"Angah...."panggil Fida.
"Ya, kenapa Long"
"Along ada rahsia nak cerita kepada Angah ni"
"Apa dia cepat long'balas Salwani teruja.
"Di sekolah Along tu, Along minat dengan seorang pelajar senior Along nama dia Safuan bin Suhaimi.Dia seorang yang pendiam sebab tu Along suka dia"ujar Shafida.
"Along kan mulut becok, sesuai la tu dengan Along"komen Wani.
"Patut tak Along luahkan perasaan sayang Along ni pada dia"soal Along.
"Mestilah harus, kalau melepas kepada pelajar lain bagaimana?"sengaja Salwani mendera pasangan kembarnya.
"Tapi ngah, Abah dan mak tak benarkan kita bercinta semasa masih bersekolah "ujar Shafida.
"Along kan seolah di Sekolah berasrama yang jauh dari kawasan rumah. tiada siapa pun tahu dan laporkan kepada Ayah 'hasut Salwani.
"Kalau rahsia ini pecah Along tahu siapa yang bocorkan rahsia Along ok"kata Shafida.
'PercayalahAku tak akan membocorkan rahsia kau long kita ni ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa kalau abah lempang muka kau muka aku ni rasa peritnya.Kau tak ingat masa kita 7 tahun dulu?.
**throwback ke tahun 2005**
"Wani...Fida... jom lah kita ikut Borhan cari ikan laga"panggil Siti Saleha, anak jiran sebelah, Borhan itu sepupu Saleha.
"Macam mana ngah,"soal Fida.
"Kita pergilah kejap mak dan abah belum balik lagi ni mereka selalu balik pukul 6 petang kan, kita gerak balik awal sikit nanti"cadang Fida. lalu si kembar itu melangkah ke kawasan sungai kecil di hujung kampung. air dari sungai itu dikatakan mengalir dari bukit sentosa. kerana nama itulah kmpung sentosa mendapat nama.
"Leha, kami berdua tak bawa penyejat lah"kata Fida sayu.
"Fida dan wani boleh guna penyejat abang Borhan ni,"kata Borhan.
"Woi Borhan tak malu minta Fida dan wani panggil dia abang. kalau macam tu aku pun kena panggil Kau Abang juga"sindir Saleha.
"Tak boleh kau panggil aku Borhan saja" gigih Borhan menolak Saleha.
Fida dan wani bergilir gilir menggunakan penyejat Borhan untuk mencari ikan laga kemudian mereka memasukkan dua ekor ikan laga ke dalam botol jernih untuk iklan ikan itu berlaga. ikan yang menang di simpan di dalam akuarium kecil yang istimewa untuk dipertontonkan di sekolah.akibat terlalu asyik meraung sungai kecil itu Fida dan Wani tidak sedar masa semakin lewat dan rembang senja mulai timbul di ufuk barat.
"Oii budak budak balik ke rumah masing masing sekarang dah nak maghrib "jerit tok bilal dari atas motor Honda bulat,dia sedang menuju ke masjid kampung Sentosa untuk melaungkan azan maghrib. Wani berlari selajunya meninggalkan Fida yang tercari cari selipar Jepun miliknya .
"Masya Allah Wani .Kemana kamu berdua pergi. rumah pun tak berkunci, tengoklah baju dan seluar tu kotornya, korang pergi berkubang dengan kerbau ke?"soal Melur. Dia dan suaminya Halim pergi ke rumah YB untuk bekerja pada setiap hari Ahad, Melur mencuci pakaian di rumah besar itu sambil turut melipat pakaian yang sudah kering manakala Halim pula membersihkan rumput rampai di sekeliling rumah orang kaya. pada hari biasa mereka berdua menoreh getah. di kawasan kebun getah milik arwah ibu bapa Melur. Kedua dua anak kembarnya sudah berusia 7 tahun dah boleh menjaga diri sendiri. soal makan Melur tidak bimbang kerana anak kembarbnya akan membuat air manis untuk di cicah dengan roti putih atau biskut tawar. keduanya tidak pernah mengeluh akan kesusahan hidup ibu bapa mereka. Fida tiba bila azan maghrib berkumandang. Halim turun dari rumah membawa tali pinggang miliknya untuk menjalankan hukuman keatas anak sulungnya
"Dah maghrib baru jumpa rumah, kalau kamu disorok dek hantu siapa yang susah. Halim mula memukul Shafida, Salwani menangis melihat kakaknya dipukul lalu merebahkan tubuhnya keatas tubuh Along. Salwani menjadi perisai yang melindungi Shafida.
throwback end .
"Memanglah kau rasa perit ngah, kau baring atas badan aku sudahnya dua-dua pun melalak sama sama"ketawa Fida mengenang zaman kenakalan mereka, 3 tahun kemudian Anak ketiga Safina pula lahir, dan menjadi tugas di kembar untuk menjaga bayi comel itu. Jika Safina jatuh sakit atau terluka dua kakaknya akan dipersalahkan.
"Along... cerita lah macam mana Along jumpa dia dan mula jatuh hati,"soal Salwani meyakinkan kakaknya itu.
"Semasa hari pertama Along mendaftar di maktab rendah sains MARA itu guru guru meminta pelajar senior membawa junior tour keseluruhan kawasan sekolah. Along beratur di belakang sekali. kemudian Along nak terjatuh sewaktu menaiki tangga, Abang Safuan tu yang sambut Along. lalu...
satu...
dua...
tiga....
Dari kerana mata
Yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda
Aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata
Yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda
Aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata
Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu menikamlah jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa.
Dan Along pun terdengar Semilir menghantar bunyi-nyanyian hati Safuan. begini lagunya.
Duhai dara kau manis jelita
Senyum mu indah berseri-seri
Hati ku selalu menjadi tergoda
Memandang kau tiap hari
Engkaulah yang ku puja-puja
Gadis impian di waktu malam
Aku duduk termenung kesepian
Terkenang dara pujaan
Tidakkah kau kasihan
Ku menanti kepadamu selalu
Biar ku rasa bosan
Hati ku tetap pada mu
Beginilah hidup dalam dunia
Selalu sama saling bercinta
Marilah dinda pujaan kesuma
Mengikat janji asmara.
"Nama saya Shafida"kata Along
"Kenalkan saya Safuan.safuan bin Suhaimi.
"oh, saya Shafida binti Halim.pendek dan senang nak hafal".
"Kamu berdua buat drama muzikal ke kat bawah tu"suara ketua pengawas memetir. Along tak puas hati. "malam ni jumpa di pintu pagar yang memisahkan asrama lelaki dan perempuan selepas solat Isyak"kata Safuan. Along pun bersetuju."cerita Fida
"Mesti dia hensem kan."soal Wani"Hensem tu subjektif ngah, tapi hati ni dah suka pada dia. Angah Tak ada peminat?"soal Fida pula.
"sekolah Ngah tu sekolah kampung jer, tak ada yang mampu membuatkan hati ini dup DAP dup DAP."balas Wani.
"kalau yang dah dig dug, di dalam dada.... jantung berdebar hati berbunga amboii ada tak "soal Fida sambil bernyanyi.
"tak ada long, tapi kalau yang.....
Bergetar-getar getar getar seluruh tubuhku
Berdenyut-denyut denyut denyut dalam jantungku
Saat-saat kau tatap wajahku
Bila-bila kau senyum padaku
Aduhai asyiknya
Berdebar-debar debar debar rasa hatiku
Berdetak-detak detak detik keras jantungku
Kamu-kamulah yang paling tampan
Hampir-hampir ku lupa ingatan
Kernamu... oh sayangku"Salwani turut melagukan lagu dangdut dendangan kumpulan mascara berjudul detdk detik cinta itu.
"maksudnya Angah ada minat seseorang kan?"soal Fida
"ya, betul, tapi kita bukan level dia Along, Angah takut dikecewakan . Dan kisah percintaan si Angah terkubur seiring dengan waktu yang berjalan.
.......
Setahun menjalinkan hubungan, Safuan akhirnya tiba ke penghujung zaman persekolahannya. Orang yang paling sedih ialah Shafida. Safuan sering membantu Shafida dalam menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu. Menyesal sungguh Shafida rasakan kerana cuma meminta Safuan menyelesaikan tugasnya dan tidak meminta kekasihnya itu mengajar dirinya terlebih lagi untuk subjek matematik.
Che da akan mula update novel ini mulai malam ini, satu chapter sehari, tak boleh nak bagi double update.terima kasih yang sudi singgah baca novel Che da yang tidak seberapa ini.
Share this novel
sg klu blik kg
sg ada .. pasar mlm pon ada
lagu ahmad jais n l. ramlee .. hee ,. mak suka ni .. klasik fm