Gembira itu pasti ada.
Kadang-kadang ada disebalik senyuman manis.
Ada juga disebalik senyuman tipis dan sinis.
Ada juga gembira yang wujud didalam hati namun sukar untuk diluahkan.
Satu yang kau kena ingat.
Kegembiraan atau kebahagiaan yang kau cari itu, ada dimana-mana.
Tinggal kau pilih untuk terima atau tak.
Bukakan hati. Lapangkan dada.
Kalau kau kecewa sekalipun, cubalah untuk ukirkan sedikit senyum.
Pasti akan terbit rasa syukur dalam hati kerana dilimpahkan berkat yang berterusan dari Tuhan.
Nafas baru yang setiap kali kau tarik dan hembus setiap saat itu juga suatu berkat.
Jangan lupa untuk bergembira kerana hidup ini tidaklah lama.
Cuba untuk melangkah ke hadapan.
Sebelum gembira, selalu ada kecewa.
Mereka combo yang kadangnya ditawarkan.
Terimalah dengan hati yang ikhlas.
Share this novel