ABANG AKID segera membelok ke kiri menuju ke pasar raya besar di bandar raya ini. Sepanjang perjalanan abang Akid tersenyum riang melihat kerenahku yang dari tadi kelihatan begitu ceria.
"Amboi riang nampak, sampai memerah muka tu tersenyum, seronok dapat jumpa 'crush'?" soal abang Akid yang tengah memakir keretanya di petak pakir sebuah pasar raya.
'Aik! Macam mana pulak abang Akid boleh tahu..aku simpan perasaan kat doktor handsome tu'.
"Mana adalah, abang Akid ni pandai-pandai je kan, doktor tu handsomelah abang, takde nak dipandangnya adik abang yang tak sempurna ni.."
"Siapa cakap tak pandang, tadi masa abang ada kat dalam bilik tu, dia tak berkedip pun pandang adik abang ni tau! Abang tahulah, abang kan lelaki..sama je macam abang pandang kak Fie 'bff' Syfa tu.."
"Eh, sejak bila pulak kak Fie jadi 'bff' Syfa, Syfa tak tahu pun..!"
"Tu...dia hah, dah tunggu kita kat sini.." abang Akid muncungkan bibirnya ke depan menghala keberadaan Sofiena.
'Patutlah wajah abang Akid secerah pelangi yang menyinar, nak jumpa belahan hati dia rupanya' hatiku berbisik.
Sofiena melambai tangannya kepada kami disalah sebuah restoran yang terdapat di dalam sebuah pasar raya besar ini. Dia duduk di situ, sambil menantikan kehadiran kami.
"Dah lama sampai sayang..?" abangku bertanyakan cinta hatinya itu.
'Amboi 'sayang', tak kalah..!' hatiku berbisik lagi.
"Tengok macam ada orang cemburulah. Baru je sampai ni, how was Syfa's treatment today, ok tak.. apa kata doktor..?" soal Sofiena pada abang Akid.
"Jangan terkejut kalau I tell you, doktor tu lelaki yang selamatkan adik I ni jatuh dari eskulator tu.. doktor tu kata Syfa dah ada kemajuan. "
"Oo... that's sound good, patutlah orang tu senyum sampai ke telinga, nampaknya macam orang dah fall in love.." giat Sofiena lagi. Abang Akid dah tersenyum.
"Ishh.. kak Fie ni, ada pulak cakap macamtu.. takde maknanya, mana aiskrim coklat Syfa.."
Sekejapan itu, datang seorang pelayan lelaki itu membawa tiga mangkuk kaca berisikan aiskrim pelbagai perisa. Mangkuk yang berisikan tiga jenis aiskrim coklat itu membuatkan aku berasa teruja. Ternyata abang Akid menunaikan janjinya. Abang Akid menyuapkan aiskrim itu ke dalam mulutku. Tertutup mataku menikmati kenikmatan rasa coklat itu yang mencair di dalam mulutku.
"Sedap ke sampai tertutup mata tu.." soal abang Akid.
"Sedaplah tu you, you ni pun...tak habis-habis nak menyakat adik you nilah.." Sofiena sudah menampar lembut lengan kekar milik abang Akid.
"You nak I suapkan juga ke..?" soal abang Akid sambil mengangkat-angkat keningnya pada Sofiena.
Sofiena hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Wajahnya sudah merona kemerahan. Setelah selesai menjamu selera, kami berpisah di antara satu sama lain menuju ke destinasi masing-masing. Sempat jugalah Sofiena mengajak aku dan abang Akid berbelanja sedikit. Sofiena membelikan sedikit hadiah untuk abah, ibu dan juga aku semasa dia berada di Jordan bersama abang Akid tempoh hari. Tiga beg kertas berlainan warna dan saiz itu diserahkan kepada abang Akid.
Sebentar tadi dia belikan aku seutas rantai tangan Pandora sebagai simbol persahabatan kami. Puas aku menolak pemberiannya itu kerana harganya yang agak mahal, namun Sofiena beria-ia ingin membelinya untukku. Sempat dia merajuk kerana keenggananku untuk menerima pemberiannya. Abang Akid pula yang terpaksa memujuk rajuknya itu. Peninglah kejap kepala abang Akid kami buat. Sudahnya abang Akid pujuk aku untuk menerima pemberian daripada kekasih hatinya itu. Abang Akid ugut aku dengan dia takkan belanja aku lagi makan aiskrim jika aku masih berkeras.
"Ish.. mana aci main ugut-ugut.. yelah, Syfa terima hadiah daripada kak Fie, tapi jangan membazir lagi lepas ni.." aku beri amaran pada Sofiena.
"Takdelah membazir, tengok tu cantik tau Syfa pakai gelang tu..sama dengan kak Fie punya.." Sofiena dah angkat tangannya dan dia tayangkan rantai tangan yang terletak indah di pergelangan tangan kirinya yang putih mulus itu.
Kami sama-sama tertawa. Abang Akid hanya memerhatikan gelagat kami berdua. Dia hanya pasrah di situ.
"Oklah.. kak Fie minta diri dulu ya, dah lewat petang ni, malam ni nak balik kampung.. parents kak Fie ajak balik rumah nenek kat Arau.."
"Aik, you tak beritahu I pun nak balik sana.. takkan dengan I pun you nak berahsia, sayang.."
"Bukanlah, I baru je dapat What's App ni, abang I chat, suruh siap-siap.. nenek I tak sihat katanya.." Sofiena tayangkan iPhonenya pada abang Akid yang mengandungi mesej tersebut.
"Oo... sorry, oklah you baliklah, drive carefully, by the way thanks for you gifts..susah-susah je.."
"Same to you, you pun belanja I kan..oklah I gerak dulu ya, bye Syfa.. take care, jangan lupa makan ubat tau.." Sofiena tersenyum manis.
Sofiena melambaikan tangannya kepada kami dan dia terus memecut kereta Suzuki Swift birunya itu setelah berpamitan dengan aku dan juga abang Akid. Abang Akid terus membawa aku mendapatkan kereta kesayangannya. Setelah enjin dihidupkan, pacuan empat roda itu terus membelah jalan raya yang sentiasa sibuk di bandaraya Kuala Lumpur ini.
"Abang Akid, baikkan kak Fie tu.. baru je kenal dah belanja macam-macam.." kataku dengan nada riang.
"Kak Fie tu memang pemurah orangnya, sebab tu abang jatuh hati dengan dia, dia tu lainlah dari semua gadis yang abang pernah kenal...satu dalam sejuta!" sekilas abang Akid toleh padaku, dia masih kekal memandu dengan penuh berhemah.
"Kalau macam tu, cepat-cepatlah pinang kak Fie tu, sebab selalunya orang baik macam tu ramai orang suka..takut abang menyesal je nanti.."
"Abang tahu, tapi macam abang cakaplah..abang nak adik abang yang comel ni dulu nikah sebelum abang.. jangan risaulah...kalau jodoh abang dengan kak Fie kuat, lambat atau cepat.. kak Fie tetap jadi hak mutlak abang jugak..."
"Abang Akid ni degillah... malaslah Syfa nak cakap dengan abang.. jangan confident sangat abang, nanti menyesal.. kot gila bayang..!"
"Kalau abang gila, Syfa kan ada boleh jaga abang.." kata abang Akid selamba.
"Abang! suka tau cakap merepek.. dah fokus bawa kereta ni, nanti lain pulak jadinya" suara aku mula meninggi.
"Dah tu, kenapa jerit tiba-tiba...nasiblah abang ni cekap tau, kalau tak tadi..Ish..Syfa... Syfa.."
Abang Akid memulakan kembali pemanduannya yang sempat terhenti akibat ada kereta tiba-tiba mencelah dari arah belakang. Setelah hampir satu jam setengah memandu, akhirnya kami selamat tiba di rumah kembali. Keadaan trafik yang penuh sesak membuatkan kami terkandas lama di atas jalan raya ini, maklum sahajalah waktu-waktu puncak begini, ramai pemandu yang menggunakan jalan raya. Masing -masing bergegas ke destinasi masing-masing setelah seharian bertungkus-lumus demi mencari sesuap nasi.
Kepulangan kami disambut oleh senyuman manis ibu di muka pintu. Hilang kelelahan kami setelah melihat senyuman mekar daripada ibu kami itu.
"Amboi lambatnya balik, anak-anak ibu pergi mana..?" soal ibu yang agak kerisauan.
"Ibu, abang Akid bawa Syfa makan aiskrim.. sambil dating dengan kak Fie.. ni kak Fie bagi ibu.." aku tayang gelang yang dipakaikan oleh Sofiena hadiah dari pemberiaannya tadi.
"Erm, patutlah lambat balik.. keluar dengan buah hati rupanya, pandai abang menyelam sambil minum air...bawalah kawan kamu ke sini, boleh juga ibu kenal-kenal.." kata ibu dengan penuh keterujaan.
"Ish, Syfa ni..nantilah ibu, masing-masing sibuk lagi ni, takde masa yang sesuai..oh ya, sebelum abang terlupa.. ni ada buah tangan daripada Fie..yang beg pink tu untuk ibu, yang biru ni untuk abah.. mana abah?" soal abang Akid pada ibu, matanya sibuk mencari keberadaan abah.
"Oh, abah kamu ke masjid..ada ceramah malam ni katanya lepas solat Isyak..ibu nak ikut tadi kamu berdua pulak belum balik. Alhamdulillah, susah-susah je kawan kamu ni abang, tak kenal pun lagi, segan pulak ibu nak terima hadiah macam ni.."
"Takde apalah ibu, Fie memang macam tu, pemurah sangat, bukan ibu je..saudara-mara dia pun dia bagi hadiah.. kalau pergi luar negara mesti ada oleh-oleh untuk saudara mereka tu..." abang Akid terangkan satu per satu kepada ibu.
"Oh, murahlah rezeki dia.. nanti ucapkan terima kasih ibu pada dia ya abang...erm, untuk abah pun ada juga.." kata ibu sambil membelek isi dalam beg kertas itu.
Sedang leka membelek hadiah daripada pemberian Sofiena, abang Akid pantas menolak kerusi roda aku masuk ke dalam bilik.
"Syfa, cepat mandi..dah nak Maghrib ni, abang tinggalkan Syfa dengan ibu dulu ya.." kata abang Akid yang dah bergegas menuju ke arah biliknya.
Setelah usai menunaikan solat Maghrib dan juga solat Isyak secara berjemaah, kami bertiga menjamu selera di meja makan di dapur. Malam ini, ibu masakan asam pedas ikan pari campur kacang bendi dan tomato, lauk kesukaan abang Akid. Untuk aku pula, bubur nasi ayam bersama kentang menjadi santapan aku pada malam ini. Melihat abang Akid yang berselera menjamah makanannya, aku jadi lapar. Tak sedar aku berjaya juga menghabiskan makananku itu. Ibu tersenyum senang melihatnya.
"Syfa, nak lagi ke? Barulah berselera ibu tengok Syfa makan..senang hati ibu.." luah ibu pada kami berdua.
"Kenapa ibu, Syfa tak nak makan ke kalau abang takde..? Ish, suka sangat buat perangai.. Syfa lupa ya janji Syfa pada abang?" marah abang Akid.
"Syfa minta maaf, tapi kalau abang takde memang Syfa takde selera nak makan.." kataku jujur.
"Suka kan, buat abang, ibu dengan abah susah hati, abang dah tak nak dengar lagi pasal ni..kalau abang dengar lagi ibu mengadu pasal ni, abang takkan balik dah.." keras nada abang Akid berjaya buat air mataku meleleh.
"Abang..!!! Janganlah cakap macam ni, baiklah Syfa janji, Syfa makan..abang ada ke takde Syfa tetap makan.."
"Hah, macamtulah adik abang, dengar cakap, orang yang tak tunai janji tu, munafik tau.. abang tak kawan dengan orang munafik.." kata abang Akid lagi, kali ini suaranya dikendurkannya, tidak lagi sekeras tadi.
"Ish.. sudahlah tu, abang janganlah menyakat adik tu, tengok Syfa dah nak menangis dah tu.. dah pergi masuk tidur, dah penat kan.." kata ibu sambil menepuk lembut bahu abang Akid. Ibu tengah sibuk mengemas pinggan mangkuk yang kami gunakan tadi.
Abang Akid menolak kerusi rodaku ke arah bilik. Seperti kebiasaannya abang Akid akan mencempung tubuhku dan dibaringkan aku di atas tilam empuk itu.
Dia duduk di birai katilku seketika.
"Abang, Syfa minta maaf ya, pasal tadi tu.. Syfa janji.. Syfa tak nak jadi munafik.." kataku sungguh -sungguh.
"Abang pun nak minta maaf, abang tinggi suara pada adik abang ni. Abang buat Syfa menangis, abang bukan apa Syfa, abang tak tengok Syfa sakit..kalau Syfa sakit, abang jadi tak kuat Syfa..." lirih suara abang Akid, air matanya mengalir tanpa sedar.
Aku hapuskan air mata abang kesayanganku itu walaupun agak kepayahan. Abang Akid labuhkan ciumannya atas dahiku, sebelum dia keluar meninggalkan aku di dalam bilik ini. Aku cuba lelapkan mata, namun tidak berjaya. Puas aku cuba pejamkan mata, namun masih tidak berhasil. Sudahnya aku mengelamun. Bayangan doktor handsome berlegar-legar di fikiranku. Aku jadi tersenyum sendiri.
"Sandra... nanti jangan lupa pakai tracksuits.." kata Dr Fawwaz itu terngiang-ngiang di cuping telingaku.
Aku tersenyum lagi. Sampai memerah kedua belah pipiku ini agaknya. Rasa bahang dari wajah ini sudah kurasai. Aku dah jatuh cinta ke ni?!
***
"Sandra... Sandra si cantik manis abang Fawwaz, buat apa sorang-sorang termenung kat tasik ni?" soal Dr Fawwaz, di tangannya ada sejambak bunga mawar merah jambu yang sudah digubah cantik.
"Dr Fawwaz, bunga tu untuk Sandra ke? Tunggu Dr Fawwazlah.. kenapa lambat?" ada nada rajuk di suaraku ini.
"Alah, si cantik abang Fawwaz ni merajuk pula dia, ya bunga ni istimewa untuk bidadari abang.. sampai bila nak panggil abang dengan gelaran doktor tu..? tak nak panggil 'abang' ke..? kitakan dah jadi suami isteri..." kata Dr Fawwaz sambil mencuit hujung hidungku yang mancung.
"Tak biasa lagilah, lama sangat panggil dengan gelaran doktor tu, dah terbiasa.."
"Cubalah, belajar.. abang pun nak dengar bidadari abang ni panggil diri ni dengan panggilan manja macam tu.."
"Ish... Dr Fawwaz ni kan.." aku dah mengundur setapak demi setapak ke belakang sebaik sahaja kaki Dr Fawwaz melangkah cuba menghapuskan jarak.
"Sandra..! Bidadari abang...!!!!"
"A..bang...! tolong Sandra..!!!!"
Dr Fawwaz pantas menyelar lenganku. Ditariknya kuat lenganku sehingga melekap wajahku ke dalam dada bidangnya. Aku mendengar degupan jantungnya berdegup kencang. Namun, aku dan dia sudah basah lencun dek terjatuh di dalam tasik ini.
"Ibu... ibu...!!!!" teriak aku memangil ibuku.
"Ya, Allah... kenapa ni Syfa.." abang Akid pantas mendapatkan aku.
"Basah... basah..."
"Apa yang basah...?" soal abang Akid hairan.
"Ada apa ni abang? Kenapa Syfa terjerit-jerit..?" soal ibu cemas.
"Yelah, Assyfa... kenapa anak abah ni..? apa yang basah..?" bertalu-talu soalan daripada abah.
"Ya.. Allah, anak abang ni terkencing rupanya, patutlah basah..saya lupa nak pakaikan dia pampers..abang Akid tolong angkat Syfa bawa dia ke dalam bilik air.." kata ibu serba-salah akibat kecuaiannya itu.
"Ish, tak malu..dah nak nikah pun kencing malam ya..apalah mimpi adik abang ni agaknya..macam best je?" giat abang Akid membuatkan wajahku merona kemerahan.
'Memang aku tengah bermimpi pun! Baik punya mimpi, sampai habis katil aku basah!'
"Abang Akid, bila appointment Syfa dengan Dr Fawwaz..?" soal aku pada abang Akid tepat pukul tiga pagi itu.
"Why, ni mesti mimpi Dr Fawwaz kan..? Tapi mimpi apa yerk, sampai habis basah kuyup macam ni?"
"Mimpi jatuh tasik...!" selamba aku jawab soalan abang Akid itu. Ibu yang kebetulan masuk di dalam bilik air ini terkejut mendengar kata dariku.
"Syfa pun dah jatuh cinta ke..?" soal ibu sambil menyuruh abang Akid meninggalkan kami.
Aku geleng kepala, sebelah bahu sudah aku angkat bagi menjawab persoalan daripada ibuku itu. Ibu dah tersenyum, tangannya ligat menukar pakaianku. Tepat pukul tiga pagi itu aku dimandikan oleh ibuku, nasib baik rumah ni ada guna alat pemanas air takdelah aku menggigil kesejukan.
Setelah lengkap berpakaian, ibu suruh abang Akid dukung aku semula. Dibawanya aku ke dalam biliknya.
"Syfa tidur atas katil abang, biar abang tidur kat sofa.. tapi ingat jangan kencing lagi tau!"
"Tak, Syfa dah pakai pampers dah... terima kasih abang Akid".
Aku dah berbaring di atas katil milik abang Akid. Sepanjang hidupku baru pertama kali aku masuk ke dalam bilik abangku ini. Cantik juga bilik abang Akid, kemas dan wangi. Tergantung kemas baju uniform kerjanya di tepi almari pakaiannya itu. Di meja kerjanya pula ada sebuah replika kapal terbang milik Air Asia. Ralit aku memandang replika itu. Mata masih meliar di tepi sudut meja kecilnya itu. Ada sebingkai kecil gambar milik kak Fie yang lengkap dengan pakaian uniform pramugari Air Asianya itu.
Aku capai bingkai gambar itu yang tidak jauh dari tangan kiriku. Aku tatap gambar kak Fie yang tersenyum manis di dalamnya.
'Semoga cita-citaku untuk menjadi pramugari seperti kak Fie akan tercapai suatu hari nanti..kak Fie doakan Syfa ya..Dr Fawwaz, bantu Syfa juga ya, abang...' aku bisikkan kata-kata itu di dalam hatiku.
Bila sebut je nama doktor itu, wajahku jadi berbahang, senyuman terukir dengan sendirinya. Dalam diam-diam aku jatuh cinta dengan doktor kacak itu. Aduhai... sampai mimpi-mimpi aku jadinya.
Entah bila aku lelapkan mataku kembali. Yang penting, bingkai gambar kak Fie masih utuh dalam pelukanku.
Assalamualaikum.. dan hai semua.. Done update... hope enjoyed!
Share this novel