BAB 5

Drama Completed 1268

Tak Kenang Budi

Haji Kamarul melangkah tenang keluar dari rumahnya.

Seminggu yang lalu Haji Kamarul yang sudah lama pencen telah mewakafkan tanah miliknya untuk didirikan sebuah masjid dan juga untuk dijadikan tanah perkuburan.

Bila anak-anaknya tahu tentang tanah yang telah diwakafkan itu Haji Kamarul telah dihalau sehelai sepinggang dari rumahnya.

Rumah pusaka dua tingkat yang telah diwarisinya sejak turun temurun kini terpaksa ditinggalkan untuk anak sulungnya.

Bagi Haji Kamarul semua yang berlaku adalah ujian yang Allah turunkan untuk dirinya dan anak-anaknya.

Hari ini dia hanya kehilangan harta dunia.

Dia tak pernah kesal dengan kehilangan harta.

Apa yang dikesalkan bila anak-anak kandungnya sendiri yang telah menghalaunya kerana tamakkan harta.

Dunia ini hanyalah sementara sedangkan dunia Akhirat itulah yang kekal abadi.

Ramai manusia yang mengejar kemewahan dunia, termasuk anak-anak Haji Kamarul.

Haji Kamarul menghayun langkahnya perlahan-lahan.

Kudratnya sudah semakin kurang, apatah lagi umurnya pun sudah memasuki usia emas.

Dalam melangkahkan kakinya Haji Kamarul berfikir akan nasib dirinya selepas ini.

Dia percaya Allah Maha Mengetahui dan nasibnya sedang berada di tangan Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience