AHFAS04-Balasan

Drama Series 8724

Safina berfikir untuk membalas surat itu kemudian. Sebaik tiba di rumah Salwani mengecas telefon milik Fida. Safina pula sedang memikirkan ayat untuk menyatakan kejadian yang telah menimpa kepada Along Shafida.

Salwani mengambil telefon bimbit Fida yang sudah siap di cas lalu membukanya.

"alamak.. ada password la, eh jap apa kata aku cuba tarikh lahir kami."fikir Salwani.

"Yes betul. mudah sangat Along Fida ni.
bertubi tubi mesej masuk ke dalam telefon itu sebaik saja di buka.

****

Safuan gembira kerana akhirnya mesej yang dihantar kepada Shafida sudah pun delivered, Dia menanti balasan daripada Shafida.

*****

Salwani membaca kesemua mesej yang diterima dari Safuan.

"Aku nak balas sebagai Along Fida ataupun Salwani ek?"fikir Salwani.

-Abang.. maaf, phone Fida hilang dan bateri pula habis,baru sempat cas semalam.
Salwani masih ragu ragu untuk menekan butang send.

"Angah buat apa dengan telefon along tu"tegur Fina. Salwani kalut nak menyorokkan telefon itu daripada adiknya,lalu tanpa diduga.. sent... delivered.

*****

"Ayuni,Fina dah balas mesej aku, rupa rupanya telefon dia hilang... Aduhai bikin risau saja"ujar Safuan kepada Ayuni, gadis itu tersenyum pahit.
"mungkin bahagia itu bukan milikku."desis hati Ayuni.

"nanti nanti lah balas mesej tu kelas dah nak mula ni"kata Ayuni menarik tangan Safuan untuk mengikutinya masuk ke kelas. Safuan merasa hairan dengan perlakuan Ayuni, mengapakah dia bersikap sebegitu?.Safuan tidak mahu memikirkan urusan Ayuni baginya Shafida lebih penting daripada wanita manapun. Safuan melangkah masuk ke dewan kuliah. syukur pensyarah masih belum masuk lagi. sempat lagi jika dia nak membalas mesej Shafida.
-Syukur Alhamdulillah sayang akhirnya balas mesej abang, macam macam perkara buruk yang abang fikirkan. entahlah sayang rindu ini membunuhku-Safuan.

-Alhamdulillah sayang baik baik saja di sini, bagaimana pula dengan pelajaran Abang di sana, jaga diri abang baik baik - sent.
Salwani tersenyum , seronok pula dapat berbual bual dengan lelaki rupanya,dia dapat rasakan kenikmatan percintaan untuk seketika dan untuk sementara itu Salwani lupa jika mesej itu dikirimkan untuk Shafida. dan dia cuma mewakili Shafida untuk membalas mesej tersebut.

Salwani pernah jatuh cinta kepada Hanif, anak seorang wakil rakyat yang datang bersekolah di sekolah menengah kampung Sentosa. Malangnya bukan Salwani seorang yang menyimpan perasaan terhadap Hanif tetapi hampir kesemua pelajar perempuan tingkatan 4 dan tingkatan 3, turut bercita cita untuk menjadi kekasih Mohamad Hanif Akmal bin Mohamad Hisyam Ikmal.Salwani mengundurkan diri dari awal persaingan. ternyata Kemenangan menjadi milik Haneesya, Ratu cantik sekolah itu. Dan dari sumber yang tidak boleh dipercayai mengatakan Haneesya itu sepupunya Hanif dan mereka sudah ditunangkan lebih awal. Mujur Salwani menarik diri dari awal jika tidak dia juga akan mengalami satu situasi yang dipanggil frust menonggeng seperti pelajar wanita yang lain.
Semasa si kembar di tingkatan 3, sebelum Mereka menerima keputusan PMR(Penilaian Menengah Rendah). Shafida tiba tiba menangis tak berhenti henti. setelah Salwani menyiasat, rupa rupanya
bintang bola sepak negara,Hamdi Nawawi membuat pengumuman untuk menamatkan zaman bujangnya, maka frust menonggeng Shafida akibat terlalu taksub untuk menjadi kekasih kepada pemain bola tampan itu.
tamat throwback.
Salwani bergerak ke dapur untuk menyediakan makan tengahari untuk mereka berdua. ibunya masih mengambil upah mencuci dan melipat pakaian di beberapa buah rumah. Tabiat wanita bekerjaya tidak suka melipat pakaian jadi mereka bertuah ada puan melur untuk melakukan tugasan itu untuk mereka. puan melur tidak kisah untuk bekerja selepas suaminya meninggal untuk menyara hidup mereka berempat sebelum ini. Puan melur tidak membenarkan Shafida anak sulungnya bekerja kerana keputusan cemerlang Shafida di dalam peperiksaan SPM, Sebaliknya Salwani diminta bekerja walaupun sehingga ke negeri Sabah untuk membantunya menyara keluarga. Salwani menggoreng dua biji telur mata untuk hidangan dia dan SFina, cuma itu yang dia tahu masak.

Shafina mengambil sehelai kertas lalu merangkai kata-kata terbaik untuk Safuan.

Assalamualaikum abang Safuan, saya Safina binti Halim, adik bongsu Shafida. surat abang sudah selamat tiba di rumah kami,tetapi malangnya ada satu kejadian telah menimpa Along Shafida.
dua bulan lalu semasa along balik dari MRSM .
selepas engambil keputusan SPMnya ,slong tiba-tiba jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Along di tahan di dalam ward selama satu minggu. hasil daripada rawatan doktor mengesahkan along menghidap jantung berlubang. setelah mendengar nasihat doktor supaya dilakukan pembedahan segera, Along meninggal dunia sebaik sahaja selesai menjalani pembedahan tersebut. Fina dan angah tidak tahu cara untuk menghubungi Abang... sehinggalah kami menerima surat dari abang tadi. Jadi itulah ceritanya. semoga abang terus tabah dan meneruskan pembelajaran Abang di sana sehingga berjaya."
Fina menamatkan tintanya.

"Adik.... buat apa tu, jomlah makan tengahari ""ujar Salwani dari pintu bilik adiknya

"Kejap ngah"Safina melipat surat itu dan menyimpannya di dalam buku teks sekolah. Safina keluar pergi ke dapur.
"Makan apa kita hari ni?"soal Safina.
'"telur mata dengan kicap saja dik, jangan banyak komplen, budak budak di Syria dan Afrika sana makan rumput saja, bersyukur sikit"omel Salwani.
"Aku bersyukur tau angah. cumanya kalau dapat makan sambal telur along, alangkah nikmatnya..."ujar Safina.
"Ya aku tau aku tak pandai masak macam along, tapi memang patut pun along tu belajar memasak dari awal, senang bila dah kahwin nanti"kata Salwani .

"Tapi along tu pandai, sebab tu dapat masuk MRSM, angah tu sepatutnya belajar memasak bukan Along"komen Safina.
"Esok lusa jer aku belajar memasak, sebelum ni aku sibuk cari rezeki nak sara kau, sekarang ni habiskan semua ni pastu pergi belajar'kata Salwani
"Angah, adik nak pergi kedai Pat dulu boleh tak?"soal Safina, dia mahu pergi mengirimkan surat balasan kepada Safuan.
"Kau nak buat apa pergi Situ, jangan nak boros dik, aku belum dapat kerja lagi ni, kalau kau dapat masuk tingkatan Enam nak guna duit lagi"bebel Salwani.
"Aku fikir nak balas surat abang Safuan tu, kesian dia tak tahu apa apa pasal Along"ujar Safina.

"Aku dah beritahu dalam mesej. phone Along aku dah buka tak de rahsia apa pun cuma mesej daripada kawan kawan dia sahaja bertubi tubi masuk.

"apa komen abang Safuan tentang kematian Along?"soal Fina

"Dia tak balas, speechless la kot, tak sangka kekasih sudah meninggal"tipu Salwani .

"Betul ke, adik nk baca mana Telefon along tu"soal Safina berlari ke bilik angah untuk mengambil telefon Shafida itu. Salwani bangun mengejar adiknya.
"Tak payahlah baca, kau ingat aku nak tipu kau ke?"soal Salwani kasar

"Kalau kau betul buka telefon ni aku nak baca."pinta Safina.
"Angah dah lupa password"kata Salwani.
"Angah tipu kan, Angah tak pandai menipu tahu tak, terkebil kebil muka tu tanda menipu tu. along pernah cerita angah Tak pandai menipu, adik tak kira, adik nak pergi send surat kepada abang Safuan. Safina berlalu keluar dari rumah menuju ke kedai Pak Mat. Safina berjaya mengirimkan surat balasan kepada Safuan...

AA. tujuan Salwani tu agaknya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience