AHFAS 1-prolog.

Drama Series 8724

"Kau kenapa ngah dari hari Along dikebumikan kau menyendiri. Dengan aku pun kau tak nak bercakap, mak dah naik risau tengok keadaan kau ni,kalau kau nak meluahkan perasaan, aku ada, walaupun Aku ni budak lagi tapi aku boleh jadi pendengar setia kau" kata Safina.
"Aku rindu dia dik.... Kau tahu tak apa perasaan kehilangan tu, dari dalam perut mak lagi aku tak pernah sendiri. Dia selalu ada dengan aku. Kami melihat dunia ni sama sama, melepaskan tangisan pertama sama sama, menyebut mak juga sama sama. Masa di tadika aku dah ada kawan sebab tu aku seronok pergi sekolah, kami khatam Quran juga Sama sama, pendek kata kami tak pernah berjauhan kecuali sekali.masa kami menyambung pelajaran di universiti. tapi kau nk tahu rahsia tak dik. Masa tu aku nak menjejakkan kaki pertama kali di universiti, Dia naik bas sorang sorang dari Kedah ke Johor sebab nak teman aku masuk universiti tu. Along ponteng kelas 2 hari demi tak nak tengok aku menjejakkan kaki ke UiTM Skudai tu sorang sorang. Mak dan abah langsung tak tahu hal tu. Along tu kadang suka buat kerja gila. Dan Bila dia cakap dia sakit. aku dah nampak masa depan aku semakin kabur. Aku tak nampak masa depan aku dengan Along lagi dah. Kami lahir sama sama tetapi kenapa dia mati sendirian?"balas Wani.

"Aku tak pernah ada kembar ngah, so betul aku tak tahu perasaan kau ngah, tapi sakit Along dah tahap kritikal, pembedahan saja yang boleh menyembuhkan Along"bidas Fina.
"Tapi Along tetap mati, Doktor tu pembunuh, aku nak saman doktor tu"emosi Wani timbul selepas berusaha untuk tidak memikirkan tentang isu kematian kakak kembarnya.
"ya Allah ngah ingat Allah ngah, percaya kepada qada'dan qadar. Doktor cuma mampu merawat, Allah yang menyembuhkan."pujuk Fina.
"aku tahu semua tu tapi aku ralat sebab doktor tu berkeras mahu Along teruskan pembedahan tu juga. Kalau Along tak lalui pembedahan tu mesti Along ada dengan kita sekarang ni. dan... Apa yang aku lebih terkilan sebab aku tak sempat tatap wajah Along dan cium dia untuk kali terakhir."sambung Wani.
"Nah !"Fina menghulurkan tangan kepada Wani
"Apa ni?"soal Wani.
"Itu cermin, kalau kau rindu Along kau tatap puas puas cermin tu, eh kejap ada yang kurang Fina berlari masuk bilik, kedua dua tangan Fina memegang wajah angah. Satu titik dilukis di tepi tubir mata kanan Angah menggunakan eyebrow pen warna hitam.

"ok dah siap, kalau kau rindu Along kau tilik cermin tu. Kau akan nampak wajah Along kemudian kau senyum Tau ngah, kau akan nampak betapa bahagianya Along berada di rumah abadinya"ujar Fina bersungguh sungguh.Wani tersenyum dengan komen si bongsu. mereka berdua memang seiras, kembar seiras, even Fina juga boleh menjadi kembar ketiga mereka cuma tak cukup tinggi saja.apa yang membezakan wani dan Fida ialah tahi lalat pemanis pada sudut tepi tubir mata kanan Fida. Fida disayangi oleh semua orang yang mengenalinya kerana ketinggian pekerti dan peribadinya. Fida sangat ringan tangan membantu jiran tetangga. Kerana itu sewaktu kematian Fida ramai sanak saudara,jiran tetangga dan kawan kawan Fida hadir untuk menghantar bidadari dunia itu ke negeri Abadi.Wani tahu Pasti roh Fida menantikan kehadirannya pada hari tersebut namun entah dimana silapnya, Wani sedang bekerja di negeri di bawah bayu.

"Maafkan aku Fida.... Sebaik sahaja adik call aku, aku terus beli flight paling awal ke semenanjung. mendarat di KLIA 2 sepang aku mendapatkan teksi untuk pulang ke Johor Bharu. segalanya lancar tetapi sebaik masuk ke kawasan kampung kita berlakunya perarakan budak budak bersunat. Aku sampai ke kawasan kubur tapi keranda engkau sudah diturunkan.Aku sempat tiba semasa imam membacakan Talkin tapi aku tak sempat melihat wajahmu long, maafkan aku. kau kawan paling memahami. my best friend forever."bisik hati wani.
Seminggu berlalu semua ahli keluarga seumpama sudah dapat menerima kehilangan Along A.K.A Shafida di dalam keluarga mereka tetapi tidak bagi Salwani
Wani masuk ke bilik Along Fida.Bilik itu menjadi saksi semua keluh kesah dan rahsia hati Along. cuma Wani paling dipercayai oleh Fida. Dia senang meluahkan perasaannya kepada Wani termasuklah soal cinta.Wani melihat keseluruhan ruang bilik itu Ada lagi poster pemain bola ni Along. Aku ingat lagi dulu kau meratapi majlis perkahwinan pemain bola ni kemudian kau ketawa bagai orang gila bila mereka berdua bercerai. Gambar Hamdi Nawawi disentuh oleh Salwani. Dia ni bintang terkenal long mana dia perasan orang biasa macam Kita ni"gumam Wani. kemudian Wani menuju ke arah sebuah almari pakaian. Dia membuka almari pakaian dan mengambil sehelai baju kurung milik arwah. Wani menyua baju itu ke badannya.
"macam kecik jer, chup, Bukan kecik tapi kau tu yang gemuk"suara jahat kedengaran di kepala Wani .oh no...oh no .. oh no no no no no.

"asal kau kurus sangat long semua baju kau aku tak muat Long"fikir Salwani, menyalahkan kembarnya itu yang terlalu kurus.
"adik sini jap."panggil Salwani.
"Kenapa ngah"soal Safina.
"Angah nak kemas pakaian Along ni dan dermakan ok tak?"soal Wani"ok tapi baju yang ini jangan derma, ini baju last Along pakai ada bau Along ni Adik nak peluk bila rindu"kata Fina mengambil blouse longgar milik Along.

"Kalau aku ikut jejak Along kau sedih tak dik?"Wani mengajukan soalan.
"Apa kau tanya macam ni ngah, Aku tak suka kau cakap soal maut "marah Fina.
"Ajal...,maut... jodoh.. pertemuan semuanya Allah yang tentukan kita tak ada tarikh untuk semua tu dik"ujar Wani.
"Aku tahu ngah, tapi please tolong jangan buat aku risau. Dan please kalau kau rasa sakit kau terus terang dengan aku ngah. Jangan sembunyikan. Aku ni dah 15 tahun tahu tak bukan budak kecik lagi. Along tu selalu sembunyikan sakit dia, ubat ubat dia bila dah kritikal langsung tak boleh nak buat apa dah"bebel Fina.
"Angah adik nak tanya ni, menjadi dewasa tu kena selalu berlakon okay ke?, Maksud adik, adik selalu tengok orang dewasa berlakon contoh masa arwah abah meninggal, mak berlakon dia kuat tapi bila tengah malam adik dengar suara, mak menangis. Dan kau sekarang ni kau sedih tapi kau berlakon okay untuk sorokkan kesedihan kau"kata Fina
"Itu sebab kami tak nak orang di sekeliling kami risau."balas Salwani
"Susah juga ek jadi dewasa, sebab orang dewasa ni sanggup buat apa saja untuk orang yang dia sayang."
"Along dan mak sembunyikan semua tu sebab mereka nak kita selalu happy, bila kau besar kau akan faham"balas Angah.
"ngah... Ayah mati sebab jantung Along pun sama,malah kematian mereka juga atas sebab yang sama, akibat pembedahan. Apa penyebab utama sakit jantung ya Aku nak mula mencegah dari sekarang. Sebab mencegah lebih baik dari mengubati."ujar Fina.
"Angah tak tahu secara details tapi mengikut apa yang Angah cari tahu
Penyebab penyakit jantung berlaku berpunca daripada satu proses yang dikenali sebagai aterosklerosis. Kondisi ini menyebabkan pembentukan plak pada dinding arteri.

Dari semasa ke semasa, plak ini akan menjadi semakin tebal dan menyempitkan saluran darah. Jika ini berlaku, sukar untuk darah mengalir secara normal.

Malah, ada juga risiko untuk darah beku terbentuk pada saluran darah. Darah beku yang terbentuk ini boleh menyebabkan pengaliran darah terhenti. Perkara ini sekali gus boleh menyebabkan pesakit mengalami sakit jantung ataupun strok."terang Wani.
Apa penyebab darah beku tu ngah?"soal Fina lagi.
"Pendek kata semua asal dari makanan dik. Makanan bergoreng tu penyebab saluran darah menjadi sempit kau kan suka makan makanan bergoreng. Kawal tau dik."pesan Angah.
"Angah ada nombor telefon Abang Safuan?.Dia belum tahu lagi apa berlaku pada Along'ujar Fina. Soalan itu menyebabkan Salwani terkedu. Sudah lama nama itu tidak di sebut di bilik tersebut.

maaf andai ada yang emosi cuma sedikit info. novel ini akan dimasukkan ke dalam Unlock chapters. Dan sipublish di novel plus pada bulan Januari nanti. maksudnya bulan Januari nanti ada novel werewolf sebagai free reading Dan novel surgeon ini dalam UC, fair and square. sesiapa ada pertanyaan mengenai ncoins boleh sms Che da di Ig Ayuni arianne dan FB Arianna Vyomini. milik Che da.twrima Kasih dan harap sabar menunggu doakan Che da cepat cepat tamatkan draft untuk semua Novel novel Che da ya.salam Maulidur rasul dan happy holidays.

Share this novel

DHIA AMIRA.
2022-10-09 10:00:24 

prolog pun sedh dah ni

DHIA AMIRA.
2022-10-09 10:00:12 

yg ni saya mst sedih

DHIA AMIRA.
2022-10-09 10:00:04 

ok cheda baiklah


NovelPlus Premium

The best ads free experience