Rate

BAB 3

Romance Completed 7791

“WEH Zim, cantik motor kau! Baru beli ke?”

Soal Ariff yang kelihatan teruja apabila melihat Azim menunggang motorsikal mewah itu.

“Cantikkan? Baru angkat kelmarin. Mahal ni beb.”

Bangga Azim.

“Kau tak takut ke Zim?”

“Nak takut apanya? Aku ‘anak kesayangan’ bos. Sekali petik, keluar bonus ribu riban.”

Sekali lagi Azim mendabik dada tanda bangga.

Budak comot yang lalu di hadapan mereka berhenti seketika. Terbuka mulutnya dek kerana pameran indah di hadapan mata. Azim dan rakannya yang membelakangi budak comot itu tidak perasaan akan kehadirannya. Budak comot itu memegang perlahan-lahan motor Azim. Kagum!

“Hey, budak comot. Siapa izinkan kau pegang motor aku? Kotor kau tahu? Tangan pegang tong sampah mana, tiba-tiba pegang motor aku. Kau mampu nak beli ke?”

Jerkah Azim.

Ariff cuba untuk meredakan keadaan. Tidak sangaka Azim akan bertindak demikian.

“Zim, sudahlah. Budak-budak lagi.”

Pujuk Ariff.

Budak comot itu tunduk memandang kaki yang tidak di alas apa-apa. Kesan calar di sana sini.

“Alah au pun sama aje macam orang lain Riff. Suka sangat bela budak sampah macam ni.”

Ariff beristigfar mendengar ata-kata Azim.

“Zim, kau lupa asal usul kau? Aku bukannya nak hina kau tapi kau fikir balik. Kau hina orang but one day, orang ini juga yang akan kau cari untuk mohon maaf. Kita tak selalunya bernasib baik Zim. Ingat tu!”

Ariff menarik tangan budak comot itu lalu membawanya pergi jauh dari Azim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience