
Aku mengelap air mata. Aku memasuki kelas dan berkelakuan seperti biasa.
Hari demi hari, itulah kerja aku. Sehingga peperiksaan selesai.
========BERSAMBUNG=========
BERSAMBUNG LAGI K.. NANTI AUTHOR SAMBUNG.. MUNGKIN KHAMIS MINGGU DEPAN BARU AUTHOR SAMBUNG.. SEBAB AUTHOR ADA PERIKSA MINGGU DEPAN SAMPAI HARI RABU KOT.. SO TUNGGU TAU.. STAY TUNED..
Share this novel