“GOOD MORNING, Elvina. How are you today?” sapa satu suara garau ketika Elvina sedang tenggelam dalam dunianya sendiri di dalam lif.
Matanya kemudian bertembung dengan sepasang mata dari satu sosok tubuh tegap dan tinggi, berbadan sedikit besar. Bukan sasa cuma bertubuh besar. Dia kenal figura itu. Pemilik syarikat yang sedang dia jejaki saat ini.
“Morning, Tuan Megat.” Balas Elvina bersama segaris senyuman yang dipaksa ukir.
“Not feeling good?” lelaki yang bernama Tuan Megat itu masih lagi memberi perhatiannya pada Elvina.
“Hah? Eh, saya okay je. Monday blues….” alasan yang paling bernas Elvina dapat berikan juga bersama senyuman palsu sekali lagi.
“Kan? Oh, hari ni you nak bentang audit projek Hartamas tu ke? Bukan patut next week?”
Nampaknya Tuan Megat mempunyai mood ceria pagi itu. Ramah pula bertegur sapa dengannya. Elvina jarang bertentang muka dengan lelaki itu, hanya untuk tempoh sekali dua dalam beberapa bulan.
Syarikat Tuan Megat merupakan salah satu klien yang melantik firma perakaunan tempatnya bekerja dalam mengendalikan beberapa kes perakaunan dari projek yang diuruskan oleh mereka. Setelah mendapat kepercayaan dari projek terdahulu, firma perakaunan Elvina kini menjadi salah satu firma tetap yang bekerjasama dengan unit akaun syarikat itu.
“Ya, ni saya cuma singgah sekejap nak ambil fail audit yang Jenny baru review.”
“Oh, I see. Well, see you again next week. Hope your day is going well today.”
Sebaik pintu lif terbuka, Tuan Megat melangkah keluar dan sempat juga memberi sedikit semangat buat wanita yang dia lihat semakin suram wajahnya tiap kali mereka bertemu. Dia tahu senyuman yang diukirkan wanita itu hanyalah sekadar menjaga hatinya.
Mata Elvina kekal menyoroti langkah kaki Tuan Megat sehinggalah ia hilang disebalik pintu bilik pejabat milik lelaki itu. Satu keluhan lega dia lepaskan. Kini dia pula mengatur langkah ke hujung koridor di sebelah kanannya. Menuju ke unit perakaunan.
“Serious, lah?”
Sebaik Elvina menolak daun pintu, telinganya bingit menangkap suara nyaring terkejut dari Dania. Salah seorang pekerja di unit itu. Matanya juga terbelalak besar dengan mulut hampir ternganga luas. Entah cerita apa yang membuatkan gadis itu mempamerkan reaksi begitu.
“Kenapa aku tak tau?” rengek Dania pula selepas itu.
“Bukan semua staf tau! Kau pun baru je masuk company ni tiga bulan. Aku ni sebab dah bertahun kerja kat sini, dari zaman arwah Cik Puan dengan Dato’ lagi.” Balas Kak Sakinah dengan mimik muka bangga. Dia merupakan pekerja senior di syarikat itu.
“Kiranya arwah Cik Puan tu bini nombor dua? Lepas Dato’ Sri meninggal tu dia dapat company ni, tak lama lepas tu dia kahwin laki muda iaitu Tuan Megat? Macam tu?”
Bersimpang siur tangan Dania cuba memahami maklumat yang baru dia ketahui saat itu. Bersungguh betul kelakuannya menerima berita hangat tentang latar belakang syarikat yang menjadi tempatnya mencari rezeki.
Kak Sakinah juga laju dan bersungguh mengangguk mengiyakan. Elvina tak semenanya mencipta sengihan. Lucu pada pandangan matanya dengan aksi dan gelagat dua wanita itu. Bahan gossip hangat sememangnya rencah wajib bagi setiap struktur syarikat.
Bagaimanapun, Elvina tidak berminat dengan cerita kontroversi begitu. Dia cuma fokus pada kehidupannya sendiri. Hidupnya juga jika dikira ada cerita hangat yang boleh dijaja orang dan disebabkan itulah dia berhati-hati dalam pergaulan dan juga orang sekelilingnya.
Elvina hanya berpapasan dengan meja yang menjadi tempat gosip antara Dania dan Kak Sakinah, segaris senyuman tanda sapa dihadiahkan buat kedua-dua wanita itu. Mereka juga hanya membalas dengan satu anggukan. Tiada sapaan mulut. Kehadiran Elvina disitu ibarat orang asing sepintas lalu.
Dalam saat kakinya terus menapak menuju ke bilik Jenny, otaknya ligat berfikir. Memutar kembali gosip yang dia dengari tadi. Sedikit sebanyak tipulah jika dia tidak tertarik dengan cerita begitu. Di firmanya sendiri dia sudah biasa mendengar cerita-cerita sensasi dari Kasturi.
Dia masih ingat lagi saat kali pertama dia menjejakkan kaki ke syarikat itu. Diperkenalkan di hadapan kakitangan serta orang-orang atasan, dua tahun yang lalu. Ketika itu dia berasa kagum setelah mengetahui gerangan pemilik syarikat itu. Agak muda juga orangnya.
Sangkanya Tuan Megatlah yang berhempas pulas membangunkan syarikat itu, rupanya baru kini dia tahu. Lelaki itu cuma meneruskan dan mengembangkan legasi yang ditinggalkan padanya. Adakah Tuan Megat seorang yang opportunist? Mengambil kesempatan atas situasi sulit?
Laju Elvina menggeleng kepalanya. Cepat-cepat dia istighfar membuang sangkaan buruk yang muncul dibenaknya sesaat tadi. Semudah itukah kau hakimi seseorang tanpa mengenal hati budinya, Vina? Macam kau judge Ahmad Firas saat bertemu kali pertama dulu? Jangan ulang kesilapan bodoh tu, Nur Elvina binti Hamidi! Jerit Elvina memarahi dirinya sendiri.
*
*
*
HANI ASYRINA.
Kecilnya bumi ini. Pusing-pusing jumpa di sini. Elvina mengetap gigi saat tangannya bertaut salam dengan gadis ayu itu. Pertemuan kali pertama beberapa minggu lalu masih belum terhapus diingatannya. Muncul pula ditambah dengan pertemuan kali kedua.
“Tak sangka dapat jumpa Kak Vina kat sini. Kiranya lepas ni kita akan kerap jumpa la, ye?” ujar Hani Asyrina bersama senyuman mekarnya.
“Betul-betul! Vina ada urus tiga akaun projek kita, you Hani nanti boleh join kami punya discussions. You boleh belajar audit dengan Vina, so I pun ringan sikitlah kerja.” sampuk Jenny dengan sengihannya. Dia menjadi orang ketiga pada pertemuan itu.
Elvina tidak terkata. Ekspresi wajahnya saat itu terasa sukar untuk dia sendiri bayangkan. Malah keadaan hatinya sendiri berkecamuk. Bercampur-baur perasaannya. Di layar matanya kini melintas bayangan Ammara dan juga Ahmad Firas. Silih berganti.
“Really? Wah… Kak Vina boleh jadi mentor Hani la macam ni,” lirik mata Hani Asyrina tajam bersama sengihan.
“I’m not even a staff here, Hani. I datang pun cuma sekali dua untuk beberapa bulan. Jenny can be your mentor.”
Lembut dan berhemah cara Elvina menolak cadangan Hani Asyrina. Dan sememangnya ia benar kerana dia bukan sentiasa ada di syarikat itu jika gadis itu memerlukan bantuan atau panduan. Selayaknya dia memohon ajar dari kalangan seniornya di syarikat itu.
Hani Asyrina tidak membalas. Dia cuma senyum segaris dan mengangguk kecil. Memahami maksud Elvina meskipun jelas riak wajahnya yang berubah kekok. Samada malu kerana cadangannya ditolak ataupun malu kerana dia sangka Elvina akan bersikap ramah dengannya.
“Ayooo… itulah Vina, I kadang-kadang lupa you tak kerja sini. Your work is so fine that sometimes I want to ask Tuan Megat to hire you jadi staff sini.” Keluh Jenny kecewa.
“No thanks, Jenny. I selesa dengan firma tempat I kerja sekarang. They pay me generously!” Seloroh Elvina. Jenny apalagi, pecah ketawanya kuat sambil mengangguk laju menyetujui kenyataan itu.
