BAB 7

Family Completed 2973

Mak Wan Khalsom memikirkan pelawaan Fadli tu,mana tahu dengan cara ini aku boleh membesarkan lagi perniagaan kek Sarang Semut aku tu,bisik hati Mak Wan Khalsom.

Genap beberapa bulan selepas itu,Mak Wan Khalsom pun mempunyai kedai kek Sarang Semut nya sendiri.Lepas berbincang dengan Fadli untuk membeli kedainya itu,

Mak Wan Khalsom pun bersyukur sebab cita-cita dan azamnya telah tercapai akhirnya.

Kini kedai kek Sarang Semut Mak Wan Khalsom semakin maju dan berjaya,Mak Wan Khalsom sudah mempunyai dua cawangan.Mak Wan Khalsom ingin membesarkan perniagaannya di seluruh Malaysia dan mempunyai setiap cawangan di setiap negeri.

Hanafi pun sudah masuk ke kolej terkemuka di Kuala Lumpur,selepas memperolehi keputusan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) dan Mak Wan Khalsom gembira dan berbangga atas kerjayaan anaknya itu.

Mak Wan Khalsom kini bergelar seorang pengusaha kek Sarang Semut yang berjaya dan mempunyai sebuah kilang.Akhirnya doa Mak Wan Khalsom selama ini telah pun dimakbulkan oleh Allah S.W.T,atas usaha Mak Wan Khalsom selami ini.

Walaupun berjaya Mak Wan Khalsom tidak berasa megah dan “dabik dada” atas apa yang diusahakan selama ini untuk membesarkan perniagaan kek Sarang Semut nya itu.

Kita teruskan usaha dan jangan pernah berputus-asa,dan kita kenalah berdoa dan memohon pada Allah S.W.T juga agar apa yang kita usahakan selama ini di rahmati oleh Allah S.W.T.

Resepi kejayaan yang dikecapinya adalah sentiasa bersyukur dan teruskan berusahan. Jangan sekali mendabik dada atau berasa megah dengan kelebihan dan sentiasa beringat pada orang yang kurang senang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience