Rate

BAB 4

Romance Completed 7791

“AZIM, saya nak tanya. Sejak dua menjak ni, prestasi awak teruk. Datang kerja lambat, kertas kerja tak siap. Awak ada masalah ke?”

Soal Datuk Hakim selaku bos merangkap pemilik Ehsan Holdings.

“Erk, tak ada apa-apa bos. Saya cuma tak sihat sikit.”

Dalih Azim.

Setiap malam dia pasti keluar ke disko. Alasannya untuk menenangkan fikiran. Dia suka dikelilingi perempuan. Rasa bangga membuak-buak.

“Saya harap awak perbaiki mutu kerja awak. Okay, awak boleh keluar sekarang.”

Arah Datuk Hakim. Azim menurut. Dia kembali ke biliknya.

“Zim, asal bos panggil kau?”

Soal Ariff yang bersandar di pintu.

“Mutu kerja aku. Down.”

“Malam semalam kau pergi disko lagi ke Zim? Tak baiklah Zim. Lebih baik kau pergi masjid.”

Nasihat Ariff.

“Kau pun sama aje macam budak comot. Budak sampah tepi jalan tu. Tak payah nak nasihatkan aku. Life aku, aku handle sendiri!”

Marah Zim. Ariff tersentak.

“Aku harap suatu hari nanti kau akan sedar dan minta maaf pada budak comot itu!”

Ariff malas melayan Azim lalu beredar dari bilik rakannya itu.

“Arghh.”

Jerit Azim lalu mencampakkan barangan di sekitarnya. Hatinya geram! Malam ini dia perlu berseronok dengan perempuan, arak dan disko. Ya, dia perlukan semua itu untuk menenangkan hati yang geram kerana perangai semua orang kala ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience