3. Bukan Mudah

Other Series 501

Bukan mudah untuk tinggalkan sesuatu yang kita sayang.
Bukan mudah untuk lupakan sesuatu yang dah memberi kenangan dan pengajaran untuk kita.
Perkara itu akan selalu bermain di fikiran kita.
Tapi tidak mustahil untuk melupakannya.
Cuma bila kita dah move on dari perkara tu, akan ada yang mengingatkan kembali pahit manis itu.
Kita tak boleh halang benda tu.
Sebab itu lumrah hidup.

Kita kena telan apa pun yang datang kepada kita.
Walaupun kita sangat benci dengan perkara itu.
Yala. Siapa yang nak kenang kembali masa silam yang menghancurkan dan membunuh hati?
Hal itu sangat pedih untuk diterima.
Tetapi kita kena terima.

Walaupun kita berusaha mati-matian untuk berubah dan move on, orang disekeliling kita akan tetap ingat dengan keburukan atau kelemahan kita yang dahulu.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Sekali dah buat silap, sampai mati orang akan kenang walaupun kebaikan yang kita lakukan adalah melebihi keburukan yang kita wujudkan.

Bukan mudah untuk senangkan hati orang lain.
Bukan mudah untuk meneruskan hidup selepas kecewa.
Hanya Tuhan sahaja yang memahami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience