BAB 4

Drama Completed 1268

Yati menoleh pantas ke arah Puan Suriani yang berhenti di depan pintu masuk kedainya.

Yati terus meloloskan dirinya dan hilang di dalam kedai.

‘’Huh! Nak raih simpati akulah tu.’’ Puan Suriani berkata penuh angkuh pada mak ngah yang sedang bercakap dengan Mamat di talian.

Suara mak ngah yang lembut dan penuh sifat keibuan itu disalah ertikan oleh Puan Suriani.

‘’Esok saya tak mahu tengok lagi pak cik dan mak cik mengemis di sini.

Faham?’’ sebelum masuk ke dalam kedai, mak ngah dan pak ngah diberi amaran.

Mak ngah hanya mengeluh perlahan bila pak ngah mengapai tangannya dan mengusap perlahan.

Hanya isyarat itu saja yang mampu pak ngah beri untuk menenangkan hati isterinya yang tersayang.

‘’Tak apalah...mungkin dah sampai masanya kita berehat di rumah dan mencari redha Allah pula.

Kita bukannya akan muflis kalau tak menyanyi di sini.’’ Pak ngah berkata perlahan dengan niat untuk memujuk mak ngah.

‘’Hidup kita di dunia ni memang macam ni dah la Pak Ya, Fauziah.

Manusia ni selalu memandang hina kita yang bekerja biasa-biasa ni, sedangkan di sisi Allah tiada apa yang membezakan kita.

Hanya amalan yang kita bawa ke sana esok, yang akan membezakan kita dengan orang lain.’’ Pak Mahat yang hanya memerhati saja dari tadi datang menghampiri mak ngah dan pak ngah.

Pak Mahat menepuk perlahan bahu pak ngah Ya.

Simpati dia kepada pasangan suami dan isteri itu yang baru lepas diherdik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience