“SABAR Mad, kau sepatutnya tahu benda-benda macam ini memang banyak dugaan untuk menghalang. Takpe aku dah hantar Whatsapps pada ustaz tu maybe dia pergi merawat orang."
"Aku bukan apa, Rud. Aku takut kehilangan Halina. Dia satu-satunya cinta hatiku Rud…"
"Ya, Mad. Aku faham apa yang kau tengah rasa sekarang. Mad, aku nak tanya sikit ni boleh?"
"Apa dia?"
"Lina tu ada tak maki-maki si Wan tu dahulu? Kutlah ada kan time dia tengah bercerita pada kau dia maki. Tak pun, kau pernah ternampak ke Lina maki atau …" Rudi tidak jadi nak menyambung kata. Dia serba-salah pula. Dia bukan mahu memburuk-burukkan kekasih rakannya tetapi apa yang ingin dia sampaikan ini, berkemungkinan berkaitan.
"Apasal kau diam pula? Cakap jelah! Setahu akulah memang takde. Belakang aku tu aku pun tak pasti," terangnya sekali dengan mendesak bila Rudi membisu pula. Ahmad semakin tidak sabar mahu tahu.
"Aku bukan nak kata tunang kau tau… benda ni mungkin leh jadi penyebab jugak kenapa seseorang lelaki itu sanggup buat perkara khurafat macam minyak pengasih atau pembenci. Liur…"
"Maksud kau tunang aku tu meludah muka Wan? Memang patut pun!" Spontan kata-kata yang kedengaran menggemari perlakuan salah itu terkeluar dari mulut Ahmad tanpa menyedari bahana sebalik.
"Mad. Apa maksud kau? Memang ada? Kau pernah nampak? Salah tu Mad… ni lah yang aku cuba sampaikan."
"Apa yang salahnya pulak? Itu lah makannya!"
Rudi mengeluh. Dia yakin memang Halina ada melakukannya. Oleh sebab itulah, Wan Haikal berdendam dan buat secara halus yang makan dalam.
"Aku faham. Tapi ada tak kau fikir apakah kesannya? Tambah lagi kalau dia dimalukan di hadapan orang lain? Cuba kau jadi dia apa kau rasa? Sakit tak hati?" Rudi menyoal balik. Ahmad terkedu.
"Kita ni Mad walau kita benci dengan seseorang tu tak boleh melampau sangat. Apatah lagi sampai naik tangan ke muka. Ni kan pula meludah! Buatnya orang tu kesat ludahan tu kemudian bawak ke bomoh orang asli sure menyondol tau tak!"
"Bro, kau jangan cuba nak takut-takutkan aku pulak!"
"Aku berkata yang betul, Ahmad. Kau pun dah nampakkan perubahan ketara tunang kau tu."
"Rudi, tolong aku… aku tak nak kehilangan Halina. Aku betul-betul cintakan dia. Aku nak memperisterikan dia!" Semakin mengendur suara Ahmad tatkala tersedar. Resah kembali terpa.
"Takpe, kau sabar dahulu. Semuanya dah aku ceritakan pada ustaz di Whatsapps tadi… now tunggu replying dia je. Lina kerja ke malam ni?" Rudi menukar topik.
"Aha…" Jawab Ahmad sayu. Rudi tahu pasti Halina sudah tidak mahu dihantar atau diambil.
"Sabarlah Mad. Anggap ini dugaan pertunangan kauorang berdua. Ingat ada jodoh tak ke mana. Si Wan tu buatlah apa cara sekalipun jika jodoh kau dengan Lina utuh pasti ilmu setan dia hantar tu kalah!" Rudi tetap memberi kata semangat para rakan sekolahnya itu.
Laju Ahmad mengangguk kerana menyetujui pada kenyataan tersebut.
HALINA masih lagi berjalan dalam laluan di mana kiri dan kanannya tersusun secara berderet pokok-pokok getah. Sunyi mencengkam suasana. Hanya kedengaran sesekali, bunyi unggas malam serta cengkerik.
Mata Halina langsung tak berkerdip memandang hadapan, sekali pandang bagaikan orang yang di pukau sahaja. Dari arah belakang ada seorang remaja lelaki sedang mengayuh basikal makin lama semakin dekat dengan Halina.
Lebar sengihannya kini tatkala melihat ada perempuan berjalan seorang diri tanpa peneman. Ada nasib boleh ngorat!
“Hai cik... ci...ci... cicak... Allah, hantu!!!” Dia langsung memekik apabila sudah berpapasan dengan Halina. Di penglihatan remaja lelaki itu, wajah jelita Halina seperti hantu. Bagaimana dia tidak memekik dan mengayuh basikal selaju yang mungkin.
Halina tetap tidak memberi sebarang respon. Gayanya itu sememangnya seperti orang yang terkena pukau.
Sementara itu, di rumah Halina pula. Kedua-dua orang tuanya semakin resah ke mana perginya Halina kerana masih belum pulang dari tempat kerja. Selalu dia tidak begitu.
“Apa nak jadi ni bang? Lepas satu, satu. Mana perginya Lina ni bang? Siah betul-betul tak sedap hati ni... bang, carilah anak kita bang...” rayu Mak Siah ibu kepada Halina. Halim juga libang-libu dengan mata tak lepas-lepas memandang jam dinding.
Gedegang!
“Ya Allah apa pula tu bang?” soal Mak Siah terus bangun dan memeluk tangan suaminya itu. Halim pandang arah dapur kerana bunyi tudung periuk jatuh itu datangnya dari situ. Sejak beberapa lalu, rumah papan milik keluarga Halina seringkali di ganggu.
Kali ini bunyi tudung periuk jatuh atas lantai simen dapur pula.
“Siah nak ikut...” ujar Mak Siah berdegil. Halim mengangguk kemudian meminta isterinya berjalan di belakangnya.
Gegedegang!
Mak Siah termelatah apabila terdengar bunyi hempasan pada daun pintu pula. Makin kuat dia pegang lengan Halim. Halim juga hampir luruh jantung dengan latah sang isteri serta bunyi hempasan tersebut.
Halina masih lagi belum pulang kerana mereka berdua tidak lagi mendengar bunyi pintu depan di buka seseorang.
Akhirnya, kedua mereka sampai di depan pintu menghala ke dapur. Menuruni anak tangga untuk ke dapur bawah dengan berhati-hati kerana dapur sekadar menggunakan lampu bulat kuning yang letaknya di tepi dinding, malap saja cahayanya.
Halim dan Mak Siah saling berpandangan kerana keadaan dapur seperti biasa. Tiada apa pun yang terjatuh atas lantai. Pun begitu, mereka berdua tetap cuba menapak sehingga ke pintu dapur dan ternyata tiada barang yang jatuh.
Pintu serta tingkap juga berkeadaan seperti biasa tidak terbuka. Sekali lagi mereka di ganggu dengan bunyi-bunyian pabila di lihat, tiada apa-apa yang berlaku seperti mana bunyi itu.
“Abang rasa, ada yang mahu cuba ilmu...” ujar Halim secara tiba-tiba mengedutkan dahi si isteri di sebelah. Halim memang sudah mula terasa sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Apatah lagi, dia juga sudah mendengar desas-desus orang kampung mengenai Halina. Hanya dia saja yang tidak mahu bercerita lagi pada isterinya itu.
“Cuba ilmu? Apa maksud abang? Ada orang cuba berbuat khianat pada kita? Tapi kenapa bang? Apa salah kita?” Soal Mak Siah cuak menyerang. Tak ada angin,. tiba- tiba pula suaminya berkata demikian.
“Abang pun tak pasti nak cakap macam mana sayang... Dah lah, mari kita naik atas. Halina jika masih tak pulang lagi, abang akan cari dia,” ujar Halim enggan nak memanjang lagi.
Dengan pantas Mak Siah mahu mengikutnya pergi ke kilang kerana dia takut nak tinggal seorang diri walau itu rumahnya.
“Allahuakbar!” pekik kedua-duanya saat berada di atas takah tangga lampu dapur serta depan terpadam. Mak Siah makin cuak makin kejap dia pegang lengan Halim. Halim juga terkejut dengan dugaan ini pula.
Sudahlah anak mereka masih tak balik-balik lagi. Mereka dalam rumah di duga dengan pelbagai jenis gangguan. Halim meminta isterinya duduk atas anak tangga biar dia ke dapur semula cari lilin atau pelita.
“Lina, Lina dah balik? Kenapa lambat?” pekik Mak Siah dari atas tangga. Dia tak bangun, namun dia terdengar bunyi pintu depan di buka seseorang. Halim masih lagi sibuk memunggah laci almari.
Halina menyepi tanpa menyahut jeritan Mak Siah dalam gelap.
“ABANG... buka pintu bang,” panggil Halina apabila sampai sahaja di hadapan rumah Wan Haikal. Tetapi pemuda itu masih lagi berada di kilang kerana ada kerja yang perlu diselesaikan dengan segera.
Pintu rumah terbuka. Ada satu susuk tubuh sedang tegak berdiri dan tersenyum sinis.
“Abang...” seru Halina tatkala susuk tubuh itu memaparkan dirinya.
Wan Haikal?
“Abang, Lina rindukan abang,” ujar Halina masih lagi dengan mata terbeliaknya itu. Susuk tubuh itu memberi isyarat pada ‘sesuatu’ yang menenggek atas bahu Halina agar turun dahulu. Dia sudah sediakan ‘upah’ makanan.
Susuk tubuh itu menuruni anak tangga sambil menghulurkan tangan untuk Halina menyambutnya. Halina mendekat untuk mencapai huluran tersebut. Dia terlalu rindukan Wan Haikal.
Susuk tubuh berwajah Wan Haikal dengan pantas mencengkam pergelangan Halina sehingga gadis itu sedikit mendesah, kerana dia sudah tidak tertahan lagi selepas melihat wajah itu dalam potret yang pemuda bodoh itu unjukkan padanya ketika mahu mengambil ilmu pengikat.
Laju langkah kaki Halina menaiki anak tangga seakan didesak dari bawah. Setelah bendul pintu Halina melangkah masuk. Ada angin laju mengikutinya. Susuk tubuh itu sekadar membiarkan sahaja.
Sambil menarik pintu, wajah Wan Haikal sudah tiada lagi tetapi berganti dengan wajah milik susuk tubuh itu yang sebenar.
Orang tua berambut putih dek uban satu kepala itu dengan senyuman seram serta penuh maknanya itu.
Sufi perlahan-lahan keluarkan tubuhnya dari balik pokok dengan hati yang berdebaran. Tujuan dia datang ke situ kerana ada lagi kes yang dia memerlukan bantuan pawang tua itu.
Namun dia tak sangka pula Halina datang ke rumah pawang itu. Itu bukan rumah Wan Haikal!
“Macam mana ni? Tak pernah orang tua ni buat hal selama ni dengan mana-mana perempuan, dah kenapa tiba-tiba dengan Halina dia jadi gatal pula ni? Aku yakin Halina dipukau dan nampak rumah pawang tua tu rumah Wan Haikal, dia kan tengah angau dengan Wan...” bebelnya seorang diri.
Akhirnya video yang dia rakam itu dia simpan dahulu dan tidak jadi hantar pada Wan Haikal takut akan jadi pergaduhan pula nanti.
“Mungkin ini masa sesuai untuk mempercepatkan pernikahan mereka. Halina sudah tentu-tentu bunting nanti, aku tengok pawang tu pun hebat juga...” ujar Sufi apabila minda memberinya satu cadangan yang dia rasa amat bernas.
"Kahwin?" Dia menyoal kembali.
“PATUTLAH dari kilang tadi, aku rasa tak sedap hati je,” omel Wan Haikal kala melihat rumah kekasih pujaan hati bergelap. Sedangkan rumah lain ada cahaya lampu. Wan Haikal tidak terus ke rumah namun dia cuba memerhati kawasan belakang rumah, iaitu dapur.
“Ada cahaya tapi mungkin lilin kut,” ujarnya perlahan tak mahu orang dalam rumah itu dengar. Di tuduh mahu pecah rumah pula.
“Ya Allah abang... tolong! Tolong Siah bang... Ini bukan Halina bang!!!” jerit Mak Siah menyebabkan Wan Haikal juga dapat dengar. Wan Haikal makin resah, Halina sudah sepatutnya sampai rumah kerana dia balik dahulu.
“Mana kau sayang?”
Wan Haikal laju menarik keluar telefon pintarnya. Nombor Sufi terus di tekan.
Tut...
"Dah kenapa tak nak angkat pulak ni, Sufi? Lina dah lah masih tak balik-balik lagi ni..." Wan Haikal semakin resah. Berkali dia dail nombor Sufi namun tetap tidak berjawab.
Memang Sufi sengaja tidak mahu menjawab panggilan Wan Haikal. Hati berbolak-balik.
"Haikal kata Lina tak balik lagi?" Sufi berkata setelah hantaran Whatsapps Wan Haikal dia buka dan membacanya.
"Kalau aku sent rakaman ni sekarang... agak-agak kau bengang tak Wan? Lina berpelukan dengan si tua tak sedar diri tu!" Sindir Sufi sambil menonton kembali rakaman dia tadi.
Sufi tahu itu bukan Wan Haikal sebenar tetapi belaan si pawang itu menyerupainya. Dengan si Halina dah macam kena pukau saja.
"Haikal. Haikal, kau ingat senang-senang ke aku nak tengok kau bahagia? Nak tengok kau peluk Lina dan aku pula peluk bayang dia?" Ujar Sufi langsung menutup telefon pintarnya pabila Wan Haikal masih lagi menghubungi.
"Aku akan simpan dahulu rakaman ni. Tiba masanya nanti tahulah apa aku nak buat."
"Tapi kalau kau kahwin sekarang pun elok juga. Tapi... takkan aku makan asap Kut?" Sufi menghantar renungan penuh makna ke arah rumah si pawang.
"Hahaha! Haikal. Haikal... aku rasa memang elok kau kahwin dengan si Lina tu sebelum benih aku dan pawang makin membesar..." Ujar Sufi lalu dia juga membuka langkah ke rumah pawang.
Halina masih lagi terbaring pabila Sufi pula dipelawa masuk. Kedua-keduanya tersenyum sinis. Halina merasa masih lagi sakit kepala dan kini tubuh kembali terasa berat.
Sementara itu,. Wan Haikal dan Ahmad di lokasi berbeza sedang berperang dengan perasaan.
Share this novel