Kantin Sekolah

Romance Series 2490

1 minggu telah berlalu semenjak kejadian yang menimpa Izz dan Aisya. Pada hari Jumaat Izz sudah boleh hadir kesekolah seperti biasa. Aril dan Aus begitu gembira apabila melihat kelibat Izz disekolah. Meskipun Aril dan Aus sering melawat Izz dirumah tetapi perasaan gembira itu terasa lain apabila melihat sahabat mereka sihat seperti biasa.

"Alhamdulillah, welcome back to school boii." Ujar Aus sebaik sahaja Izz menghampiri mereka lalu memeluk Izz dan menepuk nepuk belakang Izz.

"I'm so happy gotta see you back brotha." Balas Izz pula sambil tersengih.

"Bosan gila aku bila kau takde. Ibarat kerang tanpa isinya." Kata Aus sambil membuat muka sedih

"Atototototo, keshiann dia yee. Habistu memboi sorang lagi apo guno?" Tambah Izz lagi.

"Ini mamat tara buleh pakai la. Dapat jumpa makwe dia tu memang idok le nak kesoh ke teman ni. Aku dok terkebil kebil dia syok la sembang dengan Laila. Aku ni nak sembang dengan sape?" Balas Aus

"Muna dengan Aisya kan ada. Alang alang tu boleh try ngorat Muna." Seloroh Izz

"Ahh aku taknak Muna." Balas Aus

"Habistu kau nak Aisya?" Sampuk Aril.

"Kau gila aku nak try Aisya, ada kena rempat dengan secret admire dia nanti." Balas Aus sambil tergelak melihat Izz.

"Haa dah jom masuk kelas, loceng dah bunyi. Kang bising Cikgu Radiah lambat masuk kelas dia." Ujar Aril pula.

"Kamuu nii, asal kelas saya je lambat masuk ke kelas. Saya yang dah berumur ni pun lagi laju dari kamu semua!" Balas Aus sambil mengajuk ayat yang selalu dilontarkan Cikgu Radiah apabila ada anak muridnya yang lambat masuk ke kelas.

Sampai sahaja mereka dikelas Cikgu Radiah sudah pun berada didalam kelas sedang menyusun bahan pembelajaran mereka hari ini untuk subjek sejarah. Apabila semua murid sudah masuk kelas barulah ketua kelas akan memberikan arahan

"Bangun semuaa." Ketua kelas

"Selamat pagi Cikgu Radiah." Sambung ketua kelas dan diikuti oleh murid yang lainnya.

"Selamat pagi semua." Balas Cikgu Radiah sambil melihat semua anak muridnya

"Mana Eishandran dan Partiban?" Soalnya apabila mendapati dua orang anak muridnya masih belum memasuki kelas

"Monika mana pakwe kamu pergi?" Soalnya kepada Monika kawan baik kepada Partiban.

"Ayoo cikgu mana ada pakwe. Kawan baik la cikgu." Balas Monika

"Haa mana dia?" Sambung Cikgu Radiah

"Saya tak tau. Tadi dia sudah naik dulu sebelum saya." Balasnya

Baru sahaja Cikgu Radiah hendak membuka mulut kelibat Partiban dan Eishandran kelihatan. Mereka berdua mengetuk pintu kelas dan berjalan menuju ke meja mereka.

"Kamu berdua dari mana?" Soal Cikgu Radiah kepada dua pelajarnya.

"Kami tadi sudah naik atas, tapi tadi terjumpa Sir Kuta dia mintak tolong cakap dekat pelajar dia yang dia tunggu dekat library." Terang mereka berdua. Cikgu Radiah hanya mengangguk kepalanya dan matanya tertumpu kepada Izz pula.

"Izz kamu macam mana? Sihat?" Soal Cikgu kepada Izz

"Alhamdulillah cikgu." Balas Izz

"Lain kali kena lebih hati hati ye, saya tau la Aisya tu cantik. Kalau nak jadi hero pun kena well prepared ye Izz." Sambung Cikgu Radiah sambil tersenyum. Izz hanya tersenyum sahaja sambil melihat Cikgu Radiah.

"Ok baiklah, harini saya nak bagi awak semua kuiz untuk untuk bab yang kita dah belajar untuk minggu ni. Untuk Izz pula saya dah ada kirim semua nota dan apa yang kelas belajar untuk minggu ni jadi rasanya awak takde masalah untuk ambik kuiz ni Kan?" Soal Cikgu Radiah kepada Izz. Sekali lagi Izz hanya mengangguk tanda setuju.

"Tolong clearkan meja. Saya taknak ada sebarang buku, helaian kertas waima cebisan kertas sekalipun dan tolong jarakkan sedikit meja awak semua ya." Kata Cikgu Radiah sambil melihat anak muridnya. Apabila semua sudah selesai barulah dia mengedarkan helain kertas untuk kuiz.

"Saya bagi masa 45minit untuk awak semua jawap soalan yang diberikan. Walaupun awak tak sure dengan jawapan awak make sure awak tulis je jawapan dekat ruang kosong. Kalau bagus nasib awak mungkin akan dapat markah. Jangan tinggal kosong bahagian jawapan kalau taknak jadi pelajar yang mensia siakan markah. Faham semua!!" Terang Cikgu Radiah.

"Faham Cikgu." Balas semua murid.

"You may start now." Sambung Cikgu Radiah.

"Kalau ada apa apa yang tak faham boleh angkat tangan then saya akan pergi ke meja untuk terangkan. Tak perlu bercakap, tak perlu tengok kiri kanan, tak perlu tengok jiran sebelah!" Sambungnya lagi.

45minit kemudian

"Ok baiklah masa dah tamat. Yang belakang tolong bangun dan kutipkan kertas kawan kamu dan letak dimeja saya mengikut baris meja masing masing." Arah Cikgu Radiah. Pelajar yang dibelakang segera bangun dan mengutip kertas pelajar dibarisnya.

"Saya suruh yang dibelakang je kutip kertas tapi kenapa mulut yang lain jadi tapak kasut ni?!" Tegur Cikgu Radiah apabila mendapati kelasnya secara tiba tiba menjadi riuh rendah.

Setelah semua kertas kuiz berada dimejanya Cikgu Radiah bangun sambil mengagihkan kertas soalan secara random pada setiap baris.

"Ok baiklah, kita akan semak jawapan sama sama and make sure kertas yang kamu dapat bukanlah kertas kamu sendiri. Tolong check sekali lagi."

"Semua tak dapat kertas sendiri Kan?" Soal Cikgu Radiah meminta kepastian.

"Tujuan saya buat kuiz dan bincangkan jawapan supaya kita sama sama tahu apa kesalahan kamu dah buat serta jalan penyelesaiannya. Kalau saya bagi kamu kuiz lepastu saya tanda sendiri kertas soalan tu yang jadi makin cerdiknya saya sebab saya yang akan cari jawapan betul bagi soalan tu and apa yang awak semua akan dapat?" Soal Cikgu Radiah kepada muridnya

"Dapat tahu markah je." Jawap salah seorang dari pelajarnya.

"Ye betul tu. Hanya akan tahu markah je lepastu bila dah dapat kertas tu semula awak akan tengok markah awak then compare dengan yang lain lepastu letak kertas tu dalam beg sekolah then biar. Tu pun kalau letak dalam beg sekolah la. Ada setengah tu letak kertas bawah meja then tinggal. Nanti hujung tahun kutip buang dalam tong sampah! Am I right?" Soalnya lagi. Pelajar yang lain hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum.

"You know us better la cikgu." Jawap salah seorang muridnya

"Ya of course I know you better. I'm used to be a student too. Semua tu saya dah alami and buat dulu sebelum awak semua." Jawapannya sambil tergelak kecil diiringi ketawa anak murid.

----------------

"Kau nak makan ke harini Izz?" Soal Aril kepada Izz apabila mereka menuruni anak tangga untuk ke kantin.

"Rasanya macam nak makan. Rindu nasi ayam makcik Juha." Balasnya sambil tersengih.

Setelah selesai membeli makanan mereka mencari meja makan yang kosong. Mujur masih belum ramai pelajar yang keluar rehat jadinya masih banyak pilihan tempat duduk yang ada. Sebaik sahaja menyuap nasi ke mulut seorang pelajar perempuan mengambil tempat duduk disebelah Izz.

"Abang dah sihat ke?" Soal Alana pelajar tingkatan 3 sekolah itu.

"Hmm" balas Izz

"Kalau bukan sebab perempuan tu mesti abang takkan kena semua benda tu." Tambah Alana lagi. Tetapi kali ini Izz hanya diam dan menyuapkan kembali nasi ke mulutnya.

Aril dan Izz hanya melihat gelagat Alana yang gedik dan terlebih manja itu. Boleh dikatakan satu sekolah tahu bahawa Alana menyukai Izz.

