aku terbangun dari pengsan aku.
kerana aku disimbah dengan air yang agak sejuk.
aku masih lagi pening dan cuba untuk bangun tetapi tidak berdaya kerana aku diikat di kerusi
Aku tercari-cari di manakah Tengku. mungkin masih lagi menjadi halimunan.
aku semakin lama semakin dapat melihat dengan jelas.
dua orang kembar sedang ketawa.
bersama seseorang yang agak sukar untuk aku lihat.
mereka ialah Trik dan Trex.
dan lagi seorang itu pula....Tengku!
aku berkata"engkau bukan Tengku tapi,kau ialah Shadow!"
"pandai betul kau...ke aku perlu kata pandai nya Tengku."kata nya sambil berubah menjadi dirinya semula.
"kau ni kacak juga orang nya. kenapa kau nak jadi orang lain?"tanya ku.
"sebab dah tugas aku."jawab Shadow dengan ringkas.
"kalau kau ikut arahan ketua kau,kau dapat apa?"tanya ku sindir.
"kau jangan nak banyak tanyalah perempuan!kau tak perlu tahu!"tengking Shadow.
dia menggenggam penumbuk dan seperti mahu menumbuk ku.
"mestilah aku perempuan. takkan lelaki kot. buat malu kaum Adam je lah....hahaha.."aku ketawa walaupun dalam hati aku ini penuh dengan gundah gulana.
dalam masa yang sama, aku memanaskan tali itu sedikit demi sedikit supaya mereka tidak perasan.
setelah tali itu terlerai,aku berhenti gelak.
bukan main lama aku gelak nak leraikan tali itu.
aku bangun dengan tiba tiba dan menyerang mereka menggunakan kuasa api dan ais aku. itulah kuasa yang selalu aku gunakan.
mereka mengelak.
habis rumah aku di sepahkan.
Nasib baik aku ada kuasa untuk memulihkan keadaan seperti sediakala.
serangan demi serangan tetapi,tidak mengena juga.
tiba tiba Trik dan Trex mengepung aku dan menyemburkan gas kepada ku.
aku cuba untuk bertahan tetapi malang tidak berbau.
aku pengsan lagi sekali.
Share this novel