BAB 2

Romance Completed 42073

Arjan menggeleng kepala berkali-kali. Memang tak boleh dinafikan lagi. Haikal kalau melibatkan bekas isterinya memang broken teruk. Tengoklah sekarang. Lelaki itu masih menyembamkan mukanya pada meja makan. Restoran nasi kandar itu kelihatan meriah dengan ramai pelanggan.

"Sudahlah! Kau ni! Biarlah dia nak ada boyfriend ke apa? Kau tu, bila lagi?" Sakat Arjan.

"Kau diamlah. Kau takda dekat tempat aku. Aku sayang dia. Tapi dia dah ada pengganti aku. Tergamaknya kau, Adra." Rintih Haikal sendiri.

Arjan juihkan bibir. Apa pulak kalini?

"Dia dah bahagia dengan kehidupan dia kan? Apa salahnya? Mungkin tak bahagia dengan kau sebelum ni?"

Pak!

Belakang kepala Arjan ditampar kuat. Haikal sudah bangun duduk menegak. Sakit hati betul kalau bercakap dengan Arjan. Ada saja nak sindir-sindir dia.

"Relaxlah, bro. Kau ni. Aku gurau je kot? Kau tu. Sudah-sudahlah gilakan janda kau. Dia dah bahagia pun. Kau bila lagi?"

"Aku akan bahagia kalau aku dengan Adra."

"Menyesal betul tanya."

Haikal duduk menompang dagu. Sesekali dia mengeluh. Air limau diteguk perlahan. Kenapa mesti Faiq? Kenapa bukan orang lain?

Dia kenal lelaki tu. Faiq Ikhwan. Kawan lama sewaktu sekolah dahulu. Entah macam mana diorang boleh saling mengenal. Apa yang Adra nampak pada mamat tu, dia sendiri tak tahu. Kalau nak dibandingkan, dia lagi kacak!

"Kenapa kau nak sangat rujuk dengan Adra ni?" Tanya Arjan.

"Sebab aku tak sempat buat apa-apa untuk dia. Aku, bukan suami yang baik dulu. Aku sibuk dengan kerja, kerja, kerja, sampaikan aku terabai dia. Sekarang nak menyesal pun takda guna." Luah Haikal.

"Aku tak rasa macam tu. Kau sayang gila kot dengan dia? Semua yuran dia masuk tanding, kau bayarkan. Ini pun rahsia kau dengan bapak dia kan? Cubalah kau bagitau dia. Mana tahu, dia terbukak hati?" Arjan memberi cadangan.

Haikal ketawa perlahan. Dia menggeleng kepalanya.

"Tak semudah tu. Kau ingat, Adra ni perempuan macam mana? Dia bukan semudah tu nak simpati dengan orang. Aku dah cuba tapi dia tak terima. Apa aku mampu? Jadi lilin, tukang cahaya dia daripada jauh." Haikal senyum hambar.

Saban hari, dia berfikir. Dimana salahnya? Dan setiap saat, dia beranggapan, semua yang berlaku di dalam perkahwinan mereka dahulu, adalah kesalahan daripada dia yang terlalu suka bekerja. Untuk apa dia kerja keras? Dia mahu berikan kesenangan kepada Adra, supaya wanita itu tidak perlu keluar kerja dan hanya duduk dirumah. Habiskan hari-harinya dengan hobi yang dia suka.

Belum sempat dia buktikan apa-apa, Adra sudah menuntut fasakh.

Terlambat. Salah dia mungkin. Gagal jadi suami yang baik.

"Janganlah sedih. Aku ada. Kalau bosan datang lepak rumah aku."

"Kau dah kahwin, takkan aku nak pergi kacau?"

"Why not? Wife aku satu kapal terbang je dengan kau. Kita semua dah macam kawan. Kau rasa serabut, cari je aku dekat rumah. Kalau takda, aku dekat pejabat."

"Kau suka kerja kau?"

"Handle bisnes papa aku? Not bad la. Janji aku dapat bantu papa aku daripada biarkan dia yang dah berumur kerja kan?"

"Baik betul kau."

Arjan ketawa. Dia menggosok kepala Haikal dengan kuat. Sudah lama mereka berkenalan. Semenjak Haikal memasuki sekolah berasrama penuh, dia berkawan baik denabn lelaki itu.

"So sekarang kau nak buat apa?" Tanya Arjan.

"Aku nak kacau relay diorang. Biar sampai diorang break! Baru aku puas!" Idea nakal Haikal sudah keluar.

"Kau ni, tak baiklah!"

"Haritu kau sanggup tengok aku macam ni?"

Haikal tersenyum sebaik melihat gelengan daripada Arjan. Dia hanya ketawa. Dia tahu. Apa sebenarnya yang Adra suka dan tidak suka. Dia yang tinggal lama dengan wanita itu, bukan Faiq. Dia akan pastikan Adra kembali jatuh cinta padanya.

"Tapi kau berdua kahwin dulu sebab family kan?" Tanya Arjan.

"Yup. Family aku dengan family dia baik. Bapak dia dengan walid aku, best friend. So, diorang rancang nak eratkan silaturahim..dengan cara kahwinkan kami. Aku setuju je sebab aku dah fall in love dengan dia masa first aku jumpa dia dulu. Tapi Adra, dia santai je. Dia terima aku sebab bapak dia kot? Perkahwinan kami smooth je, entah cemana boleh bercerai. Aku pun tak faham!" Haikal garu kepala.

"Faham. Jadi sekarang, kau nak buat Adra jatuh cinta dengan kau?" Tebak Arjan.

"Exactly. Pandai jugak kau eh?" Sakat Haikal.

Rancangan pertama harus dia mulakan. Yang dia tahu, Adra itu seorang yang baik. Tidak mustahil dia akan menghalau dirinya kalau mereka berjumpa kan?

"Kalau aku dapat Adra balik, aku nak tebus semua kesalahan aku pada dia. Paling utama, aku nak tahu.. apa salah aku? Sampaikan dia sanggup mintak cerai dulu." Haikal mengeluh lagi.

"Masa lalu tak semuanya dapat dikembalikan, Kal. Kau kena terima kenyataan yang korang takda jodoh. Kalau kau usaha bermacam cara sekalipun, dah Allah tulis Adra tu jodoh lelaki lain..kau takkan dapat." Arjan masih cuba menghalang sahabatnya itu.

"Nope. Jodoh tu takdir bukan qadar. Aku akan usaha sampai aku berjaya. Sampai satu tahap, Adra jelaskan benda yang aku nak sangat tahu, baru aku give up."

"Tapi kenyataan hanya akan sakitkan hati kau. Kau sanggup nak hadap balik semua tu?"

"Aku sanggup. Sebab aku sayang dia, Arjan. Aku sayang Adra. Dia je, tak pernah nampak semua tu."

"Itu sebab kau tak pernah cakap! Kau pun, malu biar bertempat! Janganlah emosi sangat. Kalau daripada dulu kau luahkan apa kau rasa, aku yakin.. perkahwinan kau berdua masih dapat diselamatkan."

Haikal mengeluh.

"Kau tahu, penyesalan terbesar aku apa?" Soal Haikal.

"Apa?" Arjan menyedup asap rokok.

"Kehilangan Adra. Time tu, aku lost. Aku tak tahu apa aku dah buat. Aku fikir, aku terlepas pandang something. Maybe. Tiga tahun, aku tak ganggu dia. Tapi bila pagi tadi aku nampak dia, hati aku, diri aku, tak boleh terima semua tu." Haikal tertawa perlahan.

Adra bercinta dengan lelaki lain? Tidak sesekali dapat dia terima. Mana mungkin dia boleh terima satu-satunya perempuan yang pernah berada di dalam dakapan nya telah menjadi hak lelaki lain? No. She's mine. Kalau orang lain, mungkin dia dapat pertimbangkan.

Tapi Faiq? Dia bukan lelaki yang baik. Dia cukup kenal dengan lelaki itu. Dia harus sedarkan Adra secepat mungkin. Sebelum terlambat.

"Tapi kau tahu yang Faiq bukan lawan kau. Dia kuat. Kau biasa-biasa je." Arjan sudah risau.

"Takda ada kekuatan yang lagi hebat daripada Allah. Aku yakin, Allah bersama aku. Untuk sekarang, aku nak selamatkan Adra. Kalau ya pun, dia nak bersama dengan lelaki lain..it's fine. But not with him. Bukan Faiq Ikhwan. He's dangerous. Aku kena selamatkan dia." Tekad Haikal.

"Kau nak risau apa? Adra tu kan kuat? Apa yang kau risaukan?" Arjan kepit rokok ditangannya.

"Shes a girl. She's a woman. Dia..tetap lemah. Aku akan cuba lindungi dia sedaya upaya aku. Macam aku gagal buat dulu. Tak apa, kau jangan risau."

"Aku tak risau benda tu. Aku cuma risau kau akan kecewa lagi. Sebab Adra."

"Tak apa, aku yang pilih jalan ni. Aku yang pilih, jadi aku dah bersedia untuk terima semua kekecewaan tu."

"Suka hati kaulah. Kalau aku cakap pun, kau bukannya dengar. Kau tu, angau!"

Dahi Haikal dijentik kuat. Lelaki itu memejamkan matanya menahan sakit.

"Sakitlah! Kau kenapa? Kau tu, bila nak kahwin dengan kakak aku? Kau dah lama syok dengan dia kan?" Usik Haikal.

Tersedak Arjan. Pedih tekaknya dek kuah roti canai yang pedas. Apa punya soalan ni?!

"Soalan kau..! Aku dah kahwin lah! Kakak kau pun sama! Habistu abang ipar kau nak letak mana?" Marah Arjan sambil mengelap mulut.

Tahulah dia pernah bercinta dengan Raudah dulu. Tak payahlah ungkit. Malu!

"Kau berdua dulu macam Romeo and Juliet tau! Tapi sayang, kau bodoh sikit time tu. Tu melepas tu. Tidak dah jadi abang ipar aku!"

"Dah. Dah. Jangan berangan. Kau tu, otak sewel. Jangan kaitkan aku dengan kakak kau lagi. Wife aku nak letak mana? Kau ni, berdosa tahu!"

Haikal juihkan bibir. Meluat mendengar alasan daripada Arjan. Bukannya dia tidak tahu, lelaki itu tidak bahagia dengan perkahwinan sekarang.

"Kau dengan isteri kau macam mana?" Tanya Haikal pula.

"Macam mana apa? Macam tulah. Dia tak nak keluar daripada rumah mak dia. Susah jugak. Aku kalau balik, tak kena sindir tak sah. Padahal cukup je semua aku bagi. Entah apa yang tak cukup." Lush Arjan dengan wajah mencuka.

Masalahnya adalah isterinya tidak mahu tinggal dirumah mereka. Rumah yang dia beli khas untuk mereka berdua. Tapi sehingga kini, wanita itu masih berkeras untuk tinggal dirumah emaknya. Sudahlah perit tambah lagi dengan sikap ibu mertua yang suka complaint banyak hal.

"Kau pun, yang setuju kahwin dengan dia kenapa?"

"Family aku suruh. Kau tahulah, wife aku memang sukakan aku daripada kecik lagi."

"So? Itu bukan alasan utama untuk kau terima dia. Kau pun, hidup dengan dia atas alasan terpaksa kan? Berdosa jugak. Aku rasa kau berdua tak tidur sekali kan?"

Arjan diam. Rokok disedut rakus. Nampak gelabah semacam je.

"Betullah kan?!" Haikal mendekatkan wajahnya.

"Kau diam! Ini cerita kau, bukan cerita aku!" Arjan tolak muka lelaki itu jauh-jauh.

Apa lagi tak cukup? Mungkin dia perlu bersabar lagi dengan perkahwinan yang sedia ada sekarang. Isteri? Isteri apa yang mengaku sayang tapi sebenarnya tidak mahu bersama?

Kepalanya digaru. Arjan memandang ke arah hadapan. Merenung Haikal yang sudah bangun untuk mencuci tangan. Habis sepinggan nasi kandar dia makan. Lelaki itu berjalan kembali ke arah meja yang mereka duduki.

"Kau rasa kan, kalau aku pujuk Adra menjadi tak?"

"No komen. Kau try dulu. Berjaya, aku sponsor majlis kau!"

"Serius?"

"Pernah ke, aku main-main?"

Haikal senyum sengih. Bagus betul cabaran Arjan kalini. Sedang mereka berbual, ada pasangan kekasih yang baru sahaja melangkah masuk. Haikal hanya memerhati. Ya, orang yang disebut-sebut akhirnya muncul jua.

Kemesraan yang mereka tonjolkan buatkan Haikal sakit hati. Boleh pula Adra ketawa begitu bersama lelaki lain? Kalau dengan dia? Mencuka saja mukanya.

"Weyy! Kau nak kemana, setan?! Jangan buat hal! Orang ramai ni!" Arjan tarik tangan sahabatnya dengan kuat.

"Kau jangan halang aku!" Haikal meronta.

"Haikal, jangan, Kal. Jangan!!" Arjan sudah pasrah sebaik saja pegangannya terlepas.

Dah macam bapak-bapak menghalang anak diorang daripada pergi berlari. Haikal rentap tangannya dengan kuat. Arjan tepuk dahi sebaik saja melihat lelaki itu berjalan ke arah wanita yang sedang rancak bersembang.

Haikal berhenti dihadapan meja itu.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Adra yang masih nampak tenang.

Milo ais yang baru saja tiba dicapai. Haikal tersenyum sebelum menuang air itu ke atas kepala Faiq.

"Haikal Amir!!!" Suara Adra sudah menjerit kuat.

"What? I tak rasa apa I buat salah! You sanggup tinggal I sebab lelaki ni! Apa salah I!!" Haikal sudah menghentak kaki seperti anak kecil.

Faiq mengelap mukanya yang sudah basah. Apalah nasib? Kesemua mata tertumpu pada mereka. Haih, malu-malu.

"Apa masalah kau sebenarnya?!" Adra sudah bangun dari kerusi.

Lelaki itu hanya berpeluk tubuh sebelum ketawa perlahan. Geram. Sampai begitu sekali Haikal mahu membalas dendam?

"Sayang, sudah. Jangan bising. Ramai orang ni." Tegur Faiq sambil menarik lengan Adra.

"Do not touch her! She's mine only!" Marah Haikal seraya menampar kuat tangan Faiq yang menyentuh wanita itu.

"You, come here!"

Adra menarik tangan Haikal supanya mengekori dirinya. Lelaki itu sudah tersengih lebar sebelum menjelirkan lidah pada Faiq yang nampak tidak faham dengan apa yang sedang berlaku.


*****

"KENAPA kau buat Faiq macam tu? Tak ada kerja dah sampai nak masuk campur dalam urusan hidup aku?!" Marah Adra.

Dia bercekak pinggang sebaik saja melihat raut selamba Haikal. Lelaki itu hanya duduk ditepi keretanya. Sengaja diam dan tidak mahu menjawab.

"Haikal! Aku cakap dengan kau ni!!" Marah Adra lagi.

"I tak sukalah you cakap kasar macam ni. Mana panggilan manja I dulu? Kenapa you sanggup layan I macam sampah? Apa salah I pada you?" Soal Haikal dengan nada bergetar.

"Kita dah takda apa-apa, Haikal! Terima kenyataan. Bagilah aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Boleh tak kau jangan muncul lagi depan aku?" Pinta Adra.

"You senang cakap kan? Takkan you takda sikit pun rasa rindu dekat I? I rindu you, Adra. I hampir gila tau! Tolonglah terima I balik!" Rayu Haikal yang sudah duduk melutut.

"Jangan macam ni! Bangun! Bangun sekarang!" Adra tarik lelaki itu supaya berdiri kembali.

Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku kepada Haikal. Tiga tahun, dia sudah tenang tanpa sebarang khabar daripada lelaki itu. Sekarang ni, Haikal muncul kembali. Perangai budak-budak Haikal langsung tidak pernah berubah. Ada saja dia mencari pasal.

Sudahlah Faiq menjadi mangsa. Lepasni siapa pulak?

"You..bercinta dengan dia?" Tanya Haikal dengan nada manja.

"Apa masalahnya kalau bercinta dengan dia? Aku ni, janda. Bukannya isteri orang!" Bidas Adra dengan nada geram.

Haikal muncungkan bibir. Jawapan Adra tidak salah lagi. Panggilan sayang yang Faiq sebutkan tadi sudah cukup menjadi bukti. Bukti dimana wanita ini sekarang, milik Faiq. Walaupun bukan sepenuhnya.

"Kenapa kau tiba-tiba muncul pagi tadi? Kau sengaja nak musnahkan plan Faiq kan?"

"Mana ada. I tak tahu pun you ada sekali. Akak yang suruh I hantar. I ikut je. Nasib baik I yang hantar, kalau tak sampai sekarang I tak tahu you dah jumpa pengganti."

"Jadi? Ada kaitan dengan kau?"

Lelaki itu diam lagi. Adra menghela nafas. Dia memandang pada Haikal. Lelaki itu sedang memintal hujung bajunya. Sudah banyak yang berubah. Warna kulitnya semakin putih jika berbanding dahulu. Badannya semakin tegap dan meninggi. Yang paling utama, kornea matanya masih cantik seperti dulu.

Ya..dia masih sukakan mata cantik milik Haikal.

"Why dear? You miss me, right? You can touch it. Like you always do before." Ujar Haikal dengan lembut.

Jemari Adra dicapai seraya diletakkan pada wajahnya. Renungan kosong Adra ditatap penuh sayu. Ingin saja dia merangkul wanita itu sekarang. Tapi dia tahu, tindakannya hanya akan menambahkan lagi kemarahan Adra.

"Haikal, kenapa kau macam ni sekarang? Dulu, kau langsung takda ambik tahu apa aku buat. Boleh tak kau berhenti buat macam ni? Bagi aku bahagia dengan pilihan aku." Ujar Adra sambil menahan kembali tangannya.

Jantungnya masih berdegup kencang setiap kali berada dekat dengan lelaki itu. Wajah sayu yang menatap dirinya dengan penuh kasih. Renungan yang masih jua sama. Dia tahu, Haikal sayangkan dirinya. Tapi apa boleh buat? Semuanya sudah berakhir.

Dia..tidak mahu kecewakan Haikal lagi. Cukuplah sekali dulu.

"You bahagia dengan dia?"

"Ya, aku bahagia dengan dia."

"Lebih daripada bersama I dulu?"

Adra mengeluh. Dia berpeluk tubuh.

"Haikal, kita dah cakap pasal ni kan? Janganlah jadi macam ni. Kalau kau masih dalam dilemma bersama aku, kau takkan dapat bina kehidupan baru kau dengan orang lain." Tegur Adra.

"I don't need somebody else. I just need you in my life. You're my rainbow. You remember that?" Soal Haikal dengan lembut.

"But rainbow never stay in one place, Haikal. It's always missing. You should stop loving the rainbow like you used to. Belajar terima orang baru. Dengan cara tu, kau akan dapat bahagia kau."

"Tapi bahagia I hanya Ada pada you, Adra. Takda sesiapa dapat nafikan benda tu. You jangan salahkan I kalau I muncul dalam hidup you berulangkali mulai sekarang. I, takkan benarkan Faiq musnahkan hidup you."

"Kau siapa nak cakap semua tu?"

"I know you better then anyone else. Jangan lupa semua tu."

Keduanya saling berpandangan. Haikal hanya diam. Kenapa Adra boleh berubah menjadi seorang wanita yang kasar? Kenapa dalam tempoh tiga tahun, Adra berubah sepenuhnya?

Dia mengetap gigi. Dimana salahnya?

"Berhenti muncul depan aku lagi. Kalau kau buat masalah lagi, aku takkan teragak-agak untuk benci kau!" Adra memberi amaran.

"I takkan berhenti dekati you, Adra. I takkan berhenti. Bencilah I sekalipun, I takkan berhenti. Itu tekad I." Jawab Haikal dengan yakin.

"Kau, hanya akan sakitkan hati kau sendiri!"

"I don't care! Please, Adra. Terima I?"

"No!"

"Why?!!! Apa salah I? Why!!!!"

Haikal sudah melutut sambil memeluk pinggang wanita itu. Adra cuak. Raungan Haikal sudah menarik perhatian kesemua pelanggan restoran itu.

"Bangun! Haikal! Jangan buat gila dekat sini! Lepaskan aku!!" Adra menampar bahu lelaki itu berkali-kali.

"Tak nak! Selagi you tak terima I! I takkan lepaskan you!!" Haikal kuatkan pelukan.

Tidak sesekali dia lepaskan. Dia mahukan Adra kembali. Siapa saja boleh menghalang dirinya?

"I bunuh diri nanti! You sanggup tengok I mati?!"

"Jangan jadi tak waraslah! Kau kenapa?! Haikal!! Lepaskan aku!!"

"Tak nak! Tak nak!!!!!"

"Astaghfirullahalazim! Budak bertuah! Haikal! Lepaskan! Malu orang tengok!!'" Arjan sudah munculkan diri.

Ingatkan apa lama sangat bersembang rupanya Haikal dah mula perangai gila dia! Ya Allah!

"Kau kenapa?! Lepaskan! Adra! You sayang I kan? You takkan terima lelaki ni!" Marah Haikal yang sudah dipegang oleh Arjan.

Faiq menarik Adra supaya ke belakang. Dia berdiri dihadapan Haikal. Kesabarannya semakin menipis. Berani betul Haikal ya?

"Kau jangan sampai aku belasah kau dekat sini. Suruh kawan kau blah, sebelum aku call polis cakap ada orang gila talak dekat sini!" Sindir Faiq.

Arjan hanya diam sebelum menarik Haikal masuk ke dalam kereta. Lelaki itu meronta sebelum mula menangis. Cermin kereta diketuk kuat. Arjan hanya mengunci pintu kereta sebelum memandu pergi.

Adra menghela nafas. Dia berpusing ke arah Faiq.

"Do not touch him." Pesan Adra.

"Tapi kenapa? Awak sanggup malu lagi? Tengoklah dia macam mana? Gila!" Balas Faiq yang seakan hilang sabar.

"Masalah dia cuma dengan saya. Bukan dengan awak. Awak pun, jangan masuk campur. Dah cukup baik saya terima awak! Jangan melampau!" Ujar Adra sebelum berjalan pergi.

Kenapa harini dua kali dia berjumpa dengan Haikal? Haih. Kalau hari-hari macam ni, habislah hidupnya. Dia harus segera memikirkan cara. Mungkin dia patut tinggal dirumah supaya tidak berjumpa dengan lelaki itu lagi. Apa nak jadi agaknya?

Haikal yang dia kenal sangat sopan dan budiman. Bukan seperti dia sekarang. Suka memberontak dan agak..gila.

Gila? Mungkin betul.

Kalau melayan, habis sekali dia gila nanti!

Share this novel

Sinar
2024-03-11 16:53:45 

ok la


NovelPlus Premium

The best ads free experience