Aril melihat Laila, Muna dan Aisya berjalan menuju ke kantin dan Aril sempat melemparkan senyuman manis kepada Laila. Laila membalas dan beratur untuk membeli makanan. Setelah selesai mereka bertiga berjalan menuju ke meja bersebelahan Aril.

"Awalnya rehat." Soal Laila sambil mengambil tempat duduk.

"Tadi buat kuiz je dengan dengar Cikgu Radiah membebel." Jawap Aril

"Bebel pasal apa?" Laila

"Kena lagi serius sebab nak SPM tahun ni, banyak ulangkaji la apa la. Lepastu dia kasi kerja sekolah berlambak." Aril

Tetapi sedari tadi Alana perasan yang mata Izz hanya tertumpu kepada Aisya. Perkara itu membuatkan dia berasa marah kerana Izz tidak menghiraukan dia dari awal dia berada disitu.

"Kojek cakap yang Izz, kojek, Damia dengan Aisya satu kumpulan untuk projek seni." Izz sengaja mencari jalan untuk berbual dengan Aisya

"Hmm. Masa bahagi kumpulan haritu Aisya pun takde dekat sekolah. Sebab tu Cikgu letakkan kita satu kumpulan." balas Aisya

"Kenapa takde? Aisya tak sihat ke?" Izz

"Ehh takla. Aisya jadi wakil sekolah untuk catur." balasnya

"Ooo, ingat tak sihat. Kita nak buat projek apa untuk seni?" soal Izz kembali

"Aisya pun tak sure. Kena discuss dengan diorang dulu la." sambung Aisya

"Hmm meh la Alana suapkan abang. Abang kan tak sihat." Secara tiba tiba Alana bersuara dan mengambil sudu ditangan Izz.

"Takpayah, Izz sihat je. Yang kena kepala bukannya tangan. Tangan ni sihat je, lepas lagi kalau setakat nak tumbuk orang." Balas Izz sambil merenung tajam kearah Alana. Dia masih boleh bersabar dengan Alana kerana Alana merupakan adik sepupunya. Arwah Daddy Alana berupakan adik beradik arwah Papa Izz.

Oleh kerana dia berasa terhutang budi dengan Daddy Alana kerana setelah papanya meninggal, Daddy Alana lah yang banyak menolong mereka. Sehingga sekarang akaknya mempunyai syarikat pelancongannya sendiri dan memiliki lebih dari 10 Hotel bertaraf 4 bintang diserata dunia. Daddy Alana jugalah yang menyelamatkan dia dari sebuah kemalangan sehingga meragut nyawa daddy Alana. Setiap kali Izz tidak melayannya pasti dia akan mengungkit kembali kisah Daddynya itu dan membuat Izz rasa serba salah.

Mereka berlima terkejut dengan tindakan Alana yang sungguh berani. Disitu sudah pasti terdapat ramai pelajar lain dan beberapa orang guru. Tindakannya itu boleh menyebabkan markah tatasusila dia di sekolah terjejas.

"Alana nak suapkan je, bukannya buat apa pun. Lain la kalau Alana cium abang Izz." Balas Alana sambil merenung muka Izz dengan senyuman menggoda.

Izz meletakkan sudu diatas pinggan dan meneguk air sirap yang dibeli dan kembali merenung Alana yang sedari tadi asyik tersenyum.

"Dengan orang lain kau boleh nak buat perangai murah kau ni, tapi bukan dengan aku. Fikir la apa yang Mummy akan rasa bila tau anak perempuan dia macam ni and kesian dekat arwah Daddy sebab terpaksa tanggung dosa anak tak guna dia ni." Balas Izz dengan nada yang rendah tapi berintonasi garang.

"Aku gerak gi surau jap. Nak buat solat sunat taubat." Izz berkata kepada Aus dan Aril. Alana masih lagi duduk dikerusi dan tersenyum. Sebaik sahaja kelibat Izz hilang Alana mengalihkan pandangan kepada Aril yang berada didepannya.

"Abang Aril pesan dekat makwe abang suruh dia jaga abang elok elok. Kalau tak dapat abang Izz, abang Aril pun ok jugak." Alana berkata kepada Izz sambil mengenyitkan mata dan berlalu pergi. Laila hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Jangan main api dengan api kalau taknak terbakar teruk." Laila berkata secara perlahan tapi masih didengari oleh Aisya dan Muna.

I won't always be there but my love does ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience