Bukan aku tak nak bagitahu.. Tapi... entahlah.. Saja nak buat korang pelik..
THROWBACK
Tuk!Tuk! Ketukan pintu bilik kaunseling.
"Ye,masuk Ziyad. Silakan duduk." Ujar Cikgu Alian.
" Ziyad.. cikgu cuma nak tanya. Kenapa awak selalu buli Zaquan? Zaquan tu budak yang baik. Dia tak pernah kacau awak.." Ujar Cikgu Alian.
"Saya... saya stres cikgu.. Ibu saya..selalu busy... Ibu saya tak de masa untuk saya.. Ayah saya dah bercerai dengan ibu..Dan ibu.. selalu marah saya kalau keputusan exam saya gagal. Ibu akan rotan saya.. Sebab tu.. saya buli Zaquan.. Saya stres.. Sejujurnya.. saya nak berkawan dengan Zaquan.. Tapi.. ibu saya tak bagi saya kawan dengan orang.. Ibu tak bagi saya keluar.. Sebab tu tak de sapa nak kawan dengan saya..." Ujar Ziyad dengan nada sayu.
"Ziyad sabar ye... Ada sebab kenapa ibu Ziyad buat macam tu. Dia sayang Ziyad. Dia tak nak Ziyad bergaul dengan orang sebarangan." Ujar Cikgu Alian.
"Tapi... dia tak boleh nampak saya dengan mana-mana budak.. Dia akan marah dan pukul saya. Termasuklah.. kalau budak tu macam Zaquan.." Ujar Ziyad.
"Ziyad kena pandai kawal stres.. kalau Ziyad hilangkan stres Ziyad dekat Zaquan.. Mungkin Zaquan akan lebih stres.. Dia mungkin akan hilang arah.. Jadi.. Ziyad perlu kawal diri Ziyad.. Sabar tu penting Ziyad. Ibu Ziyad adalah syurga Ziyad.. Ziyad tak boleh lawan cakap dia... Kecuali ibu Ziyad paksa Ziyad buat perkara yang melanggar perintah Allah SWT." Nasihat Cikgu Alian.
Ziyad mengelap air matanya..
"Terima kasih, cikgu.." Ucap Ziyad.
Ziyad keluar daripada bilik kaunseling. Cikgu Alian hanya memerhati.
............................................................
Pada hari Ahad, aku pula ke sekolah. Aku mengetuk pintu bilik kaunseling. Kelihatan Cikgu Alian sedang duduk di kerusi.
"Assalammualaikum." Aku memberi salam.
"Waalaikummusalam."Cikgu Alian menjawab salam.
"Ada apa cikgu nak jumpa saya?" Soal aku.
Aku duduk di hadapannya. Aku menanti jawapan dari Cikgu Alian.
" Saya nak awak maafkan Ziyad." Ujar Cikgu Alian.
"Saya dah lama maafkan Ziyad. Kenapa cikgu?"
"Ziyad ada masalah keluarga. Dan dia tak de niat nak buli awak macam tu." Ujar Cikgu Alian.
"Saya faham cikgu.. Saya pun dulu pernah sempat stres bila Ziyad selalu buli saya. Tapi, saya cuba sabar. Dan saya kawal stres saya tu. Bila saya dah remaja dan berfikiran matang, saya cuba untuk selalu fikir positif. Dan Alhamdulillah, saya berjaya keluar dari kepompong stres." Ujar aku dengan senyuman.
"Alhamdulillah.. Mulia sifat awak Zaquan. Cikgu bangga. Teruskan Zaquan dengan sifat yang macam ni. Cikgu percaya tak ramai orang yang ada sifat sama macam awak. Beruntung family awak memiliki darah daging yang ada sifat mulia seperti awak." Puji Cikgu Alian.
Aku hanya tersenyum. Gembira tak terkata..
???????BERSAMBUNG??????
Bab 7 mungkin bab terakhir guys.. sebab akan ada cerita baru menyusul.
Share this novel