Siapa saja yang tidak suka dengan amaun gaji yang tinggi. Lebih-lebih lagi jika persekitaran tempat kerja yang harmoni menepati citarasa malahan kemahiran kerja juga yang sememangnya menjadi pilihan dan idaman.
Selama hampir tiga jam juga Elvina meluang masa berbincang serta menyemak dokumen akaun bersama Jenny dan sekali sekala Hani Asyrina menyampuk bertanya. Untuk masa yang sesingkat itu, Elvina tidak juga lokek memberi tunjuk ajar berdasarkan pengalamannya menguruskan beberapa kes perakaunan.
“Vina, you nak lunch sekali dengan I tak?” aju Jenny ketika Elvina sedang bersiap-siap untuk beredar. Elvina terjeda sebentar. Sedang berfikir.
“I nak join, boleh?” sampuk Hani Asyrina bersama sengihan.
“Err… Sorry, I kena balik ofis terus ni. Tadi kawan ofis I informed kami ada emergency meeting lepas lunch. So, I have to prepare a few documents. Next time ye, Jenny?” tolak Elvina lembut siap mimik muka serba salah.
“Okaylah, promise me next time ya?” meskipun jelas Jenny kecewa, dia memahami situasi wanita itu.
Manakala Hani Asyrina pula, riak wajahnya terus berubah. Hilang sengihan manja serta wajah manisnya sepanjang beberapa jam bersama tadi. Yang terpampang kini hanyalah kedinginan dan juga jelingan mata terhadap Elvina.
Elvina tidak peduli. Dia kemudian terus mengundurkan diri. Berpaling dan tidak lagi menoleh ke belakang. Sama seperti yang dia lakukan beberapa minggu lalu ketika pulang bersama Hanna setelah menemani anak itu bermain. Detak hatinya saat itu juga turut sama seperti irama ketika momen itu.
“Going back?” sapa Tuan Megat ketika Elvina sampai di hadapan pintu lif. Kebetulan lelaki itu juga sedang berdiri menunggu di situ dengan kedua belah tangannya di seluk ke kocek seluar. Nampak santai betul si pemilik syarikat ini. Detik hati Elvina.
Elvina bagaimanapun tidak berkata apa. Sekadar membalas dengan anggukan bersama senyuman sopan mengiyakan.
Setelah pintu lif terbuka, Tuan Megat terlebih dahulu melangkah masuk lalu memegang pintu lif dari tertutup. Menunggu Elvina masuk dan kemudian diikuti oleh dua orang staf lain yang baru tiba. Mereka tunduk serentak mengucapkan terima kasih pada bos mereka termasuklah Elvina.
“Do you mind if I ask you to join me going somewhere?” usul Tuan Megat beberapa ketika setelah mereka semua melangkah keluar dari perut lif. Ketika itu Elvina sudah melangkah jauh dan berada di hadapan Tuan Megat.
“Nak pergi mana?” Soal Elvina sedikit hairan dan nadanya juga agak gementar kerana was-was.
“Eh, you jangan fikir yang bukan-bukan pulak. I nak jumpa client, lunch sekali. Dan kebetulan pulak client tu adalah dari akaun company yang you tengah urus sekarang ni. So, dah kebetulan you ada ni. Why not I bawa you jumpa dia sebab dia pun ada inquiries pasal akaun projek. At least, your vision is much clearer than mine.”
Penjelasan Tuan Megat itu cukup lengkap dan terang membuatkan Elvina merasa yakin yang ajakannya hanyalah bersifat atas urusan kerja. Fikirnya ada logik juga pertemuan sebegitu kerana ada ketikanya dia juga perlu berjumpa dengan pelanggan untuk menerangkan beberapa perkara tentang urusan akaun yang dikendalikannya.
“Okay.” Angguk Elvina bersetuju.
Tapi tadi kau tolak pelawaan Jenny? Tempelak monolog dari otak otak Elvina. Ah, itu sebab Hani Asyrina sibuk nak ikut! Bisik hatinya pula memberi jawapan.
Senyuman Elvina terukir nakal. Lucu dengan perangai sendiri.
karya ini adalah unlock chapter. kepada yang sudi meneruskan bacaan, sy amat berbesar hati dan rasa berterima kasih.. untuk bab unlock seterusnya sy akan cuba utk update dua bab dalam sehari..
Share this novel