Bab 14

Action Completed 2753

aku terpaksa memeluk Tengku dan Tengku terus pengsan.
Noah masih lagi nyawa-nyawa ikan.
nasib baik aku mempunyai kuasa pemulih.
tetapi,aku tidak mahu perkara yang sama berlaku.
************
FLASHBACK.
5 TAHUN SEBELUM.
"ibu...ibu...tolong lah sedar...."kata ku sayu melihat ibuku terlantar sakit di wad ICU.

SEBELUM DILANGGAR.

"ibu,adik nak pergi kedai tu boleh?"tanya ku sambil menunjukkan kedai yang berada di seberang jalan itu.

"tak boleh...banyak kereta yang lalu lalang."
"ibu...nak pergi....nak pergi...."

"oklah..tapi,kena pimpin tangan ibu."
aku menunjukkan tanda ok.
ketika aku mahu melintas, aku cuai .
tangan aku terlepas daripada tangan ibuku.
aku hampir hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju.
ibuku menyelamatkan aku dengan menolak ku.
walaupun ibuku telah menyelamatkan ku, tetapi,ibuku pula yang dilanggar.
kereta itu langsung tidak berhenti.

aku memanggil ayah ku yang berada tidak jauh dari situ.
ayah ku cepat-cepat menghantar ibuku ke hospital yang terdekat.
doktor memberitahu ku bahawa ibuku dalam keadaan yang tidak stabil.
doktor membenarkan salah seorang daripada keluarga sahaja melawat.
ayahku membenarkan aku untuk melawat ibuku kerana dia tahu yang aku berada bersalah.
aku masuk dan kesian aku melihat ibuku yang terlantar sakit dengan semua wayar yang ada.

"ibu...ibu... tolong lah sedar...."
aku keluar dengan perasaan yang sedih

ayahku berkata"ini bukan salah adik.
bukan adik beradik yang nak semua ni berlaku kan .ini ketentuan Ilahi..."

aku menarik nafas dalam-dalam dan hembus nya perlahan-lahan.
aku sudah lega.
ayah ku memang pandai membuat kan aku berasa lega.


keesokan harinya...
aku melawat ibuku.
walaupun dia masih lagi dalam keadaan kritikal.
tiba tiba, denyutan nadi ibuku menjadi semakin perlahan.
aku menjadi cemas.
aku memanggil doktor kerana takut-takut terjadi apa-apa kepada ibuku.
selepas doktor keluar dari wad ICU itu, doktor memberitahu aku bahawa ibuku masih lagi dalam keadaan kritikal.
aku segera masuk ke dalam wad itu.
begitu juga ayah ku.
aku memeluk ibuku kerana aku sangat sayang kan dia.
aku tidak mahu kehilangan ibuku.

tiba tiba ada satu cahaya yang menyelubungi ibu ku. ayah ku mengundur kan diri dan menutup matanya.
dia seperti tahu apa yang akan berlaku.

ibuku pulih dengan serta merta.
tetapi,aku pengsan.
ketika aku tersedar dari pengsan,ayahku beri tahu aku bahawa ibuku telah sembuh sepenuhnya.
aku memerlu kan rehat yang cukup supaya aku cepat sembuh.
***********
HABIS FLASHBACK.
setelah peristiwa itu,aku sudah tidak menggunakan kuasa pemulih lagi.
tetapi sekarang,aku perlu gunakannya sekali lagi.
untuk kawan-kawan yang aku sayangi.
aku bermula dengan Tengku kerana jika aku mulakan dengan Noah,dia mungkin akan menyerang aku.
aku memegang tangan Tengku dan berharap dia akan sembuh.
dia tersedar dan senyum pada ku.
aku membalas senyuman nya.
aku pergi kearah Noah pula untuk menyembuhkan dia.
walaupun Tengku sudah menghalang aku.
Noah juga kawan aku.
walaupun dia mahukan kuasa ku.
semua orang berhak mempunyai peluang kedua.
aku melakukan perkara yang sama terhadap Noah.
dia tersedar dan tersenyum pada ku.
aku membalas senyuman dia tetapi hanya seketika kerana aku pengsan dan tidak sedarkan diri...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience