BAB 4

Romance Completed 42073

Kayuhan basikal comel berwarna pink itu semakin laju. Adra mengayuh dengan sekuat tenaga. Rasanya sudah hampir satu jam dia meronda sendiri. Sekarang sudah jam enam petang, pasti suaminya sudah pulang dari kerja. Berapa dia tidak berjumpa dengan Haikal? Nah, seminggu.

Rindu dalam hatinya sudah menebal. Dia rindukan lelaki manja itu. Kayuhan di percepatkan. Adra mahu segera tiba dirumah. Handle basikal membelok sebaik saja melihat kereta Ford Mustang Shelby berwarna oren terpakir di halaman rumah. Senyuman Adra melebar sebaik saja melihat lelaki yang sedang berbual rancak dengan Tok Adi.

"Honey!!" Panggil Haikal.

Lelaki itu berlari ke arahnya. Atau lebih tepat lagi, mendukung dirinya sebaik saja mereka dekat. Adra ketawa perlahan. Wajah comel Haikal dipandang dengan penuh rasa rindu.

"Turunkan honey. Malulah," ujar Adra.

Haikal hanya menurut. Dia meletakkan Adra di atas tanah sebelum menghulurkan tangan. Kucupan hangat dari isterinya buatkan senyuman Haikal melebar.

"Welcome back, sayang. I miss you so much." Ucap Adra seraya memeluk suaminya.

"I miss you more, honey." Haikal kuatkan pelukan.

Baru seminggu berpisah, dia sudah rindukan wanita itu. Perasannya semakin teruja sebaik saja melihat bagaimana lajunya Adra mengayuh basikal sebentar tadi.

"So, sayang takda, honey buat apa?" Soal Haikal sambil bermain dengan rambut Adra.

"Macam biasa. Training. Minggu depan honey ada match. Sayang ada tak?" Soal Adra sambil merehatkan dagu pada dada suaminya.

"Sorry, honey. Sayang kerja minggu ni. Ni pun balik sekejap je. Tiga hari." Jawab Haikal.

Adra melepaskan pelukan. Terkadang, dia merasakan pekerjaan Haikal sebagai juruterbang seakan tiada masa. Mereka terpaksa berpisah dalam tempoh masa yang agak lama kemudian baru bertemu kembali. Bukannya jiwa je penat, hati pun sama!

"Janganlah merajuk! Bukannya sayang sengaja. Apa pun, sayang yakin..honey boleh buat? You're the best! You're my rainbow and my wife!" Haikal cium pipi wanita itu.

"Jangan nak bodek sangat! Honey belum maafkan lagi apa sayang buat haritu eh!" Adra sudah mencubit just pipi Haikal.

Wajah Haikal memerah. Tidak akan dia lupakan perbuatannya sebelum terbang ke luar negara minggu lalu. Nak buat macam mana? Siapa ja boleh tinggalkan isteri tersayang sendiri?

"Sayang belikan honey kangaroo! Nak tengok?" Haikal menukar topik perbualan.

Adra kecilkan mata. Macam tidak mahu percaya saja dengan Haikal. Bukan boleh harap sangat suaminya. Nampak saja manja, lembut,baik tapi sebaliknya? Dia je yang tahu.

Haikal membuka pintu kereta. Badannya membongkok untuk mengambil sesuatu. Sebaik saja tangannya mencapai, dia membawa keluar 'kangaroo' yang dimaksudkan olehnya.

"Tadaaaaa! For my honey!" Ujar Haikal dengan gembira.

"Ya Allah dia betul-betul belikan Adra kangaroo lah!"

"Kamu memang menantu bapak!"

Usik sudah kedengaran. Tawa Tuah lagi kuat daripada bunyi ekzos kereta Haikal. Mana tidaknya? Patung kangaroo yang sangat besar itu sudah berada dihadapan Adra. Malah, sama tinggi dengan Haikal!

Ya Allah budak ni!

"Honey? Hmm? Honey tak suka ke?" Haikal sudah muncungkan bibir.

"Habislah kau, Kal! Tidur luarlah malam ni!" Tuah bersuara lagi dengan sisa tawa.

Adra mengeluh perlahan. Dia memang meminta Haikal belikan kangaroo untuknya tetapi bukan sebesar badan manusia! Ini dah melebih! Tahap sindiran halus!

"Thanks, sayang." Adra mengambil kangaroo dari tangan suaminya.

Gebu. Lembut. Wangi. Lekat bau Haikal.

"Macam tak happy je? Honey tak suka tak apa, nanti saya beli lain. Ok?" Haikal usap pipi isterinya.

"No, it's fine. Bukan senang sayang nak bawak balik kangaroo besar ni kan? Thank you." Adra sudah tersengih.

Pastinya sukar untuk Haikal. Sudahlah besar, dengan beg lagi. Pasti ramai orang yang ketawakan dirinya gara-gara membawa pulang kangaroo sebesar itu. Haikal sudah tersengih lebar. Dia menarik Adra rapat dengannya.

"Jangan nak mengada eh. Bapak dengan abang ada tu!"

"I don't care! Kangaroo ni ada boleh jadi tukang lindung!"

"Banyaklah sayang punya tukang lindung!"

"Gimme a kiss!"

"No!!"

Adra sudah melarikan diri. Haikal hanya mengejar dari belakang sebelum wanita itu jatuh tersembam pada tanah. Lututnya berdarah.

"Ya Allah honey! Itulah! Siapa suruh lari?" Bebel Haikal sambil mengelap darah yang mengalir keluar dengan bajunya.

"Tak sakitlah. Sikit je ni. Sayang ni!" Tegur Adra.

Tok Adi sudah bangun dari bangku sebelum berjalan ke arah mereka. Kepalanya digeleng perlahan.

"Kau berdua ni, sehari tak buat masalah tak boleh agaknya? Haikal, kau tahu isteri kau? Masa kau tak ada, bukan main dia nangis setiap hari rindukan kau!"

"Yeke, honey?"

"Mana ada! Bapak memandai je!"

Haikal ketawa perlahan. Dia mengangkat tubuh Adra sebelum mengenyitkan mata.

"Do you love me, Adra?" Tanya Haikal dengan manja.

"Yes, I do. I do love you, Haikal Amir." Balas Adra dengan malu-malu.

"Promise me, you will never leave me. Sampai ajal menjemput, janji dengan sayang. Jangan sesekali fikirkan perpisahan."

"Insha Allah, sayang. Do you love me too?"

Haikal gesel hidung mereka. Adra sudah kemerahan.

"I love you so much, honey. Selama mana hati sayang masih berdegup, untuk honey." Jawab Haikal sambil mencium pipi isterinya.

Tok Adi sudah menggeleng kepala. Dia mengambil kangaroo itu sebelum dibawa masuk. Pasangan pengantin baru itu masih berasmara ditengah halaman. Keduanya saling tertawa bahagia.

"Takda sushi harini?" Tangan Adra sambil melingkarkan tangan pada leher Haikal.

"Sorry, honey. Sayang lupa beli. Malam nanti ya?" Haikal sudah berjalan ke arah basikal.

"Tak apa. Janji sayang dah balik!" Adra peluk erat lelaki itu.

Suara tawa Haikal kedengaran. Dia meletakkan Adra pada tempat duduk belakang. Haikal pula sudah mengambil posisi.

"Kita nak ke mana?" Soal Adra.

"Ke tempat yang takda sesiapa dapat pisahkan kita?"

"Cliché lah!"

Kayuhan dimulakan. Haikal masih tersenyum manis. Pelukan pada pinggangnya terasa kemas. Adra merehatkan kepalanya pada badan lelaki itu. Rindunya.

Petang itu, mereka sama-sama melepaskan rindu. Basikal comel yang membawa keduanya serasa perlahan di atas jalan. Adra mendepakan kedua tangan. Ternyata, berbasikal bersama Haikal jauh lebih seronok.

"Kalau kita stay dekat kampung ni boleh tak sayang?" Tanya Adra sebaik saja mereka berhenti di sawah padi.

"Sini? Why? Rumah kita, baru je sayang beli. Tak nak duduk sana?" Haikal sudah menongkat basikal.

"Sayang kan selalu kerja. Kalau stay kampung, mesti dapat dekat dengan bapak. Rasa selamat sikit. Kalau rumah kita tu, jauh daripada rumah umi. Kalau jadi apa-apa nanti, ha..siapa susah?" Adra mengerdipkan mata berkali-kali.

"Betul jugak kan, honey? Tapi ada ke orang boleh do something to you? Sayang pun hari-hari kena belasah?"

"Sayang!!!"

Haikal ketawa. Bahu Adra dirangkul erat. Pemandangan sawah padi yang terbentang luas nampak sangat cantik. Dia melepaskan keluhan.

Ya Allah, pinjamkan aku sedikit masa lagi untuk bahagiakan Adra. Sikit saja lagi.

"Jangan sesekali terfikir nak tinggalkan sayang."

"Eh, tiber je sayang ni!"

"Honey, I'm serious."

Raut wajah Haikal yang keruh dipandang. Adra hanya tersenyum. Dia tahu, ada kerisauan yang Haikal selalu rasakan. Dia memeluk lelaki itu.

"Honey akan tetