Jadi bualan orang pasal drama Nur 2 lately ni. Why pula eh? Sebab ada scene dimana Ustaz Adam and seorang wanita berkarier pelacur berdua-duaan di dalam kereta.
Okay, sini dah jadi issue dimata penonton. Even only the trailer ja sebelum ni.
Untuk babak tu, ramai sungguh orang kecam sampai nak boikot supaya jangan support drama tu. But cuba fikir logik.
Yes, memang kita berpegang pada ajaran agama. Kita punya penanda aras untuk karya tempatan adalah syariat Islam. Since Islam adalah agama rasmi negara kita.
Tapi kenapa perlu kecam sedangkan dalam scene tu tidak ada ditunjukkan sama sekali 'paparan hot' tentang sexual intercourse. Dalam scene tu hanya memaparkan dimana Ustaz Adam berdua-duaan bersama Juwita (seorang pelacur) di dalam kereta. Dan selepas dah ada conversation blablabla...
Tiba-tiba...
Juwita menundukkan badannya ke arah Ustaz Adam. Di bahagian peha ke bawah la. Kalau tengok, akan menimbulkan imagination dalam otak penonton bahawa Juwita sedang menggoda Ustaz Adam dengan cara bj.
Itu yang aku baca dalam comment section di YouTube. Serious, aku baca komen tu terus aku terkejut. Serious la?
Okay, kalau fikir dengan akal waras berpandukan ajaran agama.. Memang tak patut buat macam tu. Sebab tiada ikatan sah. Tetapi, itu hanya lakonan semata-mata.
Adakah filem-filem di Malaysia hanya boleh tayangkan benda yang positive semata-mata? Sampai bila? Kita perlu berkembang. Memang tak senonoh tetapi adakah itu adalah pertama kali kita tengok adegan macam tu di tv? Tak kan?
Kita tengok cerita Hollywood. Kita tengok Bollywood. Korean etc. Banyak dah movie kita tengok. Rata-rata filem mereka lebih banyak unsur sedemikian tapi kenapa tak pernah cakap apa-apa pun? Sebab itu bukan filem orang Islam? Is it?
Adegan bunuh-bunuh pun tak baik juga sebenarnya. Sebab membunuh itu berdosa. Tapi kenapa berlambak filem kita ada unsur negatif begitu. Kenapa?
Untuk dijadikan sebagai pengajaran. Jangan hanya belajar benda yang positive sampai kita tak boleh kenal bagaimana rupa perbuatan negatif. Kita patut belajar untuk terima yang buruk dan jadikan pengajaran supaya tak buat. Nanti ada padahnya.
Sama la macam apa yang ingin disampaikan dalam cerita tu. Jangan hanya disebabkan satu scene semata-mata, pengajaran yang ingin disampaikan disebaliknya itu kita tak endahkan. Tak habis lagi cerita terus nak boikot. Belum habis lagi dia tunjuk asam garam kehidupan dah terus buat andaian sendiri.
Memang la tak baik untuk tontonan umum terutamanya kanak-kanak. That is why ibu bapa/penjaga/orang dewasa kena ada selalu untuk guide budak-budak. Kalau mereka tanya apa yang berlaku/kenapa, jawab sebaik mungkin. Jangan sembunyikan apa-apa. Cuma selitkanlah pengajaran supaya mereka dapat sedar bahawa benda tu tak elok diikut.
Jadi tak la mereka curious sangat.
Ini bukan liberal. Ini cuma pendapat saya sahaja. Sebab bagi saya lebih mudah belajar dari kesilapan berbanding belajar teori semata-mata. Bila kita dah tahu apa padahnya, kita automatically akan berjaga-jaga.
To me, jangan sebabkan nila setitik rosak semua-semua yang ada. Jangan melulu. Fahamkan apa yang ingin disampaikan terlebih dahulu supaya yang baik dapat diambil dan yang keruh dapat kita buang jauh-jauh.
Semoga bermanfaat. Salam damai~
Share this novel