BAB 1

Drama Completed 1268

Mak Ngah Fauziah memulakan nyanyiannya sebaik saja semua alatan selesai dipasang oleh pembantunya.

Pak Ngah Ya pula mula memeriksa mikrofon.

Kedua-dua orang suami isteri ini cacat penglihatan sejak kecil.

Mereka dijodohkan dan kini sudah mempunyai dua orang anak perempuan yang normal.

Kedua orang anak mereka sudah menjawat jawatan besar di sebuah syarikat kerajaan.

Sebenarnya mereka bukanlah orang miskin tapi kerana sudah terbiasa mencari makan dengan menyanyi di rumah-rumah kenduri dan di pasaraya atau kaki-kaki lima kedai, mereka menjadikan pekerjaan ini sebagai hobi hari tua mereka.

Suara merdu Mak Ngah Fauziah dan Pak Ngah Ya selalu menarik minat orang ramai.

Kalau pergi menghadiri jemputan untuk menyanyi di rumah kenduri, kedua-duanya berpakaian cantik sekali.

Tapi, hari ini keduanya sedang menyanyi di kaki lima deretan kedai, mereka hanya mengenakan pakaian lusuh.

Dari jauh seorang wanita yang kelihatan begitu anggun menghampiri pasangan suami isteri ini.

Laju langkahnya dan wajahnya kelihatan sangat bengis.

‘’Pak cik, Mak cik...jangan mengemis di depan kedai saya, boleh tak? Menyemakkan pandangan saja,’’ suaranya yang garang menyentap tangkai hati mak ngah Fauziah dan Pak ngah Ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience