BAB 2

Other Completed 534

"Apa yang jadi tadi?" Soal cikgu disiplin a.k.a Cikgu Ahmed.

"Ziyad buli Zaquan, cikgu. Jadi, saya datang untuk membantu Zaquan. Maafkan saya kalau perbuatan saya ni jadikan keadaan semakin kecoh." Ujar Zahin.

Zahin ni sebenarnya pengawas. Usia dia beza setahun dengan aku. Umur dia 16 tahun. Dan aku 15 tahun. Zahin ni budak baru dan kelas pertama. Dan sepanjang aku sekolah kat sini, dia je yang tolong aku kalau aku dibuli.

"Tak pe, Zahin.Cikgu tahu awak murid yang baik. Awak cuma nak bantu Zaquan je. Lepas ni, cikgu nak Zaquan dan Ziyad ke bilik cikgu. Cikgu nak tanya kenapa Ziyad sanggup buli kawan sebaya dia." Ujar cikgu memahami.

"Baik cikgu. Saya minta diri dulu." Zahin mengundurkan diri.

Zahin pergi meningalkan aku dan Cikgu Ahmed. Aku membuntuti Cikgu Ahmed hingga ke biliknya. Sebelum itu, cikgu mengumumkan bahawa Ziyad perlu ke bilik disiplin. Ziyad dan berdiri bersebelahan di bilik kaunseling.

"Ziyad, kenapa awak buli Zaquan?" Soal Cikgu Ahmed.

'Entahlah. Aku pun tak tahu. Pergilah buli orang lain. Ni asyik buli aku je.' Monolog aku dalam hati.

"Dia macam mintak dibuli je, cikgu." Jawab Ziyad tidak bersalah.

'Sedap dia je kata aku macam mintak dibuli.' Detik hatiku.


"Macam mana awak boleh kata gitu pulak.?"Soal Cikgu Ahmed lagi.

"Dia ni cikgu, skema sangat. Lepas tu pandai lah pulak. Semua kerja perfect." Jawab Ziyad lagi.

'Thank you, Ziyad. Lope you.' Bangga di hati aku.

"Kamu ni Ziyad! Kalau kamu nak pandai, nak jadi perfect dalam pelajaran, belajar! Bukan buli orang!" Marah cikgu.

Cikgu mengambil rotan di atas meja.


"Tangan." Arah cikgu.

Ziyad mengangkat tangannya. Satu bunyi yang sungguh kuat. Akan tetapi, wajah Ziyad tidak mempamerkan riak seorang budak yang terasa sakit.

"Ziyad, saya denda kamu basuh tandas tiga hari. Kalau kamu buat kesalahan lagi, saya akan tambah lagi dua hari. Dan kalau kamu tak buat denda ni, bersiap sedia untuk terima hukuman.Faham!" Tegas Cikgu Ahmed.

"Faham cikgu." Faham Ziyad.

"Kamu berdua boleh keluar." Cikgu Ahmed memberi kami izin untuk keluar.

Aku memasuki kelasku. Aku kelas nombor satu. Dan aku tidak mempunyai seorang kawan pun di sini.

Satu pengumuman diumumkan. Ketika itu subjek Agama Islam.

"Muhammad Ziyad Darwin bin Mad Zi Darwin dari kelas 3 Fokus, sila ke bilik kaunseling sekarang. Begitu juga dengan Che Syanir Zaquan bin Che Asim dari kelas 3 Arif." Ujar suara itu.

Aku meminta izin Ustaz Amal untuk ke bilik kaunseling. Aku tiba dahulu sebelum Ziyad. Aku membuka kasut dan memasuki bilik kaunseling. Cikgu menyuruh aku menunggu di satu bilik kecil. Ziyad tiba. Aku dan Ziyad duduk bersebelahan. Cikgu Alian duduk di hadapan kami. By the way, Cikgu Alian ni perempuan tau.

"Jadi.. cikgu nak tanya siapa yang bernama Muhammad Ziyad Darwin?" Soal cikgu.

"Saya." Jawab Ziyad pendek.

"Dan awak Che Syanir Zaquan. Okey, macam ni. Cikgu tak nak buang masa. Cikgu nak Ziyad jumpa cikgu hari Sabtu ni di sekolah jam 8 pagi. Dan Zaquan jumpa cikgu hari Ahad ni jam 8 pagi." Ujar cikgu.

Kami mengangguk.

"Awak berdua dah boleh masuk kelas balik." Ujar Cikgu Alian.

Aku dan Ziyad memasuki kelas. Dan kami belajar seperti biasa.

___________BERSAMBUNG___________

Bab 3 akan di sambung secepat mungkin. Terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience