Rate

BAB 5

Romance Completed 7791

AZIM menangis terduduk di tepi jalan. Dia baru sahaja kehilangan kerja. Kecuaiannya dalam menyiapkan kertas kerja menyebabkan pelanggan penting Ehsan Holdings membatalkan urusan jual beli. Datuk Hakim naik minyak. Azim diberi notis berhenti 24 jam.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Motorsikal Ducatinya telah ditarik sebentar tadi kerana bayaran tertunggak selama 3 bulan. Dan yang paling menyedihkan, dia baru sahaja dirompak ketika berjalan kaki pulang ke rumah. Azim menangis semahu-mahunya.

“Abang, mak saya cakap tak elok orang lelaki menangis.”

Tegur budak comot. Azim mengangkat muka lalu menjerkah budak comot itu.

“Kau sibuk apa hal? Kau uruslah hidup kau yang papa kedana itu!”

“Sayang, dekat sini rupanya. Mari balik. Risau mama tahu.”

Pujuk seorang wanita yang cantik bergaya. Budak comot itu menggeleng tanda tidak mahu.

“Aidil tak nak balik. Aidil nak duduk sini dengan abang ni.”

Tegas budak comot itu.

“Sayang, mari balik. Aidil tak takut ke kalau abang ni marah?”

Pujuk Aida lagi.

“Mama, abang ni dah selalu marah Aidil jadi Aidil dah tak takut. Muka abang ni sama macam papa kan? Aidil teringin nak peluk abang ni macam Aidil peluk papa dulu.”

Menitis air mata budak comot itu. Azim hanya memerhati. Tidak faham apa yang dibicarakan oleh budak comot itu. Pelik!

“Kalau Aidil nak peluk abang ni, Aidil kena wangi-wangi, kemaskan diri dulu. Aidil masuk dalam kereta. Nanti mama suruh Pak Abu hantar balik rumah. Lepas mandi, Aidil datang sini semula ya?”

Aidil hanya menurut.

“Maaflah encik. Anak saya ada masalah sikit. Dulu dia okay, lepas kematian arwah suami saya, dia berubah. Dia bagaikan ada dalam dunia dia sendiri. Saya sendiri dah tak tahu nak buat apa.”

Cerita Aida tanpa dipinta. Azim mengangguk.

“Tapi kenapa dia cakap, emak dia sakit, adik-beradiknya ramai dan dia tak makan 2 hari?”

Azim menyoal pelik.

“Seperti yang saya cakapkan tadi, dia bagaikan berada di dunianya sendiri. Arwah suami saya dulu susah orangnya. Dia selalu ceritakan keperitan hidup dia pada Aidil untuk dijadikan pengajaran. Aidil sangat rapat dengan arwah.”

“Oh macam tu. Saya turut bersimpati. Maaf selama ni saya layan dia teruk. Saya fikir dia anak pengemis yang hanya ingin mengambil kesempatan. Terlalu banyak khilaf saya pada semua orang. Saya bongkak, saya bangga dengan apa yang saya ada dan akhirnya, Allah tarik balik semua nikmat-Nya.”

Azim menangis. Aida terkejut.

“Sabar ya encik. Tapi encik kena bersyukur sebab sekurang-kurangnya Allah sedarkan encik. Encik tak terlalu jauh lagi. Kembalilah pada Allah. Dia sedia menanti taubat encik.Bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh. Allah itu Maha Pengampun.”

“Terima kasih sebab sudi bercakap dengan saya. Terima kasih sebab sedarkan saya. Sebelum ini, saya didekati hanya kerana saya kaya dengan wang, tetapi apabila saya susah semua orang tinggalkan saya.”

“Manusia yang tidak ikhlas hanya berada di sisi kita saat suka tetapi manusia yang ikhlas sentiasa berada di sisi kita saat suka dan duka. Eh, encik marilah kita duduk di pondok bas itu. Bahaya duduk di sini. Karang tak pasal-pasal kena lenyek.”

Azim ketawa.

Seumur hidupnya, belum pernah dia merasakan hatinya tenang dan lapang apabila bersama seorang perempuan. Dan yang pastinya, perempuan di hadapannya ini merupakan wanita pertama yang menjadikannya seperti itu.

“Mama! Papa!”

Jerit Aidil senang.

Aida dan Azim masing-masing terkejut.

“Minta maaflah encik. Kebetulan pula muka encik dan arwah seiras.”

Aida segan. Entah apalah penerimaan lelaki itu agaknya. Azim hanya senyum.

“Eh, Aidil. Mana boleh panggil orang sesuka hati macam tu. Panggil abang ni ‘abang’. Nanti dia marah mama tak tahu.”

Aida menasihati. Aidil memuncung.

“Tak apalah cik…”

Azim terjeda sebentar.

“Nur Aidani. Just call me Aida.”

“Tak apalah Aida. Saya suka Aidil panggil saya macam tu. Rasa macam betul-betul papa orang pulak. Aidil boleh panggil abang papa.”

Azim menarik Aidil ke dalam pelukannya. Aidil membalas. Kedua belah pipinya dicium.

“Aidil rindu papa. Papa balik duduk dengan kami ya?”

Pinta Aidil.

Azim terkejut. Begitu juga Aida.

“Erk, mana boleh Aidil. Papa dengan mama tak kahwin lagi. Tak apa, nanti papa datang lawat Aidil hari-hari ya?”

Pujuk Azim.

Aidil menggeleng.

“Kalau macam itu, papa dengan mama kahwinlah cepat-cepat. Kita boleh duduk sama-sama, Aidil boleh dapat adik baru. Hooreyy.”

Jerit Aidil kegirangan.

Azim mengerling ke sisi. Aida tunduk tersipu malu.

“Erm, macam mana? Saya tak paksa awak. Saya sedar saya siapa. Lagipun kita baru kenal tak sampai sejam.”

Azim bersuara. Aidil masih lagi dalam pelukannya. Budak comot itu tidak mahu melepaskannya.

“Saya terima awak. Saya percaya awak jodoh dari Allah.”

Aida malu. Merah pipinya.

“Aidil, tunggu minggu depan okay. I’m officially your papa, budak comot.”

Azim bersuara gembira.

Terima kasih Allah! Dalam kedukaan, terselit juga kebahagiaan. Tiada siapa dapat menduga semua ini bakal berlaku. Sungguh, tuhan ini Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Semua insan ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jangan pernah bangga dengan apa yang kita miliki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience