HARI minggu itu abang Akid membawa Sofiena bertandang ke rumah. Ibu yang paling teruja setelah abang Akid memaklumkan kedatangan Sofiena pada hari ini, dua hari lalu. Akibat terlalu teruja ibu dah sediakan pelbagai juadah istimewa buat bakal menantunya itu.
"Buat susah-susah je mak cik masakan semua ni untuk Fie, buat Fie segan je..." kata Sofiena yang telah mengambil tempat di sebelah abang Akid di meja makan itu.
"Eh, apa pulak nak segan, Fie pun dah banyak sangat belikan hadiah untuk mak cik dan pak cik, untuk Syfa pun tak pernah lupa.. ni tadi pun bawa buah tangan lagi, mak cik yang jadi segan dengan kamu.." bicara ibuku yang dah menghulurkan segelas air oren sejuk itu pada Sofiena.
"Apa yang ditengok je, jemputlah makan.. lauk kampung je ni, harap kenalah dengan selera Fie..Akid kata Fie suka makan lauk kampung..." sampuk abah yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusi kepala meja itu. Kerusi dominan abah, sesuai dengan dirinya sebagai ketua keluarga ini.
"Terima kasih pak cik, susah-susah je, ye Fie makan, pak cik, mak cik, Akid dengan Syfa jemputlah sama.." kata Sofiena sambil tersenyum manis, sempat dia lirikan pandangan pada abang Akid. Aku hanya memerhatikannya sejak dari tadi.
"Fie ni tolak batu kayu je abah, ibu.. dia ni senang tak memilih makan..sebab tu abang suka kawan dengan Fie ni.." kata abang Akid pula yang sedang sibuk dok usha kak Fie, alamak abang aku ni..kak Fie ni duduk sebelah abang je kot! sampai memerah dah pipi kak Fie tu, dah macam udang kena bakar.
"Dahlah kita makan dulu, nanti kita sambung berbual, abang baca doa.." arah abah dengan tegas, namun masih lagi sempat menguntumkan senyuman penuh makna buat abang Akid.
Aku hanya lirikan pandangan pada kak Fie. Aku memang suka sangat pandang wajah kak Fie yang ayu dengan senyumannya yang memekar. Kak Fie tampil sopan dengan berbaju kebaya dan berselendang menutup kepalanya, walaupun belum masih sempurna menutup auratnya, namun aku percaya kak Fie seorang gadis yang sangat baik dan bukanlah seorang yang hipokrit.
Setelah usai menjamu selera tengah hari itu, kak Fie membantu ibu mengemaskan pinggan mangkuk yang telah kami gunakan. Dia menawarkan diri untuk membasuh pinggan mangkuk itu, namun ditegah keras oleh ibuku.
"Eh, takpe.. Fie tu tetamu, dah pergi bawa Syfa berbual di luar, apa pulak buat kerja-kerja ni..ish kamu ni..Akid mana..?"
"Alah, mak cik ni... Fie dah biasa buat kerja-kerja ni semua, sebab Fie seorang je anak perempuan dalam keluarga.." kata-kata Sofiena buat ibu tersenyum mekar.
"Oo... tapi tetap tak boleh... mak cik takkan benarkan, kamu baru je pertama kali datang sini, takkanlah dah kena buat kerja-kerja macam ni.." ibu masih berkeras. Lembut dia menghalang tangan kak Fie yang sudah membuka pili air untuk memulakan basuhannya.
"Baiklah, tapi lain kali kalau Fie datang sini nanti mak cik izinkan Fie buat ya, Fie seganlah mak cik.. takkan datang nak makan je kan..betul tak Syfa..?"
Aku hanya anggukkan kepala. Sebentar kemudian, aku ajak Sofiena ke belakang rumah. Sofiena mengikut setiap arahanku. Dan seperti yang aku jangkakan abang Akid bersama abah sudah duduk berehat di sini, sambil membuang pandang pada pemandangan di kolam mandi berlatar belakangkan gunung-ganang yang menghijau.
"Cantiknya pemandangan kat sini Syfa.." kata Sofiena teruja.
"Ya, cantik...sebab tu abah dengan abang Akid suka duduk bersantai di sini..." kataku pada Sofiena dengan terbata-bata, ada juga aku gunakan bahasa isyarat pada Sofiena dan aku harap dia dapat memahaminya.
Kehadiran aku dan Sofiena di sini akhirnya disedari oleh abang Akid juga setelah dia menghalakan pandangannya kepadaku. Tadi dia leka berbual dengan abah, aku lihat abang Akid seperti bersungguh-sungguh bercerita dengan abah. Entah apalah yang dibualkannya oleh mereka itu, kelihatan sangat serius dan berkerut-kerut wajah keduanya.
"Erm... duduklah Fie, maaflah tak sedar pulak kamu datang, seronok sangat berbual dengan Akid ni.." kata abah.
"Abah kalau dapat berborak dengan Akid ni memang tak pandang kiri kanan dah.." sampuk ibu dari belakang. Di tangannya menatang sebuah dulang berisikan air kopi dan sepiring kuih-muih buatan air tangan ibu sendiri.
"Kak Fie, jemput minum..kuih-muih ni ibu buat sendiri tau.." pelawaku sambil aku ambil kuih karipap itu untuk Sofiena.
"Takpe Syfa, kak Fie boleh ambil sendiri, jangan paksa diri tu..buat slow-slow... kak Fie percaya Syfa boleh lakukannya.." Sofiena menyuntiknya sedikit semangat buatku, semakin berkobar aku jadinya.
"Ya.. Allah, syukur...anak ibu dah boleh buat... terima kasih Fie, berikan galakkan pada Syfa, tak sisihkan anak istimewa ibu ni... Fie, panggil ibu jelah lepas ni, tak payah panggil mak cik lagi.." kata ibu dengan penuh gembira. Dipeluknya bahu Sofiena dari arah belakang.
Aku lihat wajah Sofiena berona merah. Tertunduk malu dia apabila ibu berkata begitu, dan menjadi-jadi merahnya pabila abang Akid menatap tepat wajah putih mulus itu.
"Baiklah.. mak cik, eh... ibu... erm, sebenarnya Fie pun ada sesuatu nak beritahu ni, tapi tak tahu nak mulakan macam mana.."
"Fie, you jangan buat I nervous tau.. apa dia, cakap je.." kata abang Akid tidak menyabar. Aku tahu abang Akid dah cuak.
"Erm... i..bu, sebenarnya nenek Fie minta Fie segera bernikah..kalau boleh nenek Fie nak perkara baik ni berlangsung dengan cepat..nenek nak sangat Fie bernikah sebelum nenek tutup mata.. nenek Fie berhajat sangat.." kata Sofiena malu-malu.
"Fie! kan I dah cakap, banyak kali Fie, tak kan you tak faham-faham lagi..." balas abang Akid agak meninggi. Terkejut Sofiena dibuat oleh abangku ini.
Aku sentuh lengan kekar abang Akid. Kepala sudah aku gelengkan.
"What! Syfa... abang tak kan mungkir janji Syfa, keputusan abang muktamad!" tegas Abang Akid langsung meninggalkan kami di situ.
Namun, langkahnya terhenti sebaik sahaja abah bersuara. Abang Akid berpaling kembali pada abah, tangan tua abah abang Akid kucup penuh hormat. Beralih pula pada ibu yang sudah melabuhkan duduknya di sebelah abah.
"Abang, buat keputusan jangan tergesa-gesa.. kesian dengan Fie ni, dia terpaksa abang, dia bukan sengaja mendesak kamu..." nasihat abah dengan lembut, namun masih terselit ketegasannya.
"Abang... fikir masak-masak abang, ibu tahu abang sayangkan Syfa, Syfa segala-galanya bagi abang, tapi takkan abang sanggup kecewakan orang yang abang sayang sepenuh hati..." ibu pula cuba melembutkan hati satu-satunya anak lelakinya itu.
"Tak ibu, abah...maafkan I, Fie... I tak dapat nak penuhi kehendak nenek you, nakkan kita bersatu dengan secepat mungkin...I tetap dengan pendirian I..mungkin kita tak berjodoh..."
