BAB 2

Family Completed 2973

Selalunya lepas siap semua tempahan,Hanafi akan pergi menghantarnya ke rumah orang yang menempahnya.

Semasa majlis-majlis perkahwinan dan musim perayaan selalunya banyak tempahan oleh penduduk kampung,sampai tak menang tangan Mak Wan Khalsom dan semua anaknya itu.

Walaupun banyak tempahan Mak Wan Khalsom tidak akan mengecewakan orang kampung,dia akan usahakan untuk menyiapkan semua tempahan.

Walaupun Mak Wan Khalsom sibuk dengan kerjanya,dia tetap akan menunaikan perintah Allah S.W.T apabila masuk waktunya.

Dan Mak Wan Khalsom tidak pernah memperlambatkannya,kalau asa masa Mak Wan Khalsom akan sembahyang berjemaah di masjid yang berdekatan dengan rumahnya.

Selalunya Hanafi akan ikut Mak Wan Khalsom ke masjid untuk sembahyang berjemaah bersama-sama,Hanafi seorang budak yang yang tidak pernah meninggal sembahyang fardhu kecuali sakit sahaja dia meninggalkannya.

Lepas habis sembahyang berjemaah,Mak Wan Khalsom dan Hanafi pun pulang ke rumahnya untuk menyiapkan persiapan sekolah dan mengulang-kaji pelajarannya sebelum tidur.

Walaupun sibuk menolong Mak Wan Khalsom,Hanafi tidak pernah lupakan pelajarannya sebab dia akan menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Hanafi akan tekun dan bersungguh-sungguh belajar untuk perolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang penting itu,untuk mengejar cita-citanya yang ingin menjadi guru sekolah suatu hari nanti.

Jam didinding menandakan pukul sepuluh malam,Hanafi pun mengunci jam locengnya dan menyalin jadual sebelum tidur.

Dia ingat pesan Mak Wan Khalsom sebelum tidur basuh kaki dan baca doa.

Tepat jam pukul enam pagi,Mak Wan Khalsom pun mengejutkan Hanafi supaya bangun mandi dan sembahyang subuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience