8. Kekuatan dan Kelemahan

Other Series 501

Tak semua orang rasa diri mereka hebat.
Tak semua orang rasa diri mereka lemah.
Setiap orang ada kelebihan mereka yang tersendiri.
Tidak lupa juga, disebalik semua kelebihan yang mereka ada, ada tersembunyinya suatu kelemahan.

Akan tetapi, kelemahan itu bukanlah suatu penghalang untuk mencapai matlamat yang dituju.
Kelemahan dalam diri seseorang bukan penentu untuk masa depan yang suram kelam tanpa sinar cahaya.

Ada orang mengeluh kerana merasakan bahawa diri mereka sangat kecil. Lemah. Tidak mampu untuk melakukan perkara hebat.

Please jangan rasa macam tu. There is always a bright side kalau kita yakin dengan diri kita.
Jadikan kelemahan itu sebagai dorongan untuk kita jadi lebih baik.
Jangan cepat menyerah kalah.
Setiap perkara boleh dipelajari kalau kita betul-betul nak. Just believe in yourself.
Cari pertolongan. Cari sumber kekuatan.

Bagi yang lebih hebat berbanding orang lain, murahkan hati untuk hulurkan bantuan atau sokongan.
Be a good listener and comforter, and not a backstabber.
Jangan mentang-mentang kau lebih pandai/hebat, kau rendahkan orang pula.

Sedarlah bahawa setiap manusia ada their own strengths and weaknesses.

Mereka tidak sedar bahawa ada tujuan yang membawa kepada wujudnya suatu kelemahan itu.
Tuhan tak ciptakan semua manusia sama 100%.
DIA mahu setiap manusia ada keunikannya yang tersendiri.

Wujudnya kelebihan dan kekurangan tertentu dalam diri seseorang individu adalah untuk melengkapi kehidupan insan yang berada disekelilingnya.

Kenapa? Because everybody needs a company.
Semua orang perlukan teman dalam hidup.
Either parents, siblings, family, friends, outsiders, strangers, etc.

Semua orang saling melengkapi diantara mereka.
Jangan pentingkan diri sendiri.
Yes. Sometimes we do have our own expectations and goals.
But as a good human being, haruslah ada give and take.

Bantu orang yang perlukan bantuan.
Sokong orang yang perlukan sokongan.
And do any good things to people all around us no matter who they are.

Kadang-kadang kita berada diatas.
Kadang kat bawah pula.
Maybe today is our day.
But who knows what will happen tomorrow.

Be kind. Be gentle. Be a good human being.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience