BAB 2.

Romance Completed 24772

"HALINA… Aku akan lakukan apa saja demi cintaku pada mu,sayang… Aku ada apa yang lelaki lain ada, sayang tapi kenapa kau susah sangat nak terima aku? Jawatan? Aku lagi tinggi dari kau. Kewangan? Aku jauh lebih mampu." 

Wan Haikal bertutur dengan gambar potret Halina yang dia curi-curi tangkap menggunakan phone. Usai membelai dengan jari gambar tersebut terus dikucupnya.

"Tak sabar rasanya aku nak tengok results. Sufi, aku harap kau tak cong aku!" Wan Haikal terkenangkan episod di rumah pawang tadi. 

Rasa sejuk mandian masih lagi terasa. Wan Haikal segera menarik selimut kerana dia mahu tidur bertemankan gambar Halina dalam dakapan.  Tanpa mahu bersolat.

"Halina…" Serunya sebelum memejamkan mata.

 

LIAR pandangan mata memerhati keadaan di tepi kawasan limbah berdekatan dengan rumah mangsa terbaharunya itu.

Dia terus duduk gaya mencangkung lalu dengan menggunakan kedua belah tangan, dia mengorek tanah dengan sedalam-dalamnya.

Berkumat-kamit mulutnya membaca mantera pendinding agar segalanya berjalan dengan lancar,  entah kenapa hatinya terasa lain tatkala  angin yang tadinya sekadar sepoi bahasa kini sedikit kasar tiupannya.

Kelam-kabut dia tarik keluar buhul yang sudah berjampi itu lalu dia masukkan ke dalam tanah.  Dia pasungkan pula dengan kayu palang sebelum dia kambuskan semula tanah atas buhul tersebut.

Sekali lagi dia membaca  jampi manteranya. 

Pap!

Sekali hempasan tangan.  Angin kasar terus tiada.  Pokok kembali tenang dari amukkan mereka.

Sementara itu...

Halina yang masih menanti kedatangan bas kilang terasa lain macam pada tubuhnya itu. Nak kata sejuk tak sejuk.  Nak kata panas tak panas.  Membebel dia  seorang diri.  Pelik juga kenapa secara tiba-tiba sahaja dia tak mahu di ambil.

“Kenapa aku teringatkan dia pula ni?”  soalnya sambil meraba-raba permukaan belakang lehernya dengan wajah Wan Haikal dalam bayangan.  Terasa geli semacam.

"Ish! Ingat kau dah ada Ahmad, Lina..." Halina mengingatkan diri sendiri agar tidak terlalu larut dalam permainan ilusi.

“Halina...”  Satu suara halus yang di bawa oleh angin, berbisik di tepi telinga gadis jelita itu.

“Hah?”  Halina sedikit terkejut.  Dia amati semula.  Dia mahu tahu adakah bisikan yang dia terdengar tadi tiupan angin malam di hentian bas tersebut atau sebaliknya. 

“Halina... datanglah pada aku Halina...”  ujar  suara misteri itu lagi. 

Halina semakin meliarkan pandangan matanya dari satu arah ke satu arah.  Suasana sepi serta bungkam itu makin menambahkan aura seram.  Tiada satu pun orang berkenderaan  seperti motor atau basikal yang lalu.  Kereta juga tiada apatah lagi si pejalan kaki.

Kampung Halina, memang agak pendalaman serta  terceruk.  Mahu  ke pekan  memakan  masa lama.  Apatah lagi jika  ke  bandar.

Hentian bas yang sekarang dia sedang berada ini pun memerlukan dia berjalan atau berbasikal sejauh beberapa meter. 

Oleh kerana itulah, dia perlu menaiki bas untuk ke kilang mahu pun bandar.  Sekadar pekan kecil kampung mungkin dia boleh berbasikal.

Halina semakin memegang erat beg sandangnya.  Sekali lagi, suara yang sama mengocah perasaannya.  Mahu menyoal siapakah itu sudah ternyata membazir air liur sahaja, kerana dia memang seorang diri.

Halina  memang sudah terasa lain macam kini.  Suara siapakah itu, yang asyik menyeru namanya.  Ada kalanya betul-betul berada di cuping telinganya sahaja.  Tetapi siapa?

Mengecilkan mata kerana silau dek hadirnya satu cahaya.  Menarik nafas lega kerana bas sudah sampai.

Jam di  pergelangan tangan di pandang sekali imbas, di ikutkan tidaklah terlalu lewat sangat namun apa yang berlaku sekejap tadi memang meresahkan.  Bas berhenti saja,  Halina yang sengal-sengal bahu itu melangkah naik tiga anak tangga.

“Allahuakbar!”  takbir salah-seorang pekerja kilang yang ada dalam bas. Mata tanpa hijabnya ternampak ‘sesuatu’  sedang elok bertenggek atas bahu Halina.

‘Apa pula tu? Ya Allah, ada orang cuba ilmu pada Halina ke?  Selama ni tiada?’  soal hati kecilnya.  Tapi bagaimana dia mahu membuka mulut sedangkan mereka berasingan kilang.

Yang dia mampu hanya kirimkan doa sahaja agar gadis yang dia sekadar kenali atas bas itu selamat. 

Memakan masa hampir setengah jam, bas sampai ke kilang pertama dan dia bangun untuk turun.  Mendesah kesakitan apabila belakangnya terasa seperti ada benda cakar. 

Pun begitu, dia abaikan kerana dia tak mahu bas menunggu lama pula.  Dia menapak laju ke arah tangga sambil mengucapkan terima kasih pada pemandu bas sebelum dia  turun. 

Turun sahaja dia, bas terus  bergerak pergi.  Tergamam saat mahu masuk pintu gerbang, ‘benda’ yang tadinya bertenggek atas bahu Halina pekerja kilang lagi satu, kini dah berada di depannya.

“Kau nak apa dari aku?”

“Pergi kau dari sini, jangan ganggu aku.  Aku bukannya sengaja mahu melihat kewujudan engkau,”  terang gadis bertudung itu dengan tegas sebelum dia membuka langkah.

Dia tahu siapa punya angkara yang mencakar belakangnya tadi.  ‘Benda’ yang tercegat dengan rambut menyerkup muka itu tidak bersuara sekadar merenungnya sehingga dia berjaya memasuki ke kawasan kilang.

Saat gadis bertudung yang sudah pun menyarungkan pas pekerja yang dia ambil dari gantungan pos kawalan berpaling belakang, makhluk itu sudah ghaib.  Dia bersyukur sekurang-kurangnya makhluk gentayangan itu tidak menganggunya lagi.

Tak lama lepas itu, Halina juga sudah pun sampai ke kilangnya.  Dia menuruni dari atas bas,  di kawasan parkir.  Keadaan di  situ, sedikit sunyi jika waktu malam. 

Halina memang berasa kurang selesa pada bahunya yang terasa amat berat sekali.  Bukan itu sahaja yang dia berasa pelik, dia  juga sedari tadi asyik terkenangkan Wan Haikal.  Halina tetap menapak ke arah kawasan lobi sebelah bawah bangunan, untuk menaiki lif.

Sampai sahaja di lobi, Halina berlari ke arah Wan Haikal yang pada ketika itu juga sedang menunggu pintu lif terbuka.

Dalam masa sama, dia sendiri tidak tahu mengapa.  Jenuh dia cuba gelengkan kepala supaya dia boleh tersedar namun kaki makin dekat dengan susuk tubuh Itu.

Wan Haikal berpaling saat telinganya menangkap bunyi kasut seperti sedang berlari di sebelah belakang.

"Er… boleh Lina naik sekali?" Halina menyoal tergagap-gagap kerana dihurungi rasa segan dan serba tidak kena. Halina cuba tersenyum manis pada Wan Haikal.

Wan Haikal  tergamam sebentar sebelum dia buat-buat terbersin lalu berpaling ke sebelah kiri, dia  tersenyum.  Tidak pernah selama ini, Halina yang senyum dahulu pada dirinya.

Tetapi malam ini dia yang memulakan dahulu.  Wan Haikal sengaja memusingkan kepalanya secara perlahan, tidak mahu terlalu  obvious  sangat.  Halina menegurnya dengan lenggok suara yang manja.

Memang alunan sebeginilah yang Wan Haikal sangat idamkan dari gadis manis berambut paras bahu itu.  Halina walau berkacamata petak hitam tetap manis serta jelita di mata Wan Haikal sehingga dia sanggup menyekutukan Allah SWT.

Demi cintanya itu…

"Awak masuklah… nanti lif tutup susah," tegur Wan Haikal.  Dari keadaan Halina, dia semakin menyakini ilmu mereka menjadi.

"Hah? Iya... iya ..." Jawab Halina bersegera masuk ke dalam perut lif. Pintu terkatup rapat.

Halina tersenyum-senyum. Sungguh dia merasa pelik dengan sikapnya saat ini. Kenapa dia tidak langsung nampak Ahmad? Sedangkan syif mereka sama.

Wan Haikal sesekali mengerling tingkah si pujaan hati. Ingin saja rasanya memeluk tubuh itu. Tapi ditahan geloranya agar tidak terlalu nyata sangat. Dia tak nak Halina syaki apa-apa. Dia jugak yang melepas nanti.

Ting!

Pintu lif terbuka.  Wan Haikal meminta supaya Halina yang keluar dahulu dia kemudian.  Ladies first!

Lobi...

Di luar pintu lif yang sudah naik atas itu, Ahmad  jeda melihat sandiwara semasa di hadapannya tadi.  Halina tidak pergi pada dirinya seperti mana selalu tetapi Halina pergi kepada Wan Haikal?

“Patutlah kau tak nak aku ambil kau tadi.  Sampai kau sanggup tunggu dekat hentian bas yang jarang orang tunggu tu, ini rupa-rupanya?”  sindir Ahmad terasa cintanya sedang di permainkan oleh Halina.

“Eh, Mad. Aku ingatkan kau dah balik tadi?  Kenapa kau masih tercegat dekat sini?  Lif aku rasa dah dua kali terbuka pintunya.  Ke kau nampak apa yang aku juga nampak tadi?”  soal si rakan memalingkan Ahmad kepadanya pula.

“Halina kan?  Dia dengan Wan Haikal?” 

“Kau nampak?”

“Ya, aku nampak. Aku juga dapat rasakan kau juga nampak sebab jarak kau lagi dekat,”  jawab si rakan.  Dia tahu Ahmad sedang menahan rasa amarahnya. Merah padam  wajahnya kini. 

“Aku... aku tak sangka...”

“Kau jangan tuduh melulu dahulu, bro.  Apa, kau ada dengar perbualan mereka tak?  Ada ke kau dengar bersayang-sayang?  Jika tiada, jangan assume  first mungkin secara kebetulan sahaja.  Lagi pun kau kena ingat mereka tu satu department.  Bila-bila masa sahaja, mereka boleh  berjumpa tambahan si Wan tu Supervisor...”

Ahmad cuba menghadam setiap patah perkataan yang terbit dari bibir rakannya itu.  Kemudian dia cuba mencernanya di dalam  otak.  Dan akhirnya dengan gerakan perlahan kepala dianggukkan walau hati masih berkeras mengatakan yang lain.

“Tak apa kita tengok dahulu macamana ya?  Seandainya memang ada kelainan mungkin kau harus minta Halina berterus-terang sebelum berlarutan.”

“Actually bro, i’m also  quite disturbing about this.  How come Halina  can be  that intime?”

“Apa yang kau cuba sampaikan,bro?”  Ahmad laju berpaling semula ke wajah teman di sisi. 

“Yelah, kau tengok ya.  Selama ini Halina bukan main tak suka lagi dengan Wan Haikal.  Wan tu sahaja yang tersendeng-sendeng tapi tidak Halina.  Usah kata nak menyembang, senyum pun jauh sekali tapi tadi aku nampak macam ada kelainan sedikit...”

“Aku tanya kau ni, apa yang kau cuba sampaikan?”

“Masalahnya sekarang ini, kau boleh ke percaya pada?”

“Benda khurafat?”  soal Ahmad tersenyum sinis.  Dia seorang yang skeptikal. 

“Kan aku dah agak, ini response kau... tapi kau kena ingat, Mad tiada benda yang mustahil dalam dunia ini...”  sanggah si rakan.  Bukankah kita  patut juga mempercayai akan dunia ghaib kerana ia ada tertulis dalam Al Quran. 

Percaya dan taksub adalah dua benda yang berlainan.  Setelah mendengar akan pernyataan yang kedua itu, Ahmad tidak tersenyum malah dia tarik bahu rakannya itu pula.

“Jika betul apa yang kau cakap tu,bro apa yang patut aku lakukan?  Aku sayangkan Halina...”

“Kau tak perlu risau, bro... aku tahu hari pernikahan kau tak lama mana lagi... siang nanti kau ikut aku jumpa seorang ini, dia arif akan hal ini.  Mana tahu kau boleh minta dia lakukan pemeriksaan dari jarak jauh dulu...”

“Maksud kau scan?” 

Si rakan mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience