Laila kembali mengambil tempat duduk ditepi Aisya dan mengusap lembut lembut bahu kawannya itu. Dia dapat rasakan yang Aisya benar benar takut. Rasa bersalah mula menyelubungi Laila. Kesian benar dia melihat sahabatnya itu. Tiba tiba setelah lama mendiam Aisya bersuara.
"Aisya nak balik." Katanya lemah.
"Ok kita balik, tapi tunggu dulu Laila call grab ye Aisya." Laila memegang tangan Aisya dan menariknya perlahan supaya Aisya duduk semula ditepinya sementara mereka menunggu grab. Aisya hanya menurut lemah.
------------
"Mananya dorang ni bang, tak sampai sampai lagi ni. Dari tadi dah kita tunggu ni." Mama Aisya sudah tidak keruan menunggu kepulangan puterinya itu. Setelah mendengar berita yang menimpa anaknya hampir pengsan dia dibuatnya kerana terlalu terkejut.
"Cuba bawak bersabar kamu ni pun. Kejap lagi sampai la tu, tadikan dia dah kata tengah otw. Bawak bersabar, istigfar banyak banyak." Papa cuba menenangkan Mama Aisya yang sedari tadi tidak sabar menunggu Aisya. Faham benar dia dengan isterinya yang akan menjadi seperti Cacing kepanasan apabila menerima berita buruk berkaitan puterinya itu.
Tidak lama kemudian sebuah kereta berhenti dihadapan rumah Aisya.
"Haa tu sampai dah Aisya." Kata Papa apabila mendengar bunyi pintu kereta ditutup dari luar.
"Allahuakbar anak Mama, Aisya ok ke nak?" Soal Mama Aisya kepadanya sambil merangkul Aisya dalam pelukan dan mula menangis. Aisya juga turut menangis apabila berada dalam pelukan Mama.
"Err pakcik makcik, saya nak minta maaf dengan apa yang jadi harini. Semua ni memang salah saya. Laila dengan Aril langsung tak salah. Kalau pakcik makcik nak marah, marah la saya. Saya yang cuai. Sepatutnya saya jaga keselamatan Aisya tapi saya gagal. Saya mintak maaf sangat sangat pakcik makcik. Saya faham kalau pakcik makcik taknak maafkan saya.... Saya." Belum sempat Izz menghabiskan ayatnya Papa Aisya segera bersuara.
"Takkan pakcik nak marahkan kamu sedangkan kamu yang selamatkan anak pakcik. Kalau takde kamu pakcik tak tau la apa akan jadi dekat Aisya. Pakcik sendiri tak boleh bayangkan apa akan jadi kalau kamu takde. Pakcik nak ucapkan terima kasih sangat dekat kamu. Lagipun Aisya dah ceritakan semua dekat pakcik masa kamu semua dalam perjalanan pulang. Kamu jangan risau, pakcik tak salahkan kamu." Terang Papa Aisya
"Betul tu nak, makcik pun tak salahkan kamu. Kamu dah korbankan nyawa kamu untuk anak makcik. Kamu hampir dipukul kepala dengan botol arak. Makcik yang rasa bersalah dengan kamu." Tambah Mama Aisya pula.
Izz keliru dengan apa yang jadi. Macam mana Mama Papa Aisya boleh tau and kenapa diorang tak marah. Maruah anak mereka hampir diragut disebabkan dia. Laila dan Aril juga terkejut dengan tindakan berani Izz semasa menyelamatkan Aisya dan tidak takut untuk mengaku salah dan berterus terang dengan Mama Papa. Laila secara tiba tiba diselubung rasa bersalah apabila teringat bagaimana dia memarahi Izz sebentar tadi.
"Marila masuk kedalam dulu." Pelawa Papa kepada mereka bertiga setelah Mama dan Aisya masuk ke dalam rumah.
"Eh takpela pakcik, kami taknak ganggu pakcik makcik. Mesti penat, pakcik, makcik dengan Aisya berehat la dulu." Terang Aril. Laila dan Izz mengangguk tanda setuju dengan Aril. Baru sahaja mereka ingin beredar tiba tiba Izz jatuh rebah dan tidak sedarkan diri.
"Izz!!" Jerit Laila
"Allahuakbar Izz." Tidak sempat Aril menyambut tubuh Izz. Aisya dan Mama segera keluar apabila mendengar Laila menjerit menyebut nama Izz. Alangkah terkejutnya Aisya apabila melihat Izz baring tak bermaya.
"Izz bangun Izz, Izz Izz." Aril menampar perlahan muka Izz kerana tidak ingin dia pengsan sepenuhnya.
"Allahuakbar darah." Kata Aril dan membawa keluar tangannya yang memangku kepala Izz. Mungkin kerana kepalanya terhempas kuat di dinding sebentar tadi menyebabkan luka dibahagian belakang kepala Izz. Mereka tidak perasan kepala Izz luka mungkin kerana baju yang dikena Izz t-shirt serba hitam dan berkolar maka tidak nampak darah yang keluar. Serta semua dalam keadaan panik dan hanya memikirkan keadaan Aisya.
"Cepat kita angkat dia dalam kereta lepastu bawak gi hospital." Kata Papa kepada Aril. Mereka berdua mengangkat Izz dan membaringkan Izz ditempat duduk belakang.
"Aisya dengan Laila duduk dekat rumah dulu dengan Mama. Papa dengan Aril pergi bawak Izz ke hospital. Nanti kalau ada apa apa Papa call." Arah Papa. Mereka hanya menurut apa yang dipesan Papa. Didalam hati Aisya tidak berhenti berdoa semoga tiada apa apa yang serius menimpa Izz.
"Laila dengan Aisya pergi la berehat dalam bilik dulu lepastu solat asar." Aisya dan Laila menurut sahaja apa yang dikata oleh Mama.
Sampai sahaja di bilik Aisya segera menanggalkan tudung dan pergi ke bilik air untuk mandi manakala Laila berbaring diatas katil sementara menunggu Aisya. Sungguh dia rasa bersalah dengan Izz.
"Laila pergila mandi kalau nak mandi. Kau pakai la baju aku dulu nanti." Kata Aisya kepada Laila setelah keluar dari bilik air. Laila bangun kemudia ke bilik air untuk mandi. Sememangnya ini apa yang diperlukan Laila supaya dia rasa tenang sedikit.
"Lamanya kau mandi." Soal Aisya sebaik sahaja Laila keluar dari bilik air.
"Tu aku dah siapkan sejadah dengan telekung untuk kau solat." Tambahnya lagi.
Usai solat Laila duduk ditepi katil sambil melihat Aisya.
"Aisya kau betul betul dah ok ke ni." Soalnya
"Alhamdulillah lepas mandi tadi lega sikit aku rasa. Aku kena lawan rasa ni kalau tak nanti sampai bila bila aku akan takut. Aku taknak sebab benda ni jadi aku terus lemah. Instead jadikan ni sebagai masalah baik aku cuba untuk lawan. Kan?" Jelas Aisya
"Bagus la macam tu. Kau kena lawan rasa tu, and jadikan ni sebagai pengajaran yang bahaya ada dimana mana." Sambung Laila.
Manakala setibanya Pakcik Badrol dan Aril ke hospital mereka terus membawa Izz ke Unit Kecemasan dan beberapa orang nurse serta seorang doctor berlari mendapatkan Izz yang diletakkan dikatil. Salah seorang nurse meminta kad pengenala Izz untuk diisikan didalam sistem. Mujurlah Aril membawa sekali beg galas Izz.
Mereka memeriksa kepala Izz dan mendapati luka dikepala Izz tidak terlalu dalam tetapi koyakan dikepalanya agak besar.
"Macam mana dia boleh luka ni ye?" Soal Doctor
"Saya tak sure sangat macam mana dia boleh luka tapi dia dapat luka masa nak selamatkan anak saya dari dua orang lelaki. Anak saya cerita yang bertumbuk dengan dua orang lelaki tu. Apa yang anak saya cakap di tangan salah seorang lelaki tu memegang botol arak kosong." Jelas Pakcik Badrol. Sememangnya Aisya tidak menenrangkan dengan details apa yang terjadi semasa Izz menyelamatkannya tadi kepada Pakcik Badrol.
"Ok ok. Luka dikepalanya tidak begitu dalam cuma agak besar. Kami akan bawa dia kebilik scan untuk lihat jika ada berlakunya keretakan atau lain lain. Pakcik boleh duduk dikerusi hijau sementara menunggu" Jelas doctor. Pakcik Badrol dan Aril hanya mengangguk tanda faham.
Mereka segera membawa Izz ke bilik scan dan melakukan pemeriksaan yang lebih. Tidak lama kemudian pakcik Badrol melihat doctor yang merawat Izz berjalan ke arahnya. Dia segera bangun dan menunggu doktor.
"Kami dapati tiada kecederaan yang serius dikepala mangsa selain dari lukanya yang besar. Kami telah menjahit bahagian luka kepalanya dan menempatkan dia wad Kenangan 5 untuk pemantuan yang lebih kerana mangsa belum sedarkan diri.
"Syukur alhamdulillah, terima kasih doktor. Jadinya boleh la kalau pakcik pergi melihat dia." Soal Pakcik Badrol
"Ye boleh pakcik. Sebelum terlupa ni kad pengenalan dia." Doktor menyerahkan kad pengenalan Izz kepada Aril.
Dalam perjalanan menuju ke wad yang menempatkan Izz, pakcik Badrol tiba tiba berhenti lalu menepuk dahinya.
"Allahuakbar, astagfirullahalazimm haihhh la macam mana boleh lupa. Eh Aril ada tak nombor keluarga Izz? Kalau ada tolong telefon diorang dan kasi tau yang Izz ada dekat hospital." Katanya kepada Aril
"Eh ha'ah la pakcik, saya pun boleh terlupa nak call family Izz, jap eh pakcik saya call. Pakcik pergila masuk kedalam dulu." Ujarnya
Tutt tutt tutt tutt tutt...
"Hello Aril kenapa?" Soal akak Izz
"Err kak, saya nak maklumkan yang Izz ada dekat hospital ni." Aril
"Allahuakbar kenapa dengan Izz, Aril?" Alangkah terkejutnya akak Izz apabila menerima berita tentang adiknya. Rasanya seperti baru sahaja dia menurun Izz didepan Mall.
"Dia kena pukul kak masa nak selamatkan kawan kami." Aril
"Habistu dia macam mana sekarang?" Soal akak
"Alhamdulillah dia stabil, doktor cakap takde kecederaan serius cuma belakang kepala dia luka and kena jahit tadi. Dia kena tahan wad sebab still tak sedar lagi." Terang Aril.
"Kamu sent dekat akak location nanti akak pergi sana. Sent sekarang ye and wad mana Izz duduk." Akak
"Ok kak." Aril.
Aril segera menghantar lokasi hospital kepada akak dan setelah selesai dia menelefon pula Laila untuk memaklumkan keadaan Izz kepada mereka.
Tutt tutt tutt....
"Hello Aril, Izz macam mana? Dia sedar dah ke? Teruk ke luka dia?" Bertalu talu soalan yang ditanya Laila sebaik sahaja menjawap panggilan Aril.
"Ishh awak ni, cuba bawak bersabar. Memang cita cita nak jadi penyanyi rap ke apa. Haihh." Omel Aril
"Awak ni saya serius la. Jawap la cepat!!" Laila sudah tidak sabar ingin mengetahui berita tentang Izz.
"Dia ok cuma still pengsan."
"Haa still tak sedarkan diri ? Teruk ke luka dekat kepala dia?" Belum sempat Aril menghabiskan ayatnya bertalu talu lagi soalan diaju oleh Laila.
"Nur Laila Insyirah binti Mohammad Ghazali cuba istigfar banyak banyak lepas tarik nafas dalam dalam. Bagi la saya habis cakap dulu..!" Aril
"Astagfirullahalazimm, ok ok awak cakap kami dengar. Saya buat loud speaker ni, Aisya ada dekat tepi saya." Laila
"Haa ok ok. Macam ni, Izz ok je cuma still tak sedarkan diri. Doktor cakap luka dia tak dalam cuma besar and takde kesan sampingan lain. Doktor dah scan apa semua tadi and dah jahit pun luka dekat kepala dia. In Sha Allah kalau takde apa apa esok dia sedar la." Terang Aril.
"Alhamdulillah lega saya dengar." Begitu lega hati Laila dan Aisya setelah menerima berita mengenai Izz. Hati yang sedari tadi berdebar kerana risau kini menjadi lega.
"Saya nak pergi tengok Izz, nanti kalau ada apa apa saya call balik." Balas Aril dan kemudian menamatkan panggilan telefon. Laju sahaja langkahnya menuju ke katil Izz untuk melihat sahabatnya itu. Apabila sampai di katil kelibat pakcik Badrol tidak kelihatan. Melilau mata Aril mencari pakcik Badrol tetapi tidak kelihatan.
Aril kembali menatap wajah sahabatnya itu, tiba tiba hatinya menjadi sayu melihat wajah pucat Izz.
"First time Izz aku tengok kau macam ni!" Tanpa sedar air matanya jatuh membasahi pipi. Setelah mendengar suara pakcik Badrol dari kejauhan laju sahaja Aril mengesat air matanya. Pakcik Badrol menepuk bahu Aril sambil senyum.
"Takpe Aril kalau kita ni menangis, tak jatuh pun maruah kita sebagai lelaki. Dalam tabahnya seorang lelaki mesti ada rasa sedih dan sayu bila ada sahabat atau ahli keluarga rapat dalam keadaan macam ni." Ujar pakcik Badrol. Rupanya pakcik Badrol melihat tindakan Aril dari jauh. Bangga rasa kerana melihat persahabatan yang dibina ikhlas dari hati dan dia juga bersyukur kerana Allah menemukan anaknya dengan sahabat seperti mereka.
Sejam telah berlalu selepas Aril menghubungi keluarga Izz. Tidak lama selepas itu kelibat Mama serta dua orang kakak Izz kelihatan di pintu masuk. Aril segera mendapatkan mereka dan membawa mereka ke katil Izz. Setelah sampai di katil Izz pakcik Badrol memberi ruang untuk Mama Izz duduk disamping Izz. Mama menggenggam erat tangan anak bongsunya. Raut wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia benar benar risau akan keadaan anaknya.
Usai sahaja selesai menerangkan keadaan Izz kepada Mama serta akak²nya pakcik Badrol dan Aril pamit ingin pulang kerumah. Mama Izz tidak henti henti mengucapkan terima kasih kepada pakcik Badrol kerana telah membawa dan meneman Izz di hospital. Mama Izz tidak menganggap bahawa apa yang jadi pada Izz berpunca dari Aisya kerana Aisya juga merupakan mangsa yang ingin diselamatkan oleh Izz.
--------------------
Keesokkan paginya Izz masih belum sedar dari pengsan. Matanya masih tertutup rapat, mukanya yang pucat sudah menunjukkan warna. Mama dan akak masih setia disisi Izz berharap agar dia segera sedar. Tidak lama kemudian Aril, Laila dan Aisya berjalan menuju ke katil Izz.
"Assalamualaikum kak" sapa Aril
"Waalaikumussalam Aril" balas akak dengan senyuman
"Macam mana keadaan Izz kak ? Doktor ada kata apa apa ke?" Soal Aril sementara Aisya dan Laila pergi bersalaman dengan akak.
"Pagi tadi lepas doktor periksa keadaan Izz dia kata semuanya ok. Mungkin petang ni kalau takde apa apa Izz akan sedar." Terang akak
"Alhamdulillah" serentak mereka bertiga menjawap.
"Mana satu Aisya?" Soal akak sambil melihat Aisya dan Laila
"Saya Aisya kak."
"Saya nak mintak maaf dekat akak sekeluarga. Kalau bukan sebab saya semua ni takkan jadi." Sambung Aisya semula.
"Ehh takk, akak bukan nak marah awak. Kami ok je dengan apa yang jadi. Awak pun mangsa dalam hal ni. Awak sendiri pun tak tau keadaan akan jadi macam ni. Mama dengan akak faham. Don't worry" terang akak. Memang sedari awal lagi mereka tidak menyalahkan Aisya
Mama Izz tiba di katil Izz tidak lama kemudian.
"Ramainya ni." Sapa Mama Izz ramah.
"Kami datang nak tengok keadaan Izz makcik. Rasa bersalah kami dengan apa yang jadi." Balas Aril
"Takpe, makcik tak salahkan kamu. Benda dah nak jadikan. Kita tak boleh nak ramal." Balas Mama sambil senyum.
"Maa, ni la Aisya." Kata akak sambil menunjuk kearah Aisya.
"Oo ni la Aisya, cantik budaknya." Balas Mama sambil senyum melihat Aisya. Aisya dan Laila segera bersalaman dengan Mama.
"Makcik kalau nak berehat boleh la Aisya bawak pergi rumah Aisya. Dekat je dengan hospital ni." Cadang Aisya
"Ehh takpe, Mama dengan Akak dah berehat tadi masa solat." Laju sahaja akak menjawap
"Takpela, akak pergi la baring baring dulu. Dekat hujung ni ada bilik istirehat untuk keluarga. Ada katil apa semua, mama dengan Akak boleh la berehat sambil baring. Orang tua tua cakap luruskan pinggang." Balas Laila
"Ada bilik menunggu ke dekat hospital ni?" Soal akak
"Ada kak, jom la Laila tunjukkan." Ujar Laila sambil melihat mama dan akak silih berganti.
"Betul tu. Makcik dengan Akak pergi la berehat dulu. Biar kami yang tengokkan Izz petang ni. Kesian makcik dengan Akak dari malam tadi jaga Izz." Aisya pula bersuara.
"Betul ke ni?" Soal akak
"Betul akak. Biar kami yang jagakan Izz." Balas Aril yakin.
Mama dan Akak membuntuti Laila ke bilik istirehat. Sememangnya mereka perlukan rehat kerana semalaman tidak berehat.
"Kau pernah jumpa ke mama dengan akak Izz?" Soal Aril kepada Aisya setelah Mama dan akak hilang dari pandangan.
"Mana ada la, jumpa pun tak pernah. Izz pun aku baru kenal masa dekat perpustakaan haritu." Balas Aisya
"Dahtu beria sangat puji cakap kau cantik apa semua." Soal Aril lagi.
"Entah la, mana aku tau. Aku pun pelik tadi." Balas Aisya.
Tidak lama kemudian Laila kembali mendapatkan Aril dan Aisya.
"Ehh Aisya, Mama dengan Akak Izz tadi kemain ye ye je puji kau apa semua. Asal?" Soal Laila kepada Aisya.
"Haa elok la kau pakwe makwe, dedua tanya aku soalan sama. Mana la aku tau, aku pun first time jumpa Mama dengan Akak dia." Terang Aisya untuk kali yang kedua.
"Tapi tadi tengok cara diorang tu macam dah mesra je dengan kau." Sambung Laila lagi sambil mengambil tempat duduk disebelah Aisya. Aisya hanya mengangkat bahu sedikit sambil melihat Laila. Dia sendiri pun tidak tahu nak cakap apa.
Jam menunjukkan pukul 4.45pm tetapi Izz masih tidak sedarkan diri. Hanya tinggal Aisya bersama Izz kerana Laila dan Aril kedua pergi ke surau untuk menunaikan solat Asar. Kakak Izz ada menjenguk Izz sebentar kerana mereka bertiga menyuruhnya untuk berehat kembali. Biarlah mereka menjaga Izz sehingga petang kerana ini sahaja masa yang ada.
"Ahhh." Secara tiba tiba Laila melihat Izz yang telah sedarkan diri dan memegang kepalanya dengan muka yang berkerut.
"Izz, ok tak ni? Jap Aisya panggil nurse." Laju sahaja Aisya berjalan menuju ke kaunter dan memaklumkan kepada nurse Izz sudah sedarkan diri. Nurse segera memeriksa Izz, alhamdulillah Izz dalam keadaan yang baik. Setelah nurses beredar Aisya mengambil semula tempat duduk disebelah Izz.
"Izz ok tak ni?" Soal Aisya
"Aisya datang dengan sape? Aisya ok tak?" Soalan Aisya dibalas dengan soalan oleh Izz.
"Aisya yang tanya Izz ok ke tak dia tanya kita semula ok ke tak. Aisya ok jela kalau takkan ada dekat tepi Izz sekarang ni." Omel Aisya. Izz tersenyum lalu menjawap
"Izz ok je, rasa macam dah boleh berlari satu hospital ni."
"Mana Izz Aisya? Doktor bawak dia gi mana? Ada apa apa jadi ke?" Soal Laila sebaik dia tiba dia katil Izz.
"Takla, dia gi bilik air jap. Cuci muka apa semua. Mana Aril?" Aisya
"Izz dah sedar? Alhamdulillah syukur ya Allah." Balas Laila sambil tersenyum lega.
"Aril dekat kantin beli makanan."
Sambungnya kembali sambil menghulurkan roti yang dibeli kepada Aisya.
"Aik mana Izz Aisya? Ada apa apa jadi ke?" Soal Aril pula setibanya dikatil Izz
"Takla, Izz gi toilet cuci muka apa semua tapi lama dah dia pergi tak balik balik lagi ni." Ujar Aisya
"Ha ah lama dah dia gi toilet tadi. Cuba awak gi tengok. Kalau boleh tadi lagi saya gi tengok dia. Takut terkejut pulak orang dekat sini kang" balas Laila.
Baru sahaja Aril ingin melangkah pergi ke bilik air kelihatan Izz keluar dari bilik air dengan wajah yang pucat sambil memegang kepalanya. Aril segera mendapatkan Izz dan memimpin Izz ke katil. Sesampai sahaja dikatil, Izz segera berbaring diatas katil dan memejamkan mata.
Laila segera pergi mendapatkan nurse apabila melihat keadaan Izz yang lemah. Sementara Aisya pula pergi berjumpa akak dan mama Izz dan memberitahu mereka apa yang terjadi. Semasa Mama, akak dan Aisya sampai dikatil Izz dan Aril sudah tiada disana.
"Mana Izz Laila?" Soal Aisya
"Diorang bawak Izz ke bilik pemeriksaan sebab Izz kata kepala dia sakit sangat lepastu muka dia pucat gila." Terang Laila
"Allahuakbar anak Mama." Kaki Mama sudah lemah apabila mendengar apa yang terjadi. Mujur Aisya dan Akak sempat memegang lengan Mama dan membawanya ke kerusi.
"Sabar ma.. In Sha Allah takde apa apa yang buruk jadi dekat Izz." Akak cuba untuk menenangkan Mama. Air mata mula membasahi pipi Mama. Aisya segera mengelap air mata Mama mengguna jarinya.
"Maa Aisya mintak maaf maa. Ni semua salah Aisya." Katanya dengan nada yang sayu. Air mata mula bergenang didalam kelopak mata Aisya.
"Tak Aisya, jangan cakap macam tu. Mama dengan Akak tak pernah salahkan Aisya. Ni semua dah ketentuan Allah, kita kena reda dengan apa yang dah jadi. Sekarang ni kita kena kuat untuk Izz." Kata akak cuba memujuk Mama dan Aisya. Laila segera mendapatkan sahabatnyanya itu dan membelai lembut bahu Aisya.
Tidak lama kemudian Izz dan Aril kembali semula ke katil. Aril memegang lengan Izz dan menolong bangun dari kerusi roda kemudian memimpin ke katil. Mama segera mendapatkan Izz dan memeluk lembut anak lelakinya itu. Laju sahaja air mata Mama mengalir apabila dapat memeluk Izz.
Izz meleraikan pelukan Mama dan kemudian memegang pipi Mama sambil memyeka air mata yang mengalir dan kemudian melemparkan senyuman ke arah Mama.
"Maa.. Izz ok jela. Tadi pergi check sekejap je sebab Izz tiba tiba sakit kepala. Doctor cakap takde apa apa yang serius. Sakit kepala tu normal je bila kita injured dekat kepala. Izz ok dah sekarang. In Sha Allah kalau takde apa apa Izz dah boleh keluar esok pagi." Terangnya sambil melihat wajah Mama dengan senyuman.
Akak segera bergerak ke tapi mama dah memeluk mama sambil menggosok lembut belakang badan Mama berharap agar Mamanya kembali tenang. Ini ada pertama kali kejadian seperti ini menimpa keluarganya, sudah tentu Mama masih terkejut dengan apa yang terjadi.
Jam menunjukkan sudah pukul 6pm. Laila, Aril dan Aisya pamit untuk pulang kerana hari sudah petang dan esok hendak kesolah pula. Sesampai sahaja dirumah Muna sudah berada dirumah menunggu kepulangan Aisya.
I won't always be there but my love does ❤️
Share this novel