Bab 7

Action Completed 2639

keesokan harinya....

pada waktu rehat,aku rasa seperti di perhatikan.
aku dapat syak siapa kah itu.
Noah.
aku buat buat tidak tahu apa apa.
selepas itu,dia pergi sambil tersenyum.
begitu juga hari hari selepas itu.
aku sudah tidak tahan lagi.
aku berjumpa dia selepas waktu sekolah dan jumpa dia di belakang sekolah
supaya tiada sesiapa yang nampak.
"Noah,kau ni dah kenapa? hampir setiap hari aku nampak kau perhatikan aku.kau nak apa?"tanya ku
"aku nak kau..."kata Noah sambil tersenyum dan secara tiba-tiba dia memeluk ku.
aku terkejut dan aku terasa seperti mahu pitam.
seperti dia menyerap kuasa ku.
tapi,itu bukan kuasa dia.
aku menolak Noah dan mengeluarkan kuasa api kerana aku sangat marah.

aku lari kan diri sambil menoleh ke belakang
aku terlihat Noah masih lagi tersenyum.
sinis

aku pelik
pada ketika itu sudah hampir petang.
aku terpaksa melalui shortcut kerana rasa pitam aku masih lagi ada dan aku tidak mahu pulang lewat.

ianya tidak elok untuk seorang perempuan keluar pada waktu begitu.
tiba tiba aku terasa seperti di ekori.

aku menoleh
tiada sesiapa
ketika aku mahu terus kan perjalanan tiba

tiba ada seorang lelaki di hadapan ku sambil bertanya
"adik sesat ke?meh abang tolong tunjukkan jalan.."
"maaflah abang...sa.sa..saya boleh balik sendiri..saya balik dulu."kata ku dengan berani
tiba tiba datang pula seorang lagi mengepung aku

aku tiada cara lain supaya aku dapat keluar dari situ.
aku terpaksa menggunakan kuasa ku.
aku mengeluarkan kuasa api dan ais pada kedua dua lelaki itu.
salah seorang daripada lelaki itu menyuruh untuk mereka berundur.

aku lega walaupun kepala ku masih pening.
ketika mereka berlari,aku terdengar mereka berkata "itu lah budak Ain tu.kita mesti dapat kan dia."

aku berlari sekuat hati walaupun kepala ku masih sakit.
sesampai aku di rumah,aku menelefon ibu bapa ku untuk tidak balik pada malam ini kerana aku dapat rasakan yang mereka mungkin akan datang semula dan aku dalam bahaya sekarang.

aku tidak mahu ibu bapa ku terlibat.
ketika aku mahu berehat di sofa untuk seketika,tiba tiba pintu rumah ku di ketuk.

aku berasa ragu ragu.
aku bertanya"siapa itu?"
mereka menjawab"Kami dari jabatan.... pembaikan paip."
aku dapat rasakan yang mereka ialah lelaki yang mengganggu ku pada petang tadi.
"tapi 'kami' tak panggil pun"kata ku
aku saja mahu menambah 'kami'supaya mereka ingat yang ibu bapa ku berada di rumah.
"ok...maaflah...mungkin kami salah...rumah."kata seseorang tergagap.
mereka berlalu pergi.

aku lega tapi,sakit ku masih belum hilang.
aku masuk ke dalam bilik dan terus tidur
aku masih lagi tak tahu apa yang berlaku hari ini.

ia berlaku dengan pantas.
aku tidur dengan lena nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience