SETELAH selesai menguruskan tentang pertengkaran yang berlaku antara pramugari Mimie dengan pramugari Sofiena tadi, abang Akid menyuruh Mimie keluar dari bilik pejabatnya terlebih dahulu dan menahan Sofiena dari melangkah keluar dari biliknya itu. Mimie yang tidak mengesyaki apa-apa terus meninggalkan Sofiena di situ. Sebaik sahaja Mimie meninggalkan bilik ini, terus abang Akid mendapatkan Sofiena yang masih berdiri di sebelahku.
"I minta maaf sebab terpaksa tinggikan suara tadi kat you.." abang Akid kelihatan serba-serbi tak kena. Terbata katanya seperti bukan dirinya yang sebenar.
"You ni dah kenapa Akid, macam kucing nak beranak je.. I ok lah, macam tak biasa pulak.. I faham you kena react macam tu depan minah psiko tu, sikit pun I tak terasa hati, cuma terkilan.. kenapa you tinggalkan adik you ni sorang-sorang kat situ tadi, buatnya I takde, apa nasib Syfa ni.." omel Sofiena, tegas suara itu memarahi si jejaka yang sudah tertunduk kepalanya.
"Sorry, lain kali tak buat dah... tadi Mike tu macam urgent je panggil I, I pun dah terlupa kat adik I ni.. nasib betul-betul urgent, kalau tak I dah pelangkung kepala dia tu.." terang abang Akid kepada Sofiena.
"You dengan Mike memang berpisah tiada, dah lah I nak balik dah penat sangat ni, malam ni nak fly lagi temankan you ke Jordan, jangan lupa tau encik abang.." Sofiena tunjuk jadual kerja abang Akid yang terpapar di skrin komputer riba di atas meja kerja berwarna coklat gelap ini.
"Yes darling... don't forget about that.. I yang flying the plane... by the way thanks selamatkan sister in law to be you ni tadi.. nanti I bawa you jumpa my parent, boleh kenal-kenal lebih dekat..ok you balik, rest..atau nak I hantarkan.." soal abang Akid lagi.
"Boleh jugak.. I malas nak drive, so tired.. boleh borak-borak dengan Syfa, kenal-kenal dengan dia ni.." Sofiena menyentuh kedua belah bahuku dengan lembut dan menguntum senyuman manis padaku.
Aku dah tersenyum riang. Ada juga insan yang masih sudi hendak berkawan denganku. Tak sangka aku gadis yang murah dengan senyuman manis ini rupa-rupanya teman wanita abangku. Dah lama sebenarnya mereka menjalinkan hubungan, cuma abang Akid agak keberatan untuk meneruskan niatnya itu lebih jauh kerana dia ingin menjaga aku dan melihat aku mencapai kebahagiaan hidupku dahulu sebelum dia menamatkan zaman bujangnya itu. Sanggup dia mengorbankan kebahagiaannya demi aku. Terpempan aku jadinya sewaktu Sofiena menceritakan hal yang sebenarnya kepadaku. Aku jadi tidak keruan kerana dalam fikiranku, aku hanyalah tak ubah seperti menjadi batu penghalang kepada hubungan mereka itu.
'Maafkan Syfa, abang Akid..Syfa dah banyak menyusahkan abang..! Syfa dah halang abang untuk mencapai kebahagiaan' aku bermonolog sendirian. Pandangan terhala pada abang Akid dan Sofiena silih berganti.
Abang Akid meneruskan pemanduannya dengan penuh cermat sehingga sampai di kediaman Sofiena yang tidak jauh dari lapangan terbang tersebut. Sofiena mengucapkan terima kasih kepada abang Akid dan melambaikan tangannya kepadaku di tempat duduk belakang pemandu. Aku jua tersenyum mesra kepadanya kembali. Abang Akid turun dari pacuan empat roda Ranger Rover hitam kesayangannya ini sebentar untuk menghantar kepulangan buah hatinya itu sehingga di depan pintu pagar rumah sewanya ini dan setelah itu dia mencempung tubuhku dan dipindahkannya aku di tempat duduk hadapan sebelah pemandu pula.
Sofiena yang masih berdiri di pintu pagar itu sekali lagi melambaikan tangannya ke arah kami berdua. Wajahnya masih kekal tersenyum, walaupun penat sudah menguasai dirinya itu. Setelah memastikan buah hati kesayangannya itu telah menjejakkan kaki ke dalam rumah, barulah abang Akid memulakan pemanduannya semula.
"Amboi, sayang sungguh abang Akid kat kak Fie, kenapa tak nikah je..nanti tunggu lama-lama dikebas orang baru abang nak menyesal.." kataku yang tidak berpuas hati.
"Abang nikah selepas Syfa nikah...muktamad!" Abang Akid tegas menyuarakan itu.
"Kenapa degil sangat, buatnya Syfa tak nikah sampai mati, takkan abang Akid tak nikah juga, kesian ibu dengan abah.. mesti mereka nak rasa ada cucu sebelum mereka tutup mereka abang Akid!" aku jeling abang Akid.
"Dah..tak perlu ajar abang, abang tak kisah kalau dia tetap setia tunggu abang..dia pasti akan sanggup tunggu abang, kalau tak.. kak Fie bukan jodoh abang.. abang redha, sebab.. bini boleh cari dan Syfa takde jual kat kedai dua ringgit.." tegas abang Akid bersuara sehingga aku dah tak dapat nak membalas katanya itu.
Aku dah tergelak dengan seloroh abang Akid yang bersahaja. Ada ke dia kata aku ni barangan yang dijual dekat kedai popular tu... sah-sahlah memang takde!
Tepat pukul tiga petang kami tiba semula di rumah. Abang Akid dah masuk biliknya sebaik sahaja dia menghantarkan aku ke dalam bilikku yang berada bersebelahan biliknya itu. Dia kata tadi dia buru-buru nak tunaikan solat Zuhur yang masih belum dikerjakan olehnya. Aku pula meminta tolong ibuku untuk menguruskan aku di bilik ini. Pergerakan yang terbatas membuatkan aku agak sukar untuk bergerak sendirian. Setelah usai, ibu membantu aku untuk duduk di birai katil ini pula. Ibu sudah melabuhkan punggungnya di sebelahku. Dia ajak aku berbual-bual.
"Seronoknya ibu tengok Syfa lepas balik dari airport tadi...abang Akid bawa Syfa tengok kapal terbang besar ya..?" soal ibuku.
"Haah.. bu, lepas tu tengok pramugari cantik..ada kakak pramugari tu cantik sangat ibu, nama dia Sofiena...awek abang Akid.." balasku, masih kekalkan senyuman manis apabila terkenangkan wajah pramugari yang bernama Sofiena itu.
"Oo...abang Akid dah ada mata air.. bolehlah ibu cakap dengan abah ni.."
"Erm..nanti-nantilah ibu cakap dengan abah, sebab abang Akid kata jangan bagitahu abah dulu, abang Akid takut.."
"Hah! apa yang Syfa dengan ibu umpat pasal abang ni" celah abang Akid yang tiba-tiba muncul di dalam bilikku ini. Entah bila dia munculkan diri, tahu-tahu dah tercegat berdiri sebelah ibu.
"Ni.. Syfa bagitahu ibu, abang dah ada awek katanya, Sofiena namanya..Syfa tak bagi ibu cakap dengan abah, takut kamu marahkan dia".
"Ishh.. Syfa ni tak boleh simpan rahsia betullah, tak naklah abang Akid belanja aiskrim macam ni"
Ibu dah geleng kepala melihat keletah sepasang anaknya ini. Yang seorang kuat menyakat dan seorang lagi kuat merajuk.
"Abang, betul ke apa yang Syfa bagitahu ni, anak bujang ibu ni dah ada calon menantu untuk ibu dan abah.." soal ibu agak teruja.
Abang Akid tersenyum manis, 'tu tengah bayangkan kak Fie lah tu, macam aku tak tahu' bisik hatiku.
"Erm.. ni kalau dah senyum macam kerang busuk ni, betullah tu. Bawalah dia datang sini, boleh kenal-kenal..umur abang tu pun dah banyak, kami pun dah semakin tua, kalau boleh nak juga rasa timang cucu sebelum kami tutup mata" luah ibu yang membetulkan kain yang dah terselak sedikit menampakkan sedikit betisku yang putih mulus itu.
"Ibu...janganlah cakap macam tu, suatu hari nanti abang pasti nikah jugak ibu, entah-entah.. sama-sama naik pelamin dengan budak kecik ni, pastu serentak pula ibu dapat cucu, jangan time tu ibu mengadu tak larat nak main dengan cucu pulak!"
"Kalau umur ibu dah dekat nak cecah lapan puluh tahun masa tu, memang tak terdayalah abang oii.." kata ibu yang sudah menggelengkan kepala.
"Ibu, Insya Allah...ibu dengan abah hanya tinggal doakan kami, doa seorang ibu kan mustajab, tiada hijabnya. Abang bukannya apa bu..kalau boleh abang nak Syfa temui kebahagiaannya dulu sebelum abang, sebab dia ni je satu-satunya adik yang abang ada" terang abang Akid satu per satu.
Sengaja tu nak buat aku sedih, abang Akid ni tak patut betullah!
"Abang..abang, ibu tahu abang sayang sangat dengan Syfa ni, tapi fikir jugak kebahagian diri sendiri abang.."
Puan Awfa Hannan mengusap kepala anak lelakinya itu penuh kasih, dia berlalu sambil menepuk-nepuk perlahan bahu abang Akid. Aku pandang abang Akid yang sudah melabuhkan duduknya di birai katilku.
"Kenapa cakap pasal kak Fie kat ibu, kan abang dah pesan...degil kan?" Marah Akid padaku.
"Chill lah, kenapa abang takut sangat, hah..apa abang buat dekat kak Fie..?"
"Ishh..budak ni, ke situ pulak dia..tulah banyak sangat tengok drama..drama Korealah, Tamil lah, Hindustan lah..sebab tu fikir pun yang tidak-tidak je kan.."
"Hello... I'm twenty in this year..dah cukup umur ok..abang ni betul ke takpe perasan tu, baik abang pergi check..entah-entah abang Akid ni ada masalah kot!"
"Tak padan yang sakit...dah malas nak layan, bukan takde perasan, kan abang dah cakap, abang tunggu Syfa yang naik pelamin dulu..abang nak kemas barang ni, kejap lagi dah nak bertolak dah pergi airport, nak ambil kak Fie dulu.."
"Abang, kirim salam kat kak Fie ya, cakap I love you..."
"What...?! Memang hari-hari pun abang cakap, entah-entah kak Fie pun dah muak dengar..eh, bila appointment Syfa dengan doktor lepas ni.."
"Minggu depan hari Isnin, lepas dua hari abang Akid balik dari Jordan. Lamanya abang takde.."
"Ok, alah..macam tak biasa pulak.."
***
PADA pagi Isnin tu, aku dah siapkan oleh ibu dengan memakai sepasang baju kurung warna hijau pucuk pisang. Ada bunga-bunga kecil warna kuning cair menghiasi corak kain kapas itu. Rambutku yang lurus, panjang hingga ke pinggang itu sudah diikat tocang oleh ibu. Aku lihat diriku di biasan cermin meja solekku ini, tak percaya ini diriku yang sebenar.
'Cantik juga aku ni bila didandan sesekali begini.. ni belum ibu make up lagi ni, cuma letak bedak kompak je, dah cantik macam ni, macam rupa ibuku masa muda-muda dulu pun ada jugak!' kataku dalam hati.
"Apa lagi yang tak kena?" soal ibu yang melihat aku masih menatap cermin itu.
"Ibu macam Diana tak rupa Syfa?"
"Diana? Diana mana pulak...setahu ibu, Dania kan..? cerita pramugari tu kan..?"
"Yelah yang itu...oh.. Dania ya...Syfa salah sebutlah selama ni...abang Akid pun sama.. pandai-pandai je abang Akid tukar nama Dania jadi Diana..." aku angkat sebelah kening macam Ziana Zain.
"Eh, abang pulak yang salah, dia sendiri tak betul..disalahkan kita pulak..dah siap belum, cepat nanti lambat pulak, nak breakfast lagi ni.." Abang Akid yang sedari tadi berdiri di muka pintu melangkah kakinya masuk ke dalam bilikku dan lengan kekarnya menolak kerusi rodaku menuju ke arah dapur.
Aku salam tangan ibu sebelum berangkat ke hospital. Abah pagi-pagi lagi dah ke balai raya, ada mesyuarat katanya. Maklumlah, sebagai pengerusi ahli kemasyarakatan penduduk taman perumahan ini, abah memikul satu tanggungjawab yang besar, sama seperti dirinya semasa bertugas di badan kerajaan dulu sebagai Leftenan Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Sebab itu juga minat abang Akid dan aku pada awan biru begitu mendalam. Darah yang mengalir pada abah dah menyeresap di dalam tubuh kami berdua. Seperti bak kata pepatah melayu 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'.
"Cantiknya pagi ni, nak mengorat doktor ya..?"
"Apalah, abang Akid ni, doktor yang rawat Syfa tu semua dah tua-tualah..mana ada yang muda.."
"Ye ke, dah tu kenapa lawa sangat, tu hah kalah nurse tu...mesti dia jelouse dengan Syfa, sebab abang tanya tadi dia macam layan tak layan je, tapi bila pandang abang macam nak telan..ish, seram.."
abang Akid dah mengeliatkan sedikit badannya.
"Sebab tu Syfa suruh abang cepat-cepat nikah, dah tolak cepat Syfa ke dalam bilik nombor tiga tu, nombor tiket ni dah panggil dah.." aku hulurkan nombor tiket tu pada abang Akid.
Abang Akid menolak kerusi rodaku ke dalam bilik yang tertera nombor tiga dan sebaris indah nama seorang lelaki di muka pintu itu. Sebelum itu, tangan kekarnya mengetuk daun pintu itu sebanyak tiga kali.
"Come... jemput masuk, Assyfa Yusfina Sandra binti Amsyar Zahir". Dengan sekali nafas doktor itu melafaz sebaris namaku. Dia tersenyum manis.
'Allah... kacaknya, jap ni bukan pemuda yang aku jumpa kat aiport dulu ke? Kenapa sekarang aku rasa dia lebih kacak dengan jubah putih doktornya ini'
"Cik Sandra, boleh saya panggil dengan nama tu.. cik Sandra, ooo..cik Sandra.." panggil doktor lelaki berkulit cerah ini.
"Maaf doktor, adik saya ni takkan respond kalau orang panggil dia dengan bukan nama panggilannya" ujar abang Akid.
"Oh, sorry...habis tu nak panggil apa ya?" soal doktor muda ini lagi.
"Syfa, just Syfa.., S.Y.F.A" kataku yang menatap lekat pada wajah kacak doktor muda lelaki ini lagi. Sampai berubah memerah wajahnya yang putih mulus ini. Pakai skin care mahal kot, sebab tu kulit dia cantik!
"Ok, kita mulakan terapi kita untuk...untuk hari ini, mari ikut saya ke bilik rehabilitation kat hujung sana tu.." giliran doktor muda itu pula tergagap-gagap menyampaikan katanya.
'Aik tak kan penyakit aku dah terjangkit kat doktor ini pulak!'
"Doktor saya rasa kita pernah berjumpa right, hah! Kat airport kelmarin kan, doktor yang selamatkan adik saya ni dari terjatuh kat eskulator. Kalau doktor takde hari itu, mungkin adik saya ni..entah, tak berani saya nak cakap.." jelas abang Akid satu per satu.
"Erm, it's so ok..kebetulan saya ada kat situ.. jadi saya tolonglah, apa nasib pramugari tu?"
"Tengah dipantau tingkah lakunya, jika dia masih buat onar..she's was suspended, dan akan diberhentikan kerja serta-merta.." jelas abang Akid serba sedikit.
"Tapi tindakan dia tu melampau, well.. cik Syfa how do you feel today?" soal doktor muda ini dengan ramah.
"Better...and berse...mangat!" kataku penuh teruja.
"Good, dah ada kemajuan, teruskan berlatih bertutur, rajin buat senaman ringan dekat rumah ya.. nanti next appointment kita buat latihan yang mencabar sikit" kata doktor itu lagi yang sedang mencatitkan beberapa point penting di dalam fail berkulit keras berwarna biru itu.
Doktor itu menyerahkan kembali fail itu kepada jururawat yang setia menemani kami dari tadi.
"Erm, boleh tak kita buat pemeriksaan sedikit sebelum saya sudahi treatment kita hari ni.. Encik Akid tunggu di luar sebentar ya..nurse, please..." kata doktor itu sambil melirik pada jururawat itu untuk bersiap sedia menjalankan tugasnya.
Abang Akid dah menuju ke pintu bilik ini, melangkah keluar meninggalkan aku dan doktor lelaki muda ini dengan seorang jururawat. Nasib jururawat tu tak disuruhnya keluar sekali, aku dah cuak dah kalau terpaksa berdua-duaan dengan doktor terlebih kacak ni, takut kalau-kalau bukan dia yang ambil kesempatan terhadap aku, aku yang terlebih dahulu yang menerkam doktor ni. Habis tu, siapa suruh kacak sangat! Kenapalah aku lihat dirinya ini terlihat terlebih-lebih tampan. Dahlah nama pun unik, Azam Asyim Fawwaz bin Dato' Sri Furqan. Aku baca namanya yang tertulis di tag pengenalan dirinya yang tersangkut di lehernya, di dalam hati.
"Doktor Fawwaz, macam mana saya ni ada peluang tak nak sembuh..?" soalku kepadanya. Aku nampak dahinya sedikit berkerut, mungkin dia sedang terfikir macam mana aku tahu akan namanya itu.
'Dah sah-sahlah kau pakai name tag, doktor handsome oii..'
Aku lihat lagi tangan kanannya itu menyentuh dada kirinya itu terlebih dahulu sebelum berdehem kecil seketika dan menyambung kembali bicaranya menjawab persoalanku itu.
"Insya Allah...cuma perlukan banyak latihan lagi, jangan lupa next appointment pakai baju tracksuits untuk memudahkan pergerakan, tapi awak sangat cantik berbaju kurung, sedondon pulak kita hari ni.." kata doktor itu sambil tersenyum manis. Aku tak dapat nak tengok bibirnya sebab terselindung dek topeng muka, tapi aku kenal bahasa tubuhnya itu. Matanya yang menyepet itu membuatkan aku tahu dia sedang tersenyum mekar.
"Ok, ini saya lampirkan prescription ubat kamu dan ni kad janji temu untuk next treatment..nurse please help her.."
"Sure doctor, jom Syfa..." arah jururawat ini sambil menolak kerusi rodaku kembali ke muka pintu bilik ini.
"Thanks Dr Fawwaz... Syfa balik dulu.."
"Ya, hati-hati...sampai jumpa lagi" kata doktor muda ini lagi.
Berbunga-bunga hatiku sewaktu doktor muda itu sudi menghantar kepulanganku sampai di depan pintu bilik ini. Dia berjabat mesra dengan abang Akid sebelum dia kembali ke dalam ruangannya. Setelah selesai mengambil ubatan di kaunter farmasi itu, aku dan abang Akid pulang semula ke rumah.
Assalamualaikum dan hai semua... Done update... maaf atas kelambatan mengupdate.. baru ada kesempatan..enjoy reading..
Share this novel