BAB 1

Romance Completed 42073

"Orang tak nak pergi, akak janganlah paksa! Kenapa pulak Haikal Yang kena pergi? Akak pergilah sendiri!" Marah Haikal sewaktu waktu tidurnya terganggu.

Dia baru balik semalam tau? Baru berangan nak tidur balik lepas Subuh tadi, last-last? Awal pagi dah kena kacau!

"Kau banyak songeh betullah! Tolonglah akak sekejap. Abang ipar kau ada kerja harini. Haikal! Tolonglah!" Raudah tarik selimut tebal yang membaluti tubuh adiknya.

Haikal pekakkan telinga. Dia malas mahu melayan kakaknya. Lebih baik dia tidur? Takda kerja dia jugak yang kena jadi runner? Apalah. Ingat muka dia tak laku ke?

"Haikal! Bangunlah! Tolonglah! Kalau kau tak bangun, akak bagitau Adra kau jadi stalker dia!" Raudah sudah mengugut.

Serentak selimut dibuka pantas. Haikal merenung tajam pada wanita itu. Pantang sekali jika nama itu disebut. Dia masih menahan sabar.

Dia mahu tidur! Kenapalah semua orang tak faham?!

"Kau kalau janda kau tahu, apa kau buat selama ni, mampus kau? Kau tahukan dia tu jaguh muay thai? Habislah muka kacak kau bersepai!" Raudah berpeluk tubuh.

"Dahtu? Akak nak Haikal buat apa? Meraung depan rumah dia? Orang dah buat dulu, tak jalan. Sekarang ginilah!" Balas Haikal dengan cebikan pada bibir.

Ya, dia masih ingat. Otaknya masih segar dengan kejadian beberapa tahun dahulu. Dia sanggup duduk melutut dihadapan rumah Tok Adi semata-mata mahu memujuk Adra supaya membatalkan niat untuk bercerai dengannya. Apa boleh buat? Hati wanita itu terlalu keras. Kesudahannya dia yang ditinggalkan. Tanpa sebab dan alasan.

Sekarang? Menduda.

"Kau ada rupa. Ada duit. Banyak lagi perempuan akan beratur kalau kau nak. Kau tu, je! Memilih sangat! Kau tak kesian dengan umi yang pening kepala dengan perangai kau!" Kepala lelaki itu ditunjal kuat.

Geram. Raudah menggeleng kepala sebaik saja melihat dinding bilik adiknya. Penuh dengan gambar-gambar Adra sahaja! Sudah gila adiknya itu semenjak bercerai dahulu. Dia masih menunggu orang yang sedikit pun tidak peduli padanya!

Kasihan.

"Orang tak kacau umi pun kan? Umi je yang kecoh sebab nak sangat menantu perempuan! Kau, kak! Kau kahwinkan je anak perempuan kau tu! Bantu aku, tutup mulut umi!" Cadangan 'bernas' Haikal kedengaran.

"Kau ni..!" Raudah pulas telinga Haikal sekuat hati.

"Sakit! Sakit! Kak!!!" Jerit Haikal.

Telinga yang sudah merah digosok. Sakit oh? Tangan apa tah? Kalau sekali tarik mau putus telinga! Tak kesian langsung dengan adik sendiri!

Haikal memeluk frame gambar Adra. Dia memejamkan mata sebelum tersenyum kegembiraan. Baik sambung tidur saja. Melayan Raudah ibarat seperti menempah maut. Ada saja dia kena sekejap lagi.

"Haikal Amir!!!"

Suara Raudah memang kuat. Tidak hairan dia pernah menjadi pegawai kadet dahulu. Sekarang? Jadi suri rumah pencen! Kerja kacau orang!

"Kau peluklah almari gambar dia sekalipun, dia takkan pilih kau! Sudah-sudah dengan angau kau! Kalau kau tak buat hal dulu, takdanya dia tinggal kau!"

"Haikal tak pernah curang dengan dia, kak. Haikal sendiri tak tahu apa salah Haikal. Sampai sekarang, Haikal masih salahkan diri sendiri. Apa yang Haikal dah buat sampai orang comel macam Adra sanggup tinggalkan suami sebaik Haikal?"

Raudah julingkan mata ke atas. Menyampah dengan sikap adiknya!

"Orang macam Adra dia tak pandang rupa. Dia cari keikhlasan dalam perhubungan. Dia rasa.. kau berdua tak setaraf. Pernah kau ada dekat tempat dia?" Soal Raudah.

"Pernah dia faham Haikal? Dia langsung tak nak dengar penjelasan Haikal. Masa Haikal melutut merayu dulu, dia langsung tak kisah. Lepastu Haikal jatuh sakit. Dia boleh pulak pergi mintak fasakh! Akak tahu cakap je, akak tak ada dekat tempat Haikal!" Luah Haikal dengan sayu.

Wanita itu duduk di birai katil. Mengusap belakang badan yang sedang tidur mengiring. Wajah sendu Haikal dipandang. Rasanya kalau ada manusia gila yang terlalu mencintai Adra, orang itu adalah adiknya. Entah apa yang dia suka pada Adra, dia tidak tahu.

Sikapnya seperti orang gila. Padahal wanita seperti Adra tidaklah cantik mana. Haikal, sudah dibutakan dengan cinta.

"Kau kena move on. Dah tiga tahun pun. Kau tunggu orang yang sia-sia. Memang tok Afi sayang kau. Tapi Adra? Takda. Dia tak sukakan kau. Tolonglah sedar diri. Kau buat macam sekarang pun, dia takkan balik. Kau sendiri tahu, degil Adra macam mana? Dengan perangai kuat drama kau, clingy kau lagi, kau rasa siapa ja tahan? Robiah kot."

"Kenapa pulak nak mention ustazah tu? Haikal tak suka dia ok! Umi je suka bawak ustazah celop tu datang sini!"

"Kau ni, kalau umi dengar..dia cili mulut kau! Tak baiklah!"

"Haikal tak suka dia. Haikal nak Adra. Kalau nak suruh Haikal kahwin, cari kembar Adra!"

Raudah tampar dahi sendiri. Setiap hari, dia meminta perkara yang sama.

"Kau kalau dah gila pun dik, jangan sampai biul. Benda mustahil kau mintak, mintak kaki cara ni. Bangunlah! Tolong akak hantarkan kek dekat customer akak!" Belakang Haikal ditampar kuat.

"Sakitlah! Akak kenapa? Why Haikal? Why?!!!" Haikal sudah memicit muka sendiri.

Kakaknya ketawa. Dia menggeleng kepala. Muka Haikal dipegang. Rasa kasihnya pada lelaki itu sangat dalam. Mereka hanya dua beradik, siapa ja tak sayang budak lelaki yang dah dewasa ni?

"Bangun, mandi. Sarapan then tolong akak. Kalau kau tolong, minggu depan kita pergi jumpa Adra." Raudah mengangkat keningnya berkali-kali.

Haikal sudah tersengih.

"Betul ni?"

"Ya, betul!"

"Yeah, finally!!!"

Haikal melompat-lompat di atas katil. Macam budak-budak sahaja. Raudah ketawa sebelum berlalu pergi. Haikal turun dari katil. Dia berjalan ke arah bilik mandi untuk membersihkan diri. Sebaik saja selesai mandi, dia melangkah keluar. Kakinya mendekat pada meja kerja yang tersusun kemas. Gambar Adra di atas meja disentuh lembut.

"Morning, Adra. Miss me? Of course not. But I miss you, Adra. I'm always missing you." Haikal cium gambar Adra berkali-kali.

Sudah sewel dia. Haikal ketawa sendiri. Dia mahu segera bersiap sebelum menolong kakaknya. Bukan boleh sangat, nanti Raudah mengadu pada bapa mereka, dia yang kena. Haih.

Pintu bilik ditutup perlahan. Haikal melangkah ke ruangan bawah. Kakinya dibawa ke arah dapur. Dia duduk di meja. Sarapan yang sudah tinggal sedikit. Haikal mencapai roti bakar sebelum disumbat ke dalam mulut.

"Awal bangun harini? Nak ke mana?" Tanya Haji Haqimi.

"Keluar, tolong hantarkan kek. Walid nak ikut?" Soal Haikal.

Haji Haqimi menggeleng kepala. Dia masih membaca suratkhabar dengar tenang. Sesekali dia menghirup kopi panas yang masih setia di meja. Sunyi saja? Mana anak-anak Raudah?

"Budak-budak takda. Diorang ikut umi kamu, pergi program apa tah. Lepas hantar kek nak ke mana?" Soal Haji Haqimi.

"Tak tahu lagi. Tak tahu berapa banyak kek yang akak suruh hantarkan. Walid tak keluar harini? Main golf ke?"

"Pinggang walid dah nak patah main haritu. Harini nak rehat ja. Kamu, bila kerja? Cuti berapa lama kalini?"

"Seminggu. Walid nak pergi bercuti?"

"Ingat nak ajak kamu pergi rumah Adi. Nak ikut?"

Tersengih Haikal mendengar. Dia mengusap misai kemas pada muka. Siapa saja yang menolak? Sudah berapa kali Haji Haqimi pergi sendiri, kalini saja lelaki tua itu mengajak dirinya. Peluang yang tak mungkin dia lepaskan.

"Tapi walid nak pergi sana buat apa?" Tanya Haikal sambil mengelap mulut.

"Ada majlis pertunangan. Anak dia yang mana satu, walid tak tahu. Kalau kamu nak ikut, kamu drive. Umi tak boleh pergi, dia ada majlis ilmu nanti." Jelas Haji Haqimi.

"Ok. Kita pergi!" Haikal semangat.

Haji Haqimi meletakkan suratkhabar dengan pantas. Dia memandang pada anaknya. Wajah Haikal yang ceria sedang tersenyum memandang skrin telefon.

"Dah jumpa calon isteri? Kamu bukan muda lagi. Dah tiga puluh." Suara tegas Haji Haqimi kedengaran.

"Belum. Malas fikir. Haikal ok je sendiri. Kenapa walid?" Haikal hairan.

Jarang Haji Haqimi begini. Bapanya adalah seorang manusia yang jarang ambil peduli dengan perkara tidak perlu. Selalu hanya kakak dan uminya yang gemar membebel tanpa henti.

"Saja tanya. Manalah tahu kamu ada calon selain daripada Adra. Masih suka dia?" Tanya Haji Haqimi.

"Takda. Setakat ni, belum ada yang dapat gantikan dia. Walid pun suka dia kan?"

Haji Haqimi angguk kepala. Seri Adra, anak perempuan kepada tok Adi. Wanita yang pernah menjadi menantunya dahulu. Sayang sekali sekarang sudah menjadi orang asing. Dia..belum puas melihat sisi bahagia pasangan itu.

"Macam mana kalau Adra dah ada pengganti?"

"Haikal takkan biarkan. She's mine only."

"Tak baiklah cakap macam tu. Adra pun berhak bahagia jugak kan?"

"Dan orang yang akan bahagiakan dia adalah Haikal. Haikal Amir. Takda sesiapa selain daripada nama tu."

Haji Haqimi diam sejenak. Dia kenal dengan Haikal. Perangai tegas dan degilnya terkadang tidak dapat dikawal. Dia juga sudah penat mendengar bebelan daripada isterinya. Wanita itu sering mengadu mengenai Haikal yang seakan taksub dengan Adra.

Bukankah melupakan itu susah? Mereka pernah bersama selama dua tahun. Tidak hairan hendak melepaskan semua kenangan tu dengan mudah.

"Haikal keluar dulu." Haikal bangun sebelum mencium tangan bapanya.

Keluhan dilepaskan. Dia memakai kasut sebelum berjalan ke arah kereta. Melihat Raudah yang sedang menyusun beberapa kotak kek yang sudah siap dengan pelbagai riasan.

"Hari jadi siapa?" Tanya Haikal.

"Girlfriend dia katanya. Nanti kau hantar lepastu tolong pegangkan belon. Dah settle girlfriend dia datang, kau baliklah." Arah Raudah.

"Perlu ke buat semua tu?" Haikal sudah malas.

"Ya. Diorang bayar ok. Nanti akak bagi upah."

"No need. Haikal ada duit."

"Baiknya adik akak!"

Raudah picit kedua pipi adiknya. Haikal hanya menunjukkan wajah menyampah. Dia menutup bonet kereta sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta. Dia memakai seatbelt sebelum menurunkan cermin.

"Alamat semua akak dah hantarkan dalam WhatsApp kau. Ada tiga tempat. Last sekali baru kau hantar kek yang paling besar. Faham?"

Haikal hanya mengangguk sebelum memulakan pemanduan. Dia hanya menurut. Telefon dibuka seraya mula menjalankan tugas. Nasib baik dia sayangkan Raudah, kalau tak buat je semua sendiri! Haih.

Satu persatu tempahan dihantar dengan pantas. Sebaik saja tempahan yang terakhir, Haikal memakir kereta pada kawasan tasik itu. Amboi? Sampai macam ni sekali diorang nak suprise.

Haikal berjalan ke arah tengah tasik. Kawasan yang sudah siap di hias cantik dengan tema putih bersih. Haikal memandang jam pada tangan, sudah terlewat. Atau dia sampai awal? Kedua tangannya sudah penuh. Sebelah pegang kek dan sebelah lagi pegang belon. Dah macam badut dia dekat sini.

Tubuh Haikal mengeras. Bebola mata berwarna 'ash grey' menatap pada susuk tubuh yang sedang membongkok di atas tikar comel yang terbentang luas. Wanita itu memakai gaun kosong separas betis. Rambut wolf cut separas bahu, berwarna hitam kehijauan. Dia..terpana.

"A...Adra?" Sapanya.

Wanita itu menoleh pantas. Adra membulat. Tidak pernah dia sangka, dia akan bertemu kembali dengan wanita itu. Haikal sudah membatu. Matanya berkaca sebaik menyedari semua tempahan itu sebenarnya daripada kekasih Adra.

Tangannya terlepas dari memang keduanya. Kek yang sudah jatuh berkecai dan belon yang sudah berterbangan di udara.

"Hey!!!"


*****

FAIQ ketawa perlahan. Wajah mencuka Adra dipandang. Memang apa yang berlaku tadi diluar jangkaan dia. Kek yang sudah berkecai dipandang. Masih juga Adra makan walaupun rasanya sudah bercampur semua. Habis semua kejutan yang dia rancangkan gara-gara pengirim yang bertukar.

"Janganlah marah. I'm sorry okay?" Ujar Faiq.

"Saya tak kisah kalau awak nak buat suprise ni semua. But not with him okay? Apa yang dah jadi harini boleh buatkan dia tambah kecewa tahu? Kenapa awak nak kena tempah kek dekat kak Raudah?! Takda orang lain ke?!" Marah Adra.

"Dah awak cakap, kek dia paling sedap. Saya orderlah dari dia. Mana saya tahu, ex husband awak yang hantarkan? Sekarang nak salahkan siapa? Now. Fokus. Happy birthday sayang."

"Harini bukan birthday saya."

Faiq ketawa lagi. Ya, dia tahu. Dia cuma kehilangan idea bagaimana hendak gembirakan wanita itu. Adra itu, perempuan yang paling susah hendak menerima hadiah atau sebarang kejutan. Jadi inilah satu-satunya cara. Belum sempat surprise, kek dah kena lenyek!

"Saya nak buat awak happy. I'm sorry okay? Nanti saya mintak Raudah gantikan balik kek tu. Kesian awak," Faiq mengusap kepala wanita itu.

Adra menepis perlahan.

"Jangan bergurau macam ni lagi, Faiq. Saya tak suka. Jangan mainkan perasaan Haikal. Dia lelaki baik." Pesan Adra dengan nada perlahan.

Apa agaknya yang berlaku? Bagaimana reaksi sebenar Haikal setelah melihat semua tu. Pastinya dia sudah tahu bahawa dia mempunyai kekasih baharu. Dan yang lebih pelik, kenapa tiba-tiba saja Haikal yang menjadi penghantar? Pasti semuanya muslihat Raudah. Apa sebenarnya yang dia mahu tunjukkan?

"Awak masih peduli dengan ex husband awak. Kenapa, awak risau dia sakit hati?" Tanya Faiq.

"Saya tak risau kalau dia sakit hati. Budak manja macam Haikal tu, kalau kecewa boleh tahan gilanya. Saya tak nak jadi penyebab dia hilang waras. Saya hormatkan parents dia, diorang baik sangat. Kalau awak rasa nak teruskan hubungan kita, jangan sesekali cari pasal depan Haikal. Jangan buat benda macam tadi." Keras Adra memberi pesanan.

"Tak salah apa saya cakap pada dia kan? Saya cuma bagitau dia yang saya ni kekasih awak. Apa masalahnya?"

"Takda masalah. Cuma awak belum kenal siapa Haikal. Dia..tak selembut yang semua orang sangka. Saya tahulah, saya kenal dia."

"Habistu? Awak terima saya atas dasar apa? Simpati?"

Adra mengangkat kepala. Berbalas pandangan dengan Faiq yang masih tidak berhenti tersenyum. Dia menggeleng kepala. Tidak mungkin dia menerima Faiq atas dasar simpati. Dia adalah satu-satunya orang yang ada sewaktu di dalam keadaan terpuruk. Faiq merupakan orang penting baginya.

"Saya ikhlas terima awak. Lagipun kita akan kahwin kan?" Ujar Adra.

"Yes, dear. Kita akan berkahwin. Saya akan pastikan awak milik saya. Insha Allah." Faiq semakin yakin dengan percakapan nya.

Pagi itu mereka berdua menghabiskan masa di tasik. Faiq hanya berbaring pada tikar. Sesekali dia menoleh ke arah Adra yang sedang duduk bersimpuh sambil membaca novel ditangan.

"Boleh awak cerita kenapa awak bercerai?"

"No. Itu masalah saya, bukan awak."

"Tapi cara awak pandang dia, macam awak masih simpan perasaan sayang pada dia."

"Merepek!"

Adra mengangkat kepala. Sudah tiga tahun dia tidak berjumpa dengan Haikal. Dalam tempoh itu, dia cuba mengelak sebaik mungkin. Dia hanya mahu hilang daripada pandangan mata lelaki itu. Dia.. bukan perempuan baik yang boleh bersama dengan Haikal. Sudah cukup bagus dia mahu melupakan Haikal, harini mereka bertemu kembali.

Ah, serabut.

"Mama awak jadi nak datang hujung minggu ni?" Soal Adra.

"Insha Allah. Kan kita dah beli cincin? Awak dah ready nak jadi tunang saya, cik Adra?" Sakat Faiq sebelum mengenyitkan mata.

Adra ketawa.

"Insha Allah. Jangan lupa bagitau bapak. Dia bukan boleh sangat. Nanti dia marah lagi awak datang mengejut."

"Awak kan dah cakap? Cukuplah tu."

"Mana boleh macam tu? Bapak tu bapa saya. Awak kenalah curi perhatian dia dan jugak belajar jadi menantu yang baik!"

"Macam mana saya nak belajar kalau bapak awak asyik nampak ex husband awak je?!"

Faiq mengiringkan badan. Kadangkala dia fed up. Tetapi memandangkan dia sudah jatuh sayang pada wanita ini, Di turutkan saja. Memang menakutkan kalau berhadapan dengan Tok Adi. Bapa kepada Adra itu sangat menyeramkan.

"Bapak tu baiklah. Awak je tak reti." Adra ketuk novel pada bahu lelaki itu.

Faiq ketawa. Dia bangun dari pembaringan. Menatap wajah comel Adra dengan penuh kasih.

"Saya sayang awak tau. Insha Allah saya akan bahagiakan awak." Faiq tersengih.

"Insha Allah. Semoga kita berjodoh." Adra hanya ketawa perlahan.

Angin pagi menampar pipi. Adra termenung sendiri. Dia duduk menompang dagu. Bertunang dengan Faiq? Terkadang dia merasakan itu semua adalah keputusan terburu-buru.

"Adra, awak tak buat semua ni sebab nak lari daripada dia kan?" Tebak Faiq.

"Kenapa awak fikir macam tu?" Tanya Adra.

"Nothing. Just curious. Manalah tahu awak cuma terima saya dengan alasan nak lari daripada dia." Faiq nampak murung.

"Kalau awak tak percayakan saya, baik awak jangan ada hubungan dengan saya. Saya tak suka hidup dengan lelaki yang langsung takda kepercayaan pada saya. Awak kena ingat tu."

"Yalah. Sorry,"

Adra hanya diam selepas itu. Dia bangun perlahan sebaik saja melihat sesuatu di atas rumput. Tempat di mana Haikal berdiri sebentar tadi. Keychain dinosaur hijau comel. Mungkin sudah terputus daripada kunci kereta miliknya?

Laju saja dia ambil sebelum dimasukkan ke dalam poket.

"Adik!" Panggil seseorang.

Tuah melangkah dengan tenang. Dia berjalan ke arah adiknya sebelum berdiri tegak.

"Bapak suruh adik balik. Adik cakap da latihan harini? Kenapa keluar dengan Faiq pulak?" Soal Tuah seraya menjeling tajam pada lelaki itu.

"Saja keluar release tension. Kejap lagi adik baliklah. Abang tak nak jumpa Faiq dulu?" Tanya Adra.

"Tak berminat. Lagipun hujung minggu nanti adik dengan dia nak bertunang kan? Tak payahlah jumpa kerap sangat. Tak manis orang tengok!"

"Yalah."

"Bapak jemput Haji Haqimi datang."

"Apa?!"

Habislah. Kenapa dalam banyak-banyak tetamu, Haji Haqimi jugak yang dijemput oleh bapanya? Macam mana kalau Hajah Shafarina juga datang? Dia.. tidak sanggup melihat wajah mereka semua. Perasaan bersalah masih tidak dapat dia buang.

"Bang! Kejap lagi saya hantar dia balik!" Faiq sudah mendekat.

Tuah terus memberi isyarat sebelum berjalan pergi. Lelaki yang hanya memakai singlet bersama seluar pendek itu langsung tidak mempedulikan Faiq. Dia, tetap dingin seperti bapanya.

"Jomlah. Makan. Kejap lagi kita balik!" Ajak Adra.

Faiq hanya menurut. Untuk masuk ke dalam keluarga dingin Tok Adi, dia rasakan semua itu mustahil. Hanya saja dia teruskan kerana rasa cintanya pada Adra. Mampukah dia bertahan? Hatinya, masih ragu-ragu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience