BAB 6

Family Completed 2973

Dia pun bayar dan mengambil kek Sarang Semut nya dan terus pulang ke rumahnya.

Seminggu kemudian,Fadli pun datang lagi ke rumah Mak Wan Khalsom membawa hajat besar untuk berbincang dengan Mak Wan Khalsom.

“Mak Wan Khalsom !...oh...Mak Wan Khalsom !”panggil Fadli.

“Ya tunggu kejap “kata Mak Wan Khalsom sambil membuka pintu rumahnya.

“Oh Fadli ada apa?,nak tempah kek Sarang Semut lagi ke?”soal Mak Wan Khalsom.

“Tidak! Saya datang ni ada hajat besar nak bincang dengan Mak Wan Khalsom ”kata Fadli.

“Hajat apa Fadli nak bincang dengan Mak Wan Khalsom ?”tanya Mak Wan Khalsom.

“Sebenarnya saya nak pelawa Mak Wan Khalsom bekerja di kedai saya boleh tak”jawab Fadli.

“Bukan Mak Wan Khalsom tak nak,tapi kek Sarang Semut Mak Wan Khalsom siapa nak buat”kata Mak Wan Khalsom.

“Mak Wan Khalsom jangan risaulah,dekat kedai saya tu Mak Wan Khalsom boleh buat kek Sarang Semut sekali dan besarkan lagi perniagaan kek Sarang Semut Mak Wan Khalsom ”terang Fadli.

“Kalau macam tu Mak Wan Khalsom setujulah”kata Mak Wan Khalsom sambil senyum.

“Terima kasih sebab Mak Wan Khalsom sudi terima pelawaan saya”kata Fadli lagi.

“Sama-sama”kata Mak Wan Khalsom lagi.

Fadli pun memohon untuk pulang ke rumahnya,Mak Wan Khalsom pun menemani Fadli hingga ke pintu rumahnya.Selepas kelibat kereta Haki tidak kelihatan lagi,Mak Wan Khalsom pun tutup dan kunci pintu rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience