"Hari sabtu ni Aril ajak aku teman dia pergi kedai buku dekat bandar. Korang teman aku boleh?" Kata Laila kepada dua rakannya sambil merapatkan kedua telapak tangan tanda merayu kepada mereka.
"Opss sorry aku tak dapat join sebab Abah dengan Ibu aku nak ambik aku balik kampung adik Abah aku nak khawin." Muna
Muna tinggal bersama Aisya kerana Abah dan Ibunya bekerja di Singapura. Abah Muna dan Papa Aisya merupakan kawan rapat sedari kecil lagi. Apabila Abah dan Ibu Muna dapat tawaran bekerja di Singapura mereka tidak dapat membawa Muna sekali atas beberapa faktor masalah. Oleh itu Papa Aisya mencadangkan agar Muna tinggal bersama mereka memandangkan Muna dan Aisya berkawan rapat dan Muna juga sudah terbiasa dengan mereka.
Laila menghalakan pandang ke arah Aisya dan berharap agar Aisya dapat menemaninya. Mummy Laila hanya membenarkan Laila keluar bersama Aril jika Muna dan Aisya ada bersama.
"Aisya tak berani nak kasi jawapan lagi, kena tanya Mama Papa dulu. Kalau dorang benarkan baru Aisya boleh teman Laila." Jelas Aisya
"Balik nanti Aisya tanya la Mama Papa lepastu WhatsApp Laila. Nanti senang Laila nak confirmkan dengan Aril." Laila
Aisya hanya mengangguk tanda faham.
------------------
"Assalamualaikum Laila, Mama Papa izinkan Aisya teman Laila tapi dengan syarat kena balik rumah sebelum maghrib." Pesanan ringkas dihantar ke WhatsApp Laila
"Waalaikumussalam, alhamdulillah nasib baik Mama Papa izinkan. Aku tau dah memang itula syarat yang selalu Mama Papa kasi kalau nak bawak anak dara dia keluar." Balas Laila
"Esok pukul berapa?" Soal Aisya
"Hmm lepas zohor la and balik dalam pukul 5.30pm macam tu. Tak lama pun. Pergi kedai buku cari buku then makan makan kejap lepastu balik la. Heee." Laila
"Ok noted. See you tomorrow!" Aisya
Aisya sudah menunggu didepan rumah menunggu Laila untuk menjemputnya. Tidak lama kemudian sebuah kereta velfire hitam berhenti dipagar rumah Aisya. Aisya melihat kereta itu lama kerana tidak mengenali pemilik kereta tersebut.
"Aisya jom la, berdiri tercegat dekat situ buat apa." Panggil Laila setelah membuka pintu kereta
"Laa kau rupanya. Kereta sape pulak ni." Soal Aisya sambil mengunci pintu pagar rumahnya
"Kereta akak Izz, kebetulan akak dia pun nak gi bandar jadinya dia ajak naik dengan dia je.
(Jimat duit takyah bayar grab.)" Jawap Laila sambil berbisik kepada Aisya sambil tersenyum
Selepas siap mengunci pagar Aisya memboloskan dirinya ke dalam kereta dan duduk disebelah Laila. Suasana didalam kereta begitu sunyi, hanya suara radio yang memutarkan lagu Ferhad - Menentang Perjodohan yang kedengaran.
"Izz nak terus pergi ke kedai buku ke ni?" Soal akak Izz setibanya mereka di bandar
"Nak terus pergi kedai buku ke Ashril?" Izz menyoal Ashril sambil kepala kepala berpusing ke belakang untuk melihat rakannya itu
"Haa boleh jugak." Ashril
"Pergi kedai buku terus kak." Kata Izz kepada akaknya setelah menerima jawapan.
Sampai sahaja di kedai buku mereka segera keluar dari kereta. Kelihatan sungguh ramai pengunjung di Mall. Almaklumlah hari minggu sudah pasti ramai ibu bapa yang membawa anak anak untuk berjalan jalan dan membeli belah.
"Nanti balik akak takyah jemput la. Kami balik naik grab je. Takut lambat siap je kang lama pulak akak kena tunggu." Kata Izz kepada akak
"Ada duit tak nak naik grab tu nanti?" Akak
"Ada sayangg adaa." Jawap Izz berseloroh sambil senyum kambing
"Akak gerak dulu ok. Nanti kalau ada apa apa call akak terus tau. Jaga diri tu hati hati jangan mudah percaya dekat orang. Yang paling penting jaga anak dara orang elok elok." Sempat lagi Akak meninggalkan pesan buat adik kesayangannya itu. Bukan apa dia cuma risau akan keselamatan adik dan rakan²nya kerana banyak benar kejadian yang tak diingini terjadi semasa di pusat beli belah.
Izz memasukkan sedikit kepalanya ke dalam tingkap kereta lalu menjawap "akak jangan risau bukan setakat diri je Izz jaga dengan hati hati dia sekali Izz jaga nanti" sambil tersengih. Akak hanya menggelengkan kepala dan tergelak kecil apabila mendengar jawapan adiknya itu. Akak segera meninggalkan perkarang pusat beli belah kerana risau akan terlambat untuk berjumpa seseorang.
"Kau cakap apa dengan akak tadi kemain berbisik taknak sangat kami dengar. Akak kau marah ke?" Soal Aril ketika Izz menyertai mereka.
"Mana ada marah, dia tinggalkan pesan je suruh kita hati hati. Dia risau je kalau jadi apa apa nanti." Terang Izz
"Apa nak takut kau kan ada. Setakat lawan lawan ni apa la sangat." Seloroh Aril sambil gelak.
"Ahh kau benda lama jangan bawak depan. Dulu tu biar dulu punya cerita." Omel Izz
"Haa dah dah, jom masuk dalam sekarang! Lambat pulak siap nanti, Mama Papa Aisya mintak dia balik sebelum maghrib ye." Sampuk Laila sambil melihat Aril dan Izz.
"Ai ai mam." Balas Aril sambil
Mereka bergerak masuk ke dalam Mall. Mata mereka melilau melihat kedai kedai serta gelagat manusia yang berada disitu. Mereka terpaksa menggunakan tangga untuk naik ke tinggkat tiga kerana escalator didalam Mall tidak berfungsi.
"Penat la naik tangga ni, mengah dah rasa." Omel Laila.
"Apa mengahnya, baru naik satu tingkat. Propa gila kau." Sampuk Izz
"Eh kau sibuk, aku bukan cakap dengan kau. Aku cakap dengan Aisya kau pulak yang sibuk." Balas Laila sambil menjeling ke arah Izz
Aril hanya menggelengkan kepala sahaja tanpa bersuara. Kenal benar dia dengan perangai sahabat serta kekasihnya itu. Memang pantang berjumpa ada saja perkara yang akan digaduhkan mereka.
"Diorang memang macam ni Aisya, asal jumpa je gaduh asal jumpa je gaduh. Entah bila nak berbaik." Aril
"Dia ni suka sangat cari gaduh dengan orang, dengki sangat kalau tengok orang bahagia. Dengki la tu sebab orang bahagia dia tak." Laila
"Ahh kau! Bahagia aku, aku je tau. Bukan macam kau sibuk nak tunjuk." Izz
"Memang la aku tunjuk sebab aku nak ajar orang macam kau ni kenal erti bahagia yang sebenar. Bukannya sendu setiap masa." Laila
"Dah la awak ni, kesian Aisya tu kena dengar korang gaduh. Dah la penat naik tangga lagi. Kau pun satu Izz suka sangat cari gaduh. Malu la sikit dengan Aisya." Omel Aril
"Makwe kau la propa lebih." Izz
"Diam la kau." Laila
Dalam tak sedar mereka telah sampai di tingkat tiga Mall tersebut. Di atas kelihatan lebih sedikit orang berbanding tingkat satu dan dua kerana di tingkat tiga cuma kelihatan kedai buku, kedai cenderahati dan kedai mainan yang buka. Mereka berempat terus menuju ke kedai buku dan mencari barang keperluan masing masing. Tanpa sedar mereka telah berpecah didalam kedai buku yang besar itu. Laila bersama Aril dan Aisya bersama Izz.
"Eh Laila buku apa yang Cikgu Fatty mintak kita cari haritu? Aisya lupa la." Soal Aisya kepada Laila
"Buku 1001 cara untuk menambat hati wanita... Kott."
Laju sahaja Aisya memandang ke arah suara berkenaan. Alangkah terkejutnya Aisya bila mengetahui bukan yang berada dibelakangnya tetapi Izz. Aisya segera mengalihkan pandangan, berdebar debar Aisya rasa. Tiba tiba seluruh tubuh terasa dingin. Baru pertama kali lelaki tersebut bercakap dengannya. Aisya hanya diam membatu sambil melihat buku dihadapannya.
"Kau nampak hantu Aisya ? Asal tiba tiba pucat semacam muka. Jangan buat hal kang tak pasal aku kena dukung." Seloroh Izz
"Hmm?" Soal Aisya dengan nada bingung. Sungguh fikirannya entah kemana ketika ini.
Izz menyandarkan tubuhnya ditiang yg berada ditepi rak buku sambil merenung Aisya.
"Cantik jugak minah ni kalau tengok betul betul" kata Izz didalam hati.
"Apahal pulak mamat ni duk tenung aku macam tu. Aduhh!! Kau kat mana Laila tolong la muncul. Aku dah blur tak tau nak buat apa dah ni!!!" Omel Aisya didalam hati.
"So dah jumpa ke buku yang dicari?" Soal Izz setelah agak lama mereka berdiam diri
"T..tak jumpa lagi sebab lupa tajuk buku yang Cikgu pesan suruh cari haritu." Aisya menjawap dengan perasaan malu dan kekok.
"Kau dah lama ke kenal Laila?" Melihat keadaan Aisya begitu Izz tahu bahawa Aisya bukanlah sejenis yang biasa bergaul dengan kawan lelaki. Disebabkan itu dia berusaha supaya Aisya tidak kekok dan kurang senang bila bersamanya.
"Form 1." Jawap Aisya ringkas
"Ohh first day form 1 tu dah start rapat dengan Laila la?" Soal Izz lagi kerana tidak puas hati dengan jawapan sepatah Laila.
"Takla, kenal masa form 1 then start rapat pertengahan tahun form 1 sebab time tu dapat satu team dengan Laila untuk kerja Bm berkumpulan." Jawap Aisya panjang lebar.
"Ohh jadinya lepastu terus rapat dengan Laila laa. Fahamm fahamm." Balas Izz sambil menganggukkan kepalanya.
"Hmm" perlahan sahaja bunyi yang keluar dari Aisya.
Izz hanya mengekori kemana sahaja Aisya pergi dari belakang dengan jarak yang agak jauh kerana risau Aisya tidak selesa jika dia ikut secara dekat. Aisya sudah mula tidak tahu henda berbuat apa apabila Izz mengekorinya dari tadi. Walaupun ada jarak antara mereka Aisya masih tidak selesa dan dalam masa yang sama matanya melilau mencari Laila.
"Awak takde nak cari buku ke? Dari tadi asyik ikut saya je." Akhirnya Laila beranikan diri untuk bersuara.
"Takde pun. Aku follow ni pun sebab Ashril yang ajak. Katanya nanti bosan bila takde geng. Tup tup dia yang hilang aku yang bosan. Jadinya aku ikut jela kau, yela kau kan perempuan bahaya jalan sorang sorang dalam Mall ni." Izz menjawap
"Saya tak selesa la awk asyik ikut saya, saya tak biasa." Aisya
"Laa aku bukan buat apa pun, ikut je tu pun siap ada jarak lagi." Izz
"Memang la ada jarak tapi saya tak selesa awak faham tak? Awak pergila cari buku ke apa ke asalkan tak ikut saya." Aisya
Baru sahaja Izz ingin menapak pergi telefon bimbitnya berbunyi.
Kring kring kring.
"Dekat kedai buku lagi la dengan Aisya. Kau dengan Laila dekat mana?"
"Laaa ingat dekat sini lagi, ayoooo kau ni"
"Haa ok ok, nanti aku gerak gi sana" selepas siap bercakap Izz memalingkan mukanya kepada Aisya dan bergerak menghampiri Aisya
"Ashril call, dia dengan Laila ada dekat Mcd tingkat bawah. Aku nak gerak gi Mcd ni, kau nak ikut aku ke stay sini?" Izz
"Saya ikut la, saya tak biasa sangat dengan Mall ni." Aisya
"Tapi aku tak selesa kalau ada orang ikut aku. Kau pergila ikut jalan lain." Seloroh Izz
Aisya hanya mendiamkan diri. Tergamam dengan jawapan yang diberikan Izz. Aisya kemudian menapak meninggalkan Izz tanpa sepatah kata. Kini giliran Izz pula yang terkejut dengan tindakan Aisya.
"Tadi kata tak biasa dengan Mall ni dia gerak macam hebat je selok belok Mall." Katanya didalam hati. Tanpa menungga lama Izz mengekori Aisya dalam diam tanpa disedarinya.
Tanpa sedar dia dan Aisya sudah berada dia basement Mall dan Aisya tiba tiba berhenti dan melihat sekelilingnya.
"Memang betul la minah ni buta map Mall. Sampai basement dia tibai. Tapi takkan la dia ni tak pernah pergi Mall. Sampai macam ni sekali dia punya lurus tu." Izz hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat Aisya.
"Ehh asal banyak kereta dekat sini. Dekat mana pulak nak cari Mcd bawah sini." Kata Aisya kepada dirinya. Aisya meneruskan perjalannya sehingga tiba di satu lorong sunyi tempat dimana kotak, plastik dan barang yang tidak guna detempatkan. Aisya memusingkan badannya kerana berkira kira untuk segera pergi dari tempat itu kerana merasa tidak sedap hati.
Aisya terkedu sendirian kerana dibelakangnya terdapat dua orang mamat Bangla sedang merenung dirinya dengan pandangan mata yang tajam. Mata mereka melilau meratah tubuh Aisya dari atas hingga bawah. Sungguh lemah seluruh badan Aisya ketika itu. Air mata sudah mula bergenang dan menunggu masa untuk mengalir. Ditangan salah seorang dari mereka terdapat botol arak yang sudah habis.
Mereka semakin hampir menghampiri Aisya. Hanya rayuan bersama air mata yang mampu Aisya lakukan ketika ini. Bermacam macam perkara yang bermain dia fikiran Aisya ketika ini.
"Tolong lepaskan saya, jangan datang dekat tolonglahh. Biarlah saya pergi dari sini. Saya merayu sangattt." Nada suara Aisya sudah bergetar. Dua orang lelaki itu sepertinya tidak mempedulikan rayuan Aisya. Mereka hanya tersenyum gembira melihat Aisya. Tiba tiba kedengaran satu suara menjerit.
"Woiii!!!! Korang buat apa tu?!!!!!" dua orang lelaki itu memalingkan muka ke belakang untuk melihat siapa pemilik suara tersebut. Rupanya itu adalah suara Izz yang sedari tadi memerhati gerak geri mereka. Izz berjalan menghampiri dua lelaki tersebut tetapi belum apa apa lelaki itu telah memukul kepala Izz dengan kuat menggunakan botol arak yang berada ditangannya. Nasib menyebelahi Izz kerana dia pantas melakukan pertahan dengan mehadang kepalanya dengan tangan.
Izz segera menumbuk tepat dibahagian hidung salah seorang dari mereka dengan kuat sehingga terjatuh. Kerana tidak bersedia Izz ditendang oleh lelaki lagi satu hingga menyebabkan bahagian belakang badan dan kepalanya terhempas kuat mengenai dinding. Walaupun merasa sedikit peninh Izz kuatkan diri serta semangat dan segera menendang perut seorang lagi sehingga jatuh berguling. Dalam keadaan yang mabuk lelaki Bangla tersebut bangun sambil terhuyung hayang ingin menumbuk Izz kembali. Tetapi dengan ketangkasan serta mempunyai ilmu mempertahankan diri Izz lagi awal membuka langkah dengan menyepak bahagian kepala lelaki tersebut sehingga dia jatuh tidak sedarkan diri.
Izz segera mendapatkan Aisya dan membawanya pergi dari situ secepat mungkin. Izz membawa Aisya pergi ke taman berdekatan dan cuba untuk menenangkan Aisya yang masih didalam keadaan trauma.
"Aisya.. Aisya.. tolong jawap panggilan Izz ni. Aisya dengar kan suara Izz." Soal Izz sebaik sahaja Aisya duduk dibangku. Izz segera mencangkung dihadapan Aisya dan memanggil namanya semula.
"Aisyaa kalau Aisya dengar tolong la respond. Jangan diam macam ni je. Jangan buat Izz risau. Aisyaa." Soal Izz lagi dengan nada yang risau. Aisya menganggukkan kepalanya dan memandang tepat ke wajah Izz. Izz menunggu dengan penuh sabar mengharap agar Aisya bercakap dengannya.
"Izz tadi ada dua lelaki dekat belakang Aisya... Ddd....dorang mabukk lepastuuu..." Belum sempat Aisya menghabiskan ayatnya dia sudah menangis teresak esak. Sayu hati Izz melihat Aisya sebegitu.
"Aisyaa kau ok tak!!?" Kata Laila yang baru tiba sambil mengambil tempat duduk disebelah Aisya.
"Aisya cerita dekat aku apa yang jadi? Jangan menangis macam ni. Jangan buat aku risau Aisya." Tanpa sedar Laila juga sudah mula menangis bersama Aisya. Laila mengalihkan pandangannya kepada Izz.
"Ni semua salah kauu!! Kalau kau jaga Aisya elok elok benda ni takkan jadi la.!!! Dasar lelaki tak boleh diharap!!!" Marah Laila. Benar benar membara rasa amarah didalam dada Laila.
"Kalau aku tak ikut plan BODO* kau ni semua benda ni takkan jadi laa!! Menyesal aku percaya and ikut semua idea BODO* kau ni!!!" Tambah Laila lagi.
"Aku tak tau yang keadaan akan jadi macam ni. Kalau aku tau aku pun takkan buat semua benda ni." Terang Izz
"Lailaa tenangkan diri awak tu. Jangan marah marah macamni. Kita semua tak predict pun benda akan jadi teruk macamni." Ashril
"Apa aku nak jawap dengan Mama Papa nanti? Macam mana aku nak jumpa Mama Papa nanti?" Soal Laila kepada Izz
"Aku sendiri yang akan cakap dengan Mama Papa Aisya. Aku sendiri yang akan jumpa diorang terangkan apa yang jadi. Aku yang akan bertanggungjawap dengan apa yang jadi harini." Balas Izz yakin.
"Dah dah, sekarang kita tunggu sampai Aisya rasa tenang sikit then kita gerak balik." Ashril
I won't always be there but my love does ❤️
Share this novel