"Akid, you...you terlalu ego Akid, maafkan Fie..ibu, abah.. orang dah tak sudi takkan Fie nak paksa, tapi ingat Akid, jangan pernah menyesal dengan keputusan yang you buat...!" Sofiena mengesat air matanya yang mengalir.
"Fie... I bukannya nak kecewakan you, I ada alasan I sendiri..." abang Akid meraup wajahnya kasar. Aku hanya jadi pemerhati. Lengan kekarnya itu kejap aku paut.
"I tahu you sangat sayangkan adik you, I hormati keputusan you, jaga baik-baik adik you, jangan kecewakan dia, Akid..I akan cuba pujuk nenek I, jika dia tetap dengan keputusannya, I sebagai cucu tunggal perempuannya terpaksa mengikuti semua kemahuannya, I tidak mampu nak ingkarinya Akid.. maafkan I..."
"Fie.... FIE... SOFIENA...!!!!" teriak abang Akid, terlepas lelaran pada lengan Sofiena apabila gadis itu merentap kasar lengannya kembali.
Sofiena sudah berlari meninggalkan kami sekeluarga tanpa sebarang pamitan. Aku tahu dia kecewa dengan pendirian teguh abang Akid. Aku lihat air matanya kembali mengalir laju membasahi kedua belah pipinya itu. Hendak menghalang pemergiannya aku tak mampu. Aku jeling tajam abang Akid di sisiku. Kemeja kurta yang membaluti tubuh sasa abang Akid aku tarik kuat menghamburkan amarahku padanya. Sebelah tangan yang mampu aku gerakkan aku tumbuk dada bidangnya itu bertalu-talu, walaupun tidak meninggalkan sebarang kesan padanya namun keadaanku sudah tidak terkawal.
Abang Akid jadi panik melihat keadaanku itu, walaupun dia sudah mendakap tubuhku dengan erat dalam pelukannya, aku tetap mengamuk sakan, sehingga tidak sedarkan diri. Aku dengar sayup-sayup suara abang Akid teriakkan sebaris namaku sebelum mataku terpejam rapat.
***
PAGI itu, aku celikkan mataku semula. Pandanganku tidak berkelip apabila memandang tunak wajah doktor kacak itu. Wajah Dr Fawwaz memenuhi kornea bundar coklat cairku. Perlahan-lahan bibir ini mengukir senyuman.
"Dah sedar... Sandra...eh, Syfa ada dekat hospital sekarang ni..kenapa sampai jadi macam ni..?" soal Dr Fawwaz agak cemas. Dia tengah buat pemeriksaan ringkas padaku.
Aku genggam erat lengan doktor kacak itu yang beralaskan dengan kemeja lengan panjangnya yang berwarna biru muda itu.
"Kenapa...?" soal Dr Fawwaz hairan.
"Tak nak jumpa abang Akid, abang Akid jahat..!" pegangan pada lengan doktor itu semakin kejap.
Dr Fawwaz elus lenganku lembut, mungkin dia rasa sakit dengan genggamanku itu.
"Ok, Sandra, ishh.. Syfa, Syfa tolong lepaskan lengan saya dulu, saya akan beritahu abang awak yang awak tak nak jumpa dia.." Dr Fawwaz agak tidak keruan menatap wajahku. Tersasul-sasul dia di situ. Sebab apa yerk?!
Aku lihat dia menarik lengan abang kandungku itu sedikit menjauh dariku. Entah apa yang diperkatakan doktor itu kepada abang Akid, sehinggakan abang Akid sudah pergi meninggalkan aku di sini bersama Dr Fawwaz.
Sebentar kemudian, ibu dan abah masuk ke dalam wad ini mendapatkan aku. Aku lihat Dr Fawwaz berbicara sebentar dengan abah. Sepanjang yang dibualkan dengan abah, aku hanya sempat menangkap beberapa perkara penting yang diperkatakan oleh doktor kacak itu pada abah. Dia kata aku kena serangan panik yang agak teruk sebab itu aku pengsan. Dr Fawwaz menasihati supaya menghindarkan aku untuk berada di dalam situasi begitu jika tidak mahu tahap kesihatanku akan terjejas teruk.
Abah hanya menganggukkan beberapa kali kepalanya sepanjang perbualan itu. Sebentar kemudian, Dr Fawwaz keluar meninggalkan aku bersama kedua orang tuaku setelah meminta diri terlebih dahulu pada abah dan ibuku.
"Bu... abang Akid tu tak patutlah buat kak Fie macam tu, Syfa nak kak Fie juga jadi kakak ipar Syfa.."
"Assyfa, dah bawa bertenang, nanti abah dengan ibu pujuk abang Akid.. Dr Fawwaz kata Assyfa tak boleh macam ni.. Assyfa nak sembuh kan..?" abah peluk tubuhku, belakang tubuhku di elusnya lembut penuh kasih.
"Erm... jangan risau pasal abang Akid, jaga diri Syfa tu.. ikut cakap doktor.. tu ke doktor yang buat anak gadis ibu ni terkencing malam tu..?" soal ibu sambil tersenyum-senyum.
'Aduhai...macam mana ibu boleh tahu pulak ni..?'
"Bu.. janganlah buat Syfa malu..nasib dia dah takde..abang Akid mana?"
"Aik, tadi marah, sekarang tanya pulak..kamu nikan Assyfa, tak boleh nak berenggang betul dengan abang kamu tu, macam mana dia nak nikah macam ni.." kata abah sedikit membuka mataku. Betul juga tu, kalau aku asyik berkepit dengan abang Akid, macam mana abang Akid nak tinggalkan aku.
Baiklah... mulai sekarang, aku cuba mencipta jarak dengan abang Akid, bukan aku nak buang abangku ini terus, tetapi aku harus beri abang Akid peluang untuk dia fokuskan pada kehidupannya sendiri. Kesian abang Akid, mungkin selama ini aku terlalu bergantung hidupku dengannya. Padahal boleh je aku berdikari. Kenapalah baru sekarang aku menyedari semua ni.
Abang Akid, maafkan Syfa ya.. sebab Syfa abang Akid dah kehilangan kak Fie. Syfa janji abang Akid, Syfa akan satukan kembali abang Akid dengan kak Fie..! Hanya kak Fie yang layak jadi kakak ipar dalam keluarga kita! Harap aku tidak akan terlambat untuk memperbaiki hubungan abangku ini.
"Hah! mengelamun apa tu...?" sergah abang Akid yang sudah muncul di situ.
"Abang... Syfa minta maaf..." aku tarik lengan sasa abang Akid dan aku kucup kekura tangannya itu.
"Tak, sayang... abang Akid yang patut minta maaf, abang Akid tak mampu kehilangan Syfa..abang sayang sangat kat adik, abang ni tau!"
"Ye ke..? kak Fie macam mana?!" soalku cuba menduga.
"Abang serahkan segalanya pada takdir hidup abang.. kalau bff Syfa tu jodoh abang.. tak ke mana pun Syfa, kalau sebaliknya, abang awal-awal dah berdamai dengan hati ni.. walaupun kecewanya tahap gaban dik oii..." abang Akid dah menumbuk -numbuk dada kirinya dengan penuh dramatik.
Aku tertawa, abang Akid ni tak pernah nak serius, mungkin sikap gila-gila dia ni buat kak Fie jatuh hati dengannya.
"Insya Allah, abang Akid...Syfa, abah dan ibu akan sentiasa doakan jodoh abang Akid dengan kak Fie berpanjangan dan kekal sehingga ke akhirat nanti.. kan bu.. abah..."
"Ya, ibu dengan abah sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak kami. Ibu pun berkenan sangat dengan Fie tu, baik budaknya... cuma tadi tu dia kecewa sangat dengan kamu, abang..cubalah pujuk dia nanti.. jernihkan kembali hubungan tu.." pesan ibu sekaligus menasihati abang Akid.
Abang Akid hanya tersenyum hambar, sebelum dia menjawab salam yang dihulurkan oleh seorang gadis yang sudah berdiri di muka pintu bilik wad ini.
Assalamualaikum dan hai semua.. Done update bab seterusnya.. Enjoyed reading...
Share this novel