BAB 1

Romance Completed 24741

HALINA memang sangat rimas dengan Wan Haikal. Lelaki itu, seakan sengaja enggan mahu memahami perasaannya.

"Sampai bila?" 

"Sampai bila apanya? Boleh tak nanti-nanti saja kita bincang Wan? Lina sibuklah sekarang," dalih Halina buat-buat menyusun timbunan fail sedangkan tadi dia rehat-rehat saja.

"Sampai bila kau asyik nak melarikan diri dari aku? Apa kurangnya aku ni?" Desak Wan Haikal benar-benar bertegas. Seperti yang gadis itu tebak,. Wan Haikal menagih janji kasihnya.

"Sampai bila-bila!" Kali ini, Halina pula yang bertegas.

'Tak apa sayang. Tak per aku ada cara aku...'

“KAU dah habis berfikir ke Wan?  Kau tak takut?” soal si rakan setelah mereka berdua keluar dari dalam kereta.  Di hadapan mereka ini ada sebuah rumah papan yang tidaklah terlalu usang.  Seram tetap ada.

Wan Haikal sekadar tersenyum. Puntung rokok dia balingkan ke tanah sebelum di pijak.  Sufi dari memerhati wajah rakannya itu dia kembali memandang hadapan.  Bukanlah dia tidak biasa ke rumah ini, sebelum ini pun dia pernah mengikuti seseorang sebab itulah dia terfikir.

Ternyata ilmu orang tua dalam rumah depannya ini ampuh. Pengeras juga berbaloi dengan keputusan.

“Nak tunggu apa lagi ni?”  Wan Haikal menyoal balik.  Sufi terangguk-angguk dan memula langkah dahulu dan di ikuti  Wan Haikal.  Demi cintanya pada gadis itu, Wan Haikal sanggup lakukan perkara tersebut.

Bau kemenyan dah semerbak kala keduanya sudah berada atas rumah.  Sufi memerhati sehinggalah mata terpaku pada satu susuk tubuh yang membelakangi pintu.  Sufi mengajak Wan Haikal mengikutinya.

Wan Haikal pada mulanya tidak terasa apa-apa kini tertelan air liur.  Gementar mula hadir dalam diri. Sufi mengajaknya ke arah ruang makan.  Nama saja ruang makan tetapi tiada berperabot, kosong cuma ada tingkap yang terbuka sebelah sahaja.

“Duduklah, aku sudah tahu,” ujar orang tua itu lalu mendongak.  Wan Haikal sedikit tergamam hanya Sufi saja berwajah biasa.  Pantas dia cuit lengan rakannya itu agar duduk.  Wan Haikal  tersedar lalu terus merendahkan dirinya untuk duduk.

Lama mata orang tua lelaki itu merenung wajah Wan Haikal membuatkan pemuda sederhana kacak itu berasa tidak selesa.  Sufi pula setiap kali datang ke situ, perkara utama matanya tumpu adalah alatan atas kain kuning depannya  itu.

Pelbagai barang ada.  Botol-botol kaca serta labu sayung.  Bekas tembikar sebelah dalamnya  ada takungan air berserta hirisan limau kasturi tidak lupa juga dupa kemenyan.

“Wan Haikal, kamu yakin dengan keputusan kamu ini?” Soalan orang tua yang bergelar pawang itu menyentak kedua-duanya.  Terutama sekali Wan Haikal.  Wan Haikal pandang sebelahnya, Sufi mengangkat kening.  Tadi di luar yakin kini berubah hati pula.

“Aku tanya sekali lagi, betul kamu yakin? Kamu sanggup dengan...”

“Ya, saya sanggup tok demi cinta saya,”  jawab Wan Haikal tanpa mendengar apakah penghujung soalan orang tua berambut putih penuh itu.  Sufi mengangguk mengiyakan.  Mereka tak akan ada di sini jika tak sanggup.

“Baiklah jikalau itu keputusan kamu, tok boleh usahakan,” terang orang tua itu sebelum mencabut keris pusaka dari sarung sebelum di kucupnya lama. 

Setelah itu, secubit kemenyan hancur dia taburkan dalam dupa yang baranya dah mengecil agar berasap semula.  Dia mahu memanggil ‘khodam’ nya. 

Bekas kedap udara yang juga di perbuat daripada tanah liat di bukakan kain penutupnya.  Dua kali dia ambil secekak tanah liat yang menyerupai  plastesin.  Secekak tanah liat pertama yang  dia ambil tadi,  terus dia bulat-bulatkan.  Mulut bergumam sesuatu.

Dengan menggunakan secekak tanah liat yang sama,  dia mampu membentuk tubuh manusia yang di mulai dengan membentuk kepalanya dahulu.  Bahagian bawah juga dia bentukkan.  Yang ini lelaki.

Kemudian dia ambil pula secekak yang kali kedua dia ambil serta bulatkan untuk dibentuk menjadi sekujur tubuh manusia.  Cara yang sama, di mulai dengan kepala.  Cumanya kali ini, dia bentukkan rambut.  Bahagian bawah pula milik perempuan.

Ralit mata Wan Haikal serta Sufi merenung proses pembentukan tersebut.  Sesekali bibir merah serta berkumis nipis milik Wan Haikal melorek senyuman mekar. 

Dia yakin tidak lama sahaja lagi, gadis itu akan merayu serta melutut padanya.  Ilmu ini sangat luas bukan sekadar calitan minyak sahaja.  Ada pelbagai cara serta benda yang boleh diguna pakai.

“Kau tahu apa yang akan aku lakukan?” Tiba-tiba sahaja orang tua berambut putih dek uban itu bertanya.  Pudar terus senyuman yang terlakar di bibir Wan Haikal.  Sufi yang tadinya  asyik merenung alatan pemujaan juga terkejut, berderau darah.

“Kau tahu tak?”  soalnya lagi malah sengaja mengeraskan intonasi suara paraunya,  mahu menakutkan ke?

Laju kepala Wan Haikal serta Sufi menggeleng.  Orang tua berambut putih itu tersenyum mengejek.

“Ini adalah sihir pengikat.  Jangan bertanya dulu. Dengar dulu apa aku nak cakap!”  pangkah orang tua beruban penuh satu kepala itu.  Ada suara yang memberitahunya kedua-dua pemuda itu mahu menyoal akan dirinya itu.

Wan Haikal ternganga lalu pandang Sufi di sebelah.  Sufi juga pandang Wan Haikal.  Terasa seram pula dia kini.  Memang dia ada nampak kepala orang tua itu terangguk-angguk.  Bila  dia tenung dengan teliti, tiada nampak  sebarang telefon mahupun earphone.

Tersenyum sendiri kala terfikirkan akan kebodohannya.  Sudah tentulah ada ‘sesuatu’  yang memberitahu pada pawang itu bukan pakai earphone bagai.  Tiada lagi bomoh atau pawang semoden itu lagi buat masa ini.

“Aku tahu perempuan yang kamu suka tu, tak sukakan kamu kan?” soal lelaki tua berambut putih itu sambil menjeling ke arah Wan Haikal.  Wan Haikal mengangguk perlahan serta rasa malu.

“Tak perlu kau nak rasa malu.  Aku akan tolong,”  ujar  lelaki tua  berambut putih  itu lagi.  Sufi turut tersenyum mendengarnya.  Dia juga dengan isterinya  itu ada  satu pengikat yang tak mungkin dia pecahkan rahsianya.  

Hanya pawang tua di depannya ini sahaja yang tahu.

“Apa yang akan aku lakukan ini di beri nama sihir pengikat.  Apabila  orang yang kau cintai menolak engkau... aku akan ikat jiwanya dengan jiwa kau dengan ikatan  simpulan mati... terlerai tak hidup, bercerai menanti mati...”

Gulp!

Wan Haikal menelan liur dengan payah.  Sufi pula berwajah biasa kerana dia pernah temankan rakannya ke situ untuk perkara yang sama.  Pun begitu, kala mendengar perkataan mati seriau juga.

Sufi pantas meraba tengkuknya yang terasa di sentuh helaian rambut.  Spontan dia pandang belakang.  Kosong,  tarik nafas kelegaan.  Risau juga dia seandainya dia berkalih pandang ada yang menyergah.  Mahu terkencing di situ.

“Aku yakin perempuan yang kau gilakan itu akan tunduk patuh pada kau, kerana selagi patung-patung aku ini tidak ada yang menjumpainya, selagi itulah kau akan bahagia.  Hanya aku seorang sahaja yang tahu di manakah tempatnya aku kebumikan patung ini...” ujar orang tua berambut putih itu tersenyum.

“Memang dalam kawasan rumah perempuan yang kau suka itu tetapi aku yakin tak akan ada yang tahu...” ujarnya penuh riak.  Sambil mata merenung atas bahu Wan Haikal.

Salah-satu makhluk ‘belaan’nya sedang elok celapak atas bahu sederhana sasa milik lelaki itu.   Makhluk itu menjilat pipi Wan Haikal tanpa dia sedari.

“Ia memang sukar untuk di rawati...” ujarnya lantas mengambil tiga warna benang dan kemudian dia satukan patung tanah liat itu serapatnya lalu diikat ketat sambil membaca  mantera.  Atas asap api kemenyan proses itu di lakukan.

“Seandainya tuan rumahnya tahu bagaimana pula?”  soal Sufi menyentak kekhusyukan Wan Haikal merenung segala tindakan orang tua berambut putih itu.  Sufi  turut memandang rakannya itu.  Tetapi, pawang itu sekadar memberikan senyuman sahaja.

“Aku tahu siapa bapa kepada perempuan yang kau gilakan ini, tapi kau tak usah bimbang aku lagi tahu bagai mana caranya nanti agar tak akan ada  sesiapa pun yang boleh menemui buhul aku ini!”  ujarnya tersenyum  pada pasangan patung yang terikat ketat dan berada di bawah pengaruh jampi.

Wan Haikal tersenyum.  Sufi pula mengangguk.  Tiada apa lagi yang mahu dia persoalkan lagi. 

“Aku rasa kamu berdua patut pulang sekarang sebelum senja berlabuh.  Aku sendiri ke sana nanti.  Tak perlu kau bagi aku alamatnya aku tahu,”  sambung orang tua berambut putih itu lagi.  Sehelai kain kuning berukuran segi empat sama dia  ambil dari atas para barangan,  pasangan patung berikat ketat itu dia terus bungkuskan secara gulungan sambil membaca jampinya. 

“Bagi sini jari manis kau,”  pinta orang tua berambut putih itu sambil menghulurkan tangannya.  Wan Haikal ternganga.  Telan air liur, takut.  Sufi juga cuak apatah lagi dari kerlingan ekor matanya, ada satu bayang hitam merangkak ke arah pawang tua itu.

“Aku kata bagi sini!”  tegas orang tua berambut putih itu dengan nada tinggi.  Kasar tangannya menarik tangan Wan Haikal sebelum telapak tangan yang sedia kembang itu dia torehkan dengan pisau belit di jari manis.

“Aouch!”  desis Wan Haikal terasa sakit serta pedih.  Jari yang luka itu dipicit pula dengan kuat untuk membasahkan kain yang ada pasangan patung tersebut.  Kemudian bungkusan itu dialih pada  permukaan bawahnya pula.

“Kau tulis nama kau dan dia dengan menggunakan jari kau yang luka itu, sekarang!”  arah orang tua berambut putih itu dengan tegas kerana jam tidak menanti mereka di situ.

“Baik,  baik...”  jawab Wan Haikal dengan gopoh dia menunduk dan menulis namanya dengan nama si dia menggunakan jarinya yang terluka itu.

Wan Haikal seperti tahu-tahu sahaja, dia menulis namanya dalam perkataan jawi.  Pawang tua itu terangguk apabila sudah siap.  Buhul berisi anak patung berpasangan dalam ikatan itu akan dia kebumikan pada hari itu juga.

“Sufi, malam nanti macam biasa bawa kawan kau ini untuk aku mandikan supaya segala aura gelap yang melingkari tubuh kawan kau ini hilang, barulah sang gadis akan tertunduk patuh pada dia...” arah pawang tua itu seraya mengerling wajah Wan Haikal.

“Baik, baik tok...” Dengan pantas Sufi menjawab.

hai readers jemput baca karya beshe2 dhia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience