Rate

BAB 2

Romance Completed 7791

AZIM memberhentikan motorsikalnya di hentian bas. Menyesal pula tidak bawa kereta tadi. Hajat di hati hendak menunjuk pada rakan sekerja yang lain bahawa dia juga mampu memilik motorsikal mewah itu.

Dikibas-kibas jaket kulit yang tersarung kemas di badannya. Mulutnya tidak habis-habis merungut. Hujan yang menyusahkan orang. Bukannya menurunkan rahmat. Mulut lelaki itu mengomel. Marah akan hujan yang turun membasahi bumi.

Sebuah kereta BMW berwarna putih berhenti di hadapan Azim. Seorang lelaki keluar dari kereta. Azim mengerutkan dahi. Macam pernah nampak.

“Encik nak tumpang kereta saya? Hujan makin lebat ini.”

Pelawa lelaki itu.

Azim tersenyum sinis. Mentang-mentanglah kau bawa BMW, kau ada hati nak menunjuk dekat aku.

“Tak payahlah kau nak menunjuk dekat aku. Mentang-mentanglah kau naik BMW.”

“Tak ada niat pun saya nak menunjuk encik. Saya cuma membantu saudara sesama Islam.”

Nun di satu sudut, kelihatan budak comot menggigil-gigil menahan kesejukan seorang diri. Lelaki itu berpaling lalu segera mendapatkan budak comot itu. Simpatinya meluah-luah. Budak comot itu menangis sendirian.

“Ya Allah! Adik, mari masuk kereta abang. Kita balik rumah adik ya. Hujan makin lebat ni. Sejuk.”

Ajak lelaki itu.

“Tak apalah bang. Saya takut mak marah. Mak cakap kami tak boleh minta simpati orang. Nanti orang benci.”

Bicara tulus itu lahir di bibir anak kecil itu. Tersentuh naluri lelaki itu. Azim masih dengan senyuman sinisnya. Menyampah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience