BAB 7

Drama Completed 1268

Mamat yang sedang memerhatikan gelagat Haji Kamarul sejak tadi menunggu Haji Kamarul selesai berdoa dengan sabar.

Haji Kamarul adalah jiran sebelah rumahnya.

Dia kenal Haji Kamarul yang baik hati itu.

Haji Kamarul yang kaya harta dan juga kaya budi bahasa.

Siapa tak kenal dengan Haji Kamarul yang mempunyai berbidang tanah di dalam kampung mereka.

Tapi sayangnya, tanah-tanah Haji Kamarul sudah dijual oleh anak-anaknya sedikit demi sedikit.

‘’Pak Haji, dah makan ke belum ni? Saya perasan sejak Pak Haji keluar dari rumah tadi, Pak haji tak balik pun lagi,’’ Mamat bertanya Haji Kamarul setelah dilihatnya Haji Kamarul menyapu muka dan mula beralih dari tikar sejadah.

‘’Rezeki setiap manusia ni datangnya daripada Allah.

In Sha Allah ada rezeki takkan lari ke mana,’’ dengan tenang Haji Kamarul menjawab.

Sejak dihalau keluar dari rumahnya tadi memang dia belum makan lagi.

Pagi tadi pun dia hanya dijamu dengan sebiji roti dan secawan kopi O oleh menantu sulungnya.

‘’Kalau macam tu, jomlah kita makan di warung depan tu.

Saya pun belum makan tengahari lagi ni.

Kebetulan Midah balik rumah orang tua dia dah seminggu dah.

Tak ada orang rumah, tak berasaplah dapur kami tu,’’ Mamat berkata sambil ketawa.

Dicapainya tangan Haji Kamarul supaya bangun dan mengikutnya.

Haji Kamarul mengangkat tangan dan mengaminkan sesuatu.

Sesungguhnya rezeki itu pemberian Allah.

Hatta ulat dalam batu pun mampu hidup.

Inilah pula manusia yang bernyawa dan diberi akal oleh Allah.

Siapa pun kita di dunia dan walaubagaimana berbezanya pangkat dan taraf kita di dunia, jangan dicerca mereka yang hidupnya susah dari kita kerana pada dasarnya kita semua adalah manusia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience