Bab 13

Action Completed 2639

"Tengku... Tengku...masih macam dulu..penakut. marilah kita lawan...macam masa kita kecil kecil dulu...."ajak Noah.

"aku ingatkan kau dah lupa tentang masa silam kita dulu."
"aku tak kan pernah lupa apa yang terjadi....masa silam yang gelap itulah yang buat aku jadi macam ni.
disebabkan mak ayah kau juga lah,aku dapat kuasa untuk menyerap kuasa sesiapa sahaja.aku nak je berterima kasih kat diorang. tapi,apa kan daya diorang dah tak...ada kan?kesian...."

"Noah! aku takkan benarkan kau sentuh adik aku!!"jerit Tengku sambil meluru kearah Noah.
aku terkejut. Adik? aku adik Tengku?
takkanlah.
aku semakin teruja untuk mengetahui apa yang mereka berdua kata kan.
tiba tiba aku dapat rasakan kuasa ku semakin menambah.
mereka bertarung habis habisan.
"Semakin kau terasa teruja tentang sesuatu,semakin banyak kuasa yang akan datang. kau kena ingat balik apa yang kau rasa membuat kan kau teruja."kata Tengku sambil menahan serangan Noah menggunakan pedangnya.
dia memang mahir.

aku menggunakan kuasa api aku untuk meleraikan tali. aku bangun tetapi aku perasan yang ada cucuk sanggul sedang datang kearah ku dari belakang.
aku melompat supaya tidak terkena kejutan elektrik itu. ketika aku sedang mendarat,Axe datang dan mahu menghentam aku.

aku melepaskan ais dan membekukan kedua dua tangan nya.
aku semakin teruja.dan kuasa ku semakin bertambah.
Sword datang dengan membawa dua bilah pedang.
"aku bagi kau satu. supaya seri nanti."sindir Sword.

mungkin dia tidak tahu yang aku pandai berlawan pedang. begitu juga Tengku.
kami berlatih bermain pedang.
aku memang terer kalau bab ni.
**************
Tengku masih lagi bertarung dengan Noah.
tapi, nampaknya Noah akan menang sedangkan Tengku seperti mahu terjatuh.

Noah ketawa"hahaha...kau memang lemah.macam dulu.Mak ayah kau tak sepatutnya wariskan kuasa elemen pertama tu kat kau. sepatutnya,pada aku. aku!"
Warna mata Tengku tiba tiba sahaja menjadi warna merah.
Noah yang sebentar tadi ketawa berhenti kerana melihat mata Tengku.
"mata ni...tak...takkan...lah tak mungkin.."
belum sempat Noah menghabiskan kata-katanya,Tengku sudah teleport kebelakang nya dan menumbuknya.
Noah tidak sempat berkata apa apa.
***************
aku terlihat warna mata Tengku sudah berubah menjadi merah.
aku sudah pun menghapuskan kelima-lima konco Noah.
dan sekarang ini,dia hanya dapat melihat dari jauh sahaja.
sekarang ini,Noah sudah nyawa-nyawa ikan.

aku terpaksa masuk campur dan menghentikan pertarungan mereka kerana aku dapat rasakan yang Tengku tidak dapat mengawal kuasanya.
seperti aku,pertama kali mata ku menjadi merah aku pun sukar untuk mengawal nya.
hanya pelukan orang tersayang sahaja yang dapat menenangkan seseorang yang sedang hilang kawalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience