BAB 3

Family Completed 2973

“Hanafi bangun sudah pagi ni”kejut Mak Wan Khalsom.

“Ya mak Hanafi bangun ni”jawab Hanafi sambil mengambil tuala yang ada di pintu biliknya itu.

Tanpa buang masa,Hanafi pun terus mandi dan sembahyang subuh.

Lepas sembahyang Hanafi pun memakai baju seragam sekolahnya dan turun makan sarapan pagi bersama Mak Wan Khalsom dan adik-adiknya.

Jam didinding menandakan pukul tujuh pagi,Hanafi pun pergi ke sekolah.Mak Wan Khalsom selalu berpesan supaya belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh lagi.

“Mak Hanafi pergi dulu ya”kata Hanafi sambil bersalam dengan Mak Wan Khalsom.

“Yalah,baik-baik jalan tu”pesan Mak Wan Khalsom.

“Baiklah mak”kata Hanafi lagi.

Selepas kelibat Hanafi tidak kelihatan lagi,Mak Wan Khalsom pun bersiap untuk keluar pergi ke pekan untuk mencari barang keperluan untuk membuat kek Sarang Semut nya.

Tepat jam sembilan pagi,Mak Wan Khalsom pun pergi ke pekan dengan menaiki kereta sewa.Mak Wan Khalsom pergi ke kedai yang biasa Mak Wan Khalsom beli iaitu kedai Haji Harum.

“Cari barang ke?”tanya Haji Harun sambil senyum.

“Yalah,bak buat kek yang dipesan oleh orang kampung”jawab Mak Wan Khalsom sambil memilih barang yang hendak dibelinya.

“Banyak ke tempahan Wan Khalsom ?”tanya Haji Harun lagi.

“Boleh tahanlah juga banyaknya”jawab Mak Wan Khalsom sambil senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience