AHFAS03-Surat cinta...

Drama Series 8724

"Ayuni... boleh aku duduk sini"sapa Safuan kepada rakan senegaranya.
"Duduklah Saf, tak ada cop hak milik sesiapa pun"balas Ayuni.
"Aku nak meluahkan perasaan sikit ni kau sudi dengar tak?"soal Safuan.
"Cakap jelah Saf, Aku dengar jer"kata Ayuni
"Aku rindu kepada kekasih hati aku di Malaysia. Last aku jumpa dia pun semasa kita cuti semester pertama. "kata Faisal,
"Semester lepas kan kita balik, kau tak jumpa dia ke?"soal Ayuni merasakan cemburu terhadap kekasih Safuan kerana menerima perhatian dari lelaki idamannya.

"Aku ada ajak jumpa tapi dia tak mahu dan sampai sekarang phone dia masih off, aku tak tahu bagaimana nak hubungi dia, aku risau terjadi apa apa kepada Fida."kata Safuan.
"Wow , so sweet "sinis Ayuni memberi komen.
""Kau takde nombor telefon rumah dia or alamat rumah? soal Ayuni.

""Dikampung Sentosa itu belum ada tiang telefon. tapi ya aku ada alamat rumah dia, thanks Yuni dah bantu aku"ujar Safuan, ketika sedang resah Safuan langsung tidak memikirkan tentang alamat rumah aFida, BilaSafuan tiba di hostel dia mencari kotak yang menyimpan barangan peribadinya lalu menyemak diary lama berisi alamat Shafida. Safuan mencarik sehelai kertas untuk menarikan luahan hati buat si kekasih hati..

Duhai kekasihku Shafida binti Halim.

Untukmu yang kusayangi. . . . .

Entah apa yang harus aku tuangkan dalam secarik kertas ini
Goresan tinta indah sekalipun tak ada yang bisa mewakili rasa ini

Ada banyak hal yang mungkin tak kau tahu dariku, betapa banyak tersimpan segala kurangku, bahkan lebihnya cintaku yang kukemas dalam hati untukmu.

Terima kasih atas curahan kasih sayangmu untukku, yang telah memberikan warna disetiap hari hariku bersamamu.

Aku tahu, aku adalah yang pertama untukmu, dan aku juga berharap, aku adalah yang terakhir untukmu. bak kata Dato'Jamal Abdillah, Kau kekasih awal dan akhir sayangku...

Aku ingin disetiap hari hariku...sentiasa disisimu....bersamamu
Aku melihat senyummu…
Mendengar suaramu, candamu…tawamu…
Aku ingin kau slalu ada menemaniku hingga kita tua nanti.Aku ingin kau menjadi permaisuri hatiku dan bonda kepada anak-anakku...
Meski kadang aku bertanya tanya apakah aku pantas mendampingimu?
Fida sayang..., entah mengapa telefonmu gagal untuk aku hubungi. Namun ketahuilah sayang aku disini teramat merindukan dirimu yang berada di seberang lautan. Aku semakin tidak sabar untuk menamatkan pengajian aku disini dan kembali ke Malaysia sebagai seorang doktor pakar. kemudian Aku akan melamar kamu untuk menjadi permaisuri hatiku. Setelah itu tidak ada apa yang boleh memisahkan kita kecuali maut.... Bersabarlah sayang, Kita pasti akan bersatu jua, tetapkan hatimu hanya untukku.Sampaikan salam Abang buat kedua ibubapa sayang serta adik adik sayang yang lain. Abang menanti balasan warkah darimu . Namamu ada didalam setiap doaku.

Aku insan tercintamu,
Mohd Safuan bin Darus.
Kekasihmu,

Berulang kali Safuan membaca warkah itu untuk Shafida. Dia yang mengambil aliran sains tidak megitu mahir merangkai kata kata puitis untuk dihantar pulang ke Malaysia. Dia turut memberikan alamat universitinya belajar supaya Fida dapat mengirimkan surat balasan kepadanya. setelah berpuas hati warkah itu dimasukkan ke dalam sampul dan ditampal setem lalu dimasukkan ke dalam mailing box di post office.
Seorang pekerja di pejabat pos mengambil box itu. di keluarkan isinya ke atas conveyor belt.beberapa orang pekerja mengasingkan surat surat tersebut mengikut tempat. surat dari Safuan dicampakkan ke dalam bekas dengan tulisan dan bendera Malaysia. kemudian surat di dalam setiap bekas di masukkan ke dalam karung beg dan diletakkan bersebelahan dengan parcel jugak kotak kotak besar untuk di hantar ke lapangan terbang. surat surat dan parcel parcel besar itu akan menaiki kapal terbang kargo untuk diterbangkan ke Malaysia. Tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur pekerja pos tempatan mengambil surat dan kotak kotak milik mereka. lalu membuat pengasingan mengikut negeri. surat surat dan parcel ke Borneo sekali lagi menaiki kapal terbang untuk tiba di bumi Borneo, tetapi surat Safuan dimasukkan ke dalam van bertulisan pos ekspress dan di hantar ke setiap negeri berkaitan di semenanjung,lebih tepatnya ke Muar Johor. Selepas 3hari Surat Safuan berada di dalam beg posmen yang dalam perjalanan untuk di hantar ke rumah Shafida.

Posmen itu membunyikan hon motor. Salwani berlari keluar. Dia menanti tawaran kerja dari Kuala Lumpur. Salwani tidak sanggup untuk menetap di Sabah lagi dan membiarkan ibu dan adiknya tinggal sendirian di semenanjung. Salwani hampa bila surat yang riba itu adalah untuk Shafida. Saat melihat cop dan Stamp dari Massachusetts USA, Salwani menjadi gementar.
"mungkinkah ini surat dari Safuan untuk Along?"fikirnya.Salwani cepat cepat masuk ke biliknya. setelah membuka surat itu tahulah Wani bahawa Safuan kini berada di Harvard University dan menyambung pengajian di dalam bidang perubatan berdasarkan alamat yang dikirimkan.

Safuan telah menerima tajaan biasiswa daripada kerajaan Malaysia untuk menyambung pelajaran di universiti Harvard Massachusetts USA. encik Halim telah meninggal dunia akibat lemah jantung semasa Shafida dan Salwani berumur 16 tahun. Safuan tidak sanggup melihat kekasihnya, menangis lalu berjanji akan menyambung pelajaran di dalam bidang perubatan demi untuk menjamin kehidupan mereka berdua di masa akan datang.
"Abang janji ya jadi doktor,kalau Fida sakit Fida nak abang yang sembuhkan Fida, boleh kan?"soal Fida dengan mata beningnya.
"Ya, Abang janji. Sayang pula nak sambung belajar di mana?"soal Safuan.
"Sambung dalam Malaysia saja, Arwah abah baru meninggal. terfikir juga nak bekerja terus sebab Fida anak sulung. Tugas menjaga mak dan adik adik terletak di tangan Fida."ujar Shafida.
"Bila abang dah tamat belajar dan jadi doktor, kita kahwin,masa tu giliran sayang pula sambung belajar.ok? setuju tak?"Safuan mengukir senyuman yang manis kepada Shafida.
"Setuju"jerit Shafida.

*****

Salwani menarikan pandangan ke setiap aksara di dalam warkah kiriman Safuan. jatuh air mata Salwani membaca warkah bisu itu. Salwani mengambil telefon Ericsson milik Shafida lalu membukanya, Alamak, bateri dah habis rupanya. Salwani keluar membawa telefon tersebut untuk membeli charger. barang barang Shafida masih berada di rumah sewanya di Johor Bahru. kawan serumah Fida membawa beberapa barangan peribadi Shafida ke Muar Johor untuk diserahkan kepada keluarga Shafida dan telefon itu salah satu daripada barangan peribadi Shafida. Setelah membeli charger, Salwani singgah mengambil Safina di sekolah.
"Angah pergi Kemana,ni?"soal Fina.
"pergi pekan beli ni"charger Ericsson ditayang pada Safina.
"charger phone? Angah beli charger saja?"soal Fina.
"untuk telefon Along ni, kenapa kita tak terfikir untuk buka?"kata Wani.
"Tak perlu bukalah ngah Ada rahsia Along kot dalam tu"ujar Fina.
"Cuba kau baca ni "surat Safuan diserahkan kepada Fina.

"Subhanallah, abang Safuan masih belum tahu apa apa pasal Along, lalu surat itu Fina simpan di dalam beg sekolahnya.

mesti pembaca semua pernah tulis atau dapat surat cinta kan?,tahun 90 an memang romantik.

Share this novel

DHIA AMIRA.
2022-10-30 12:25:14 

aha tahun 90 an kbangkitan rock leleh


NovelPlus Premium

The best ads free experience