1 - Perpustakaan

Romance Series 2490

"Cepat la Muna kita dah lambat ni." Jerit Aisya kepada Muna yang masih didalam bilik sedang bersiap.

"Ye ye sekejap la.. Tudung aku ni taknak bagi kerjasama dekat aku harini." Balas Muna sambil keluar dari bilik dengan muka yang geram.

"Kau tengok la ni tudung aku!!" Sambung Muna sambil menunjukkan tudungnya kepada Aisya.

Aisya tersenyum melihat kawannya

"Ish kau ni, kita ni nak pergi sekolah sebab belajar bukannya mengorat..! Ke kau ada suka sape sape ke dekat sekolah tu sampai beria nau nak tudung on point bagai." Balas Aisya sambil menarik tangan Muna dan membela tudungnya.

--------------------------------

"Nasib baik korang sampai sebelum loceng berbunyi, kalau tak masuk harini dah 3 hari berturut korang lambat" kata Laila kawan sekelas Muna dan Aisya kepada mereka.

"Kawan kau ni la semenjak dua menjak ni asyik nak melawa je pergi sekolah" balas Aisya sambil memuncung bibir menunjuk ke arah Muna.

"Kau ada suka someone ke Muna?" Soal Laila kepada Muna

"Aku pun rasa mcm tu la Laila, kawan kita ni dah jatuh cinta la." Sambung Aisya.

"Aihhh takde maknanye aku nak suka sesape!! Aku mana ada suka sape sape. Saje je lah aku nak nampak cantik pulak. Asyik nampak macam kentang penyek je dekat sekolah. Ni kan dah tahun last kita dekat sekolah. Hmm nanti mesti aku rindu korang." Omel Muna

"Yelakan, tahun last dah kita dekat sekolah. Tak lama dah kita nak SPM!!" Balas Laila sayu

"Morning class!!! Perbualan mereka terhenti apabila Miss Hanis memasuki kelas

"Good morning Miss Hanis jawap satu kelas serentak sambil berdiri.

"Thank you, semua boleh duduk" balas Miss Hanis sambil senyum melihat anak muridnya

"So saya nak awak semua keluarkan buku latihan Bm saya semalam and letak atas meja kerja rumah yang saya bagi semalam"
Mereka semua meletakkan buku kerja rumah Cikgu Hanis diatas meja.

"Ok baguss...."

Tidak lama kemudian

"Itu saja kelas kita untuk harini, lepasni awak semua kena turun ke makmal sains ye. Madam Syarna dah tinggalka pesan dekat saya tadi. Madam Syarna juga nak awak semua ambil latihan yang dia dah tinggalkan dekat atas meja Guru di makmal. Madam Syarna mungkin akan lambat sedikit masuk ke kelas kerana ada meeting dengan Pengetua." Terang Miss Hanis panjang lebar

"Baik Miss" jawap mereka

------------------------

"Hello Assalamualaikum Cik Laila kau kat mana? Kitorang dah sampai dekat perpustakaan ni." Kata Muna kepada Laila setelah Laila mengangkat panggilan telefonnya

"Jap aku lambat sikit ni sebab ada kerja sikit ni. Korang masuk la dulu."

"Dia cakap dia lambat sikit sebab ada kerja and suruh kita masuk dulu. Jadinyaa marilah kita bersama sama menuju bahagia ye Aisya." Kata Muna kepada Aisya

Beberapa minit kemudian

"Hai guys saya sudah sampai." Kata Laila kepada Aisya dan Muna

Secara serentak Aisya dan Muna memandang ke arah Laila. Mata mereka tertumpu kepada tiga lelaki yang datang bersama Laila. Mereka berdua hanya mengenali salah seorang dari mereka kerana dia merupakan kekasih Laila iaitu Ashril.

"Ni kawan kawan Aril, diorang nak join kita study sekali jadinya aku bawak la diorang sekali ke sini." Terang Laila.

"Korang ok je kan?" Soal Laila semula apabila melihat rakannya hanya diam sahaja.

"Ok je." Balas Aisya pula.

Kawan kawan Ashril segera mengambil tempat duduk mereka. Muna dan Aisya memang sudah biasa dengan Aril kerana mereka berdua sering menemani Laila dan Aril berdating. Mereka lebih selesa memanggil Ashril dengan panggilan Aril kerana itu nama panggilan Ashril semasa mereka bersekolah sekali.

Walaupun bersekolah disekolah yang sama, Muna dan Aisya tidak pernah bercakap dengan dua orang kawan Aril. Aril dan kawannya duduk dikelas tengah manakala Laila, Muna dan Aisya duduk dikelas atas. Oleh sebab itu mereka tidak biasa dengan dua orang kawan Aril. Setiap kali Aril pergi berjumpa Laila dia akan datang seorang diri dan tidak pernah ditemani oleh rakannya yang lain.

Biarpun berasa agak sedikit janggal namun Muna dan Aisya tetap melemparkan senyuman kepada dua orang rakan Aril. Ini merupakan pertama mereka berjumpa dan duduk semeja walaupun berada disekolah yang sama.

"Kau dah jumpa ke buku yang kau nak tu Aisya?" Soal Laila kepada Aisya

"Buku apa yang Aisya cari?" Sampuk Aril

"Buku untuk seni." Balas Laila

"Jadinya Aisya dengan izz sama course la. Izz pun ambik seni jugak" tambah Aril

"Jadinya korang sekelas la?" soal Laila

"Tak! kitorang kelas lain lain. Aku kelas dengan cikgu Azrai, Aisya dengan Cikgu Hinatul." Jawap Izz. Laju sahaja kepala Aisya bergerak melihat Izz.

" Muhammad Khairul Idzham ?" soal Aisya. Izz melihat Aisya sambil menganggukkan kepala

" Berapa ramai budak seni sampai ada dua kelas?" soal Aus.

"Total semua 110 pelajar, 50 kelas atas and 50 lagi kelas tengah lepastu 250 kelas bawah. kelas bawah memang wajib ambik seni jadinya memang 250 la. kelas atas dengan tengahkan option. kelas aku 50 je yang ambik seni lagi 230 ada yang ambik akaun, addmath. kelas atas pun 50 orang ambik seni. Kan ?" terang Izz sambil matanya tertumpu kepada Aisya menunggu jawapan. Aisya hanya menganggukkan kepalanya tanda memberi jawapan kepada Izz.

"Uish kira ramai la yang ambik seni." balas Laila sedikit terkejut

"Sebab tu kena bahagi kelas. kelas atas dengan tengah sama jadual untuk seni, Hari Rabu dengan Khamis. Kelas bawah seni diorang Hari Isnin dengan Jumaat."
"Kitorang campur kelas atas dengan tengah. 25 kelas atas dengan 25 kelas tengah satu kelas. Selebihnya satu kelas sebab nak kasi balance." sambung Izz.

"Kau tau eh benda tu semua." sampuk Aus

"Cikgu Azrai cerita, tau la. kalau tak donno jugak." balas Izz.

"So yang ni Izz lepastu kalau tak silap kau Aus kan?" Tanya Muna pula

"Yes my name." balas Firdaus sambil menunjukkan jari berbentuk peace.

"Acane kau tau nama dia?" soal Laila

"Aku dengar budak Form 1 tahun lepas cakap nama dia Aus. Time sukan diorang duk gosip sebab dia ketua rumah Kuning." terang Muna

"So yang ni Aisya and yang comel sorang lagi ni nama apa?" Soal Aus pula

"Comel kau cakap? Biar betul!" Sampuk Laila

"Ehh kau sibuk. Aku tanya dia bukan kau" Aus

"Nama saya Intan Nurmunawarrah tapi panggil Muna je." Terang Muna

"And yang ni pulak nama penuh dia Nur Aisya Qistina Binti Badrul Hisham." Sambung Muna

"Takde yang tanya rasanya nama penuh Aisya apa." Balas Laila

"Memang la takde, aku saje je kasi tau. Kot kot Izz nak tau nama penuh Aisya. Kan sama sama budak seni" Balas Muna sambil menjeling ke arah Izz.

"Aku memang dah lama tau nama dia." balas Izz bersahaja.

"Kau tak perasan ke yang Izz pun ambik seni Aisya?" soal Laila. Aisya hanya menggelengkan kepalanya. Aisya sememangnya tidak perasan kerana murid disekolah itu bukannya sedikit. Lagipun dia tidak pernah ambil tahu hal pelajar kelas lain selain kelasnya.

Mereka semua sibuk menelaah buku masing masing tetapi Muna perasan yang Izz sedari tadi melihat ke arah Aisya. Izz tidak sedar yang tindakkan disedari oleh Muna dan Aril.

---------

"Kitorang balik dulu ye, bye semua." Kata Muna kepada kawannya sambil melambai tangan dan menuju ke kereta bersama Aisya. Mama Aisya menjemput mereka apabila ditelefon oleh Aisya.

"Okay. See you when I see you." Balas Aril sambai melambai lambai

Semasa didalam kereta Aisya hanya termenung dan menghabiskan masa melihat ke luar jendela kereta.

"Anak mama ni senyap je harini. Kalau tak macam macam cerita dia akan cerita." Soal Mama apabila melihat Aisya hanya termenung sahaja.

"Mana tak senyap Mama, anak Mama ni tadi ada kumbang usya Mama." Balas Muna bagi pihak Aisya sambil tergelak kecil

"Patutla diam je dari tadi, ada kumbang nak hinggap rupanya." Balas Mama

"Mana ada la Mama. Mama dengar la cakap si Muna ni. Dia tu yang melebih padahal takde apa pun." Kata Aisya sambil menjeling ke arah Muna

"Kalau ye takde apa apa muka jangan la nak blushing sangat." HAHAHAHAHAHA Muna ketawa kerana suka melihat kawannya begitu

"Eh kau kan panas ni, sebab tula muka aku merah." Balas Aisya mencari alasan

"Ha ah kau memang tengah panas pun sekarang. Pukul 5.40pm memang waktu matahari tengah terik, haa tu tengok matahari terpacak atas bumbung kereta." kata Muna sambil menunjuk ke arah bumbung kereta.

"Dah nak pukul 6pm pun Aisya, matahari pun duduk balik awan, apa yang panasnya." Balas Mama saja ingin menambah garam.

"Muna rasa Mama kena kuatkan sikit air-cond tu Mama takut nanti ada yang terbakar dekat dalam kereta ni." Mama dan Muna keduanya tergelak. Aisya yang malu menutup mukanya dengan beg dan memalingkan muka keluar tingkap.

Sampai sahaja dirumah Aisya segera keluar dari kereta dan menuju ke bilik. Dia takut kalau Mama dan Muna mengusiknya lagi.

I won't always be there but my love does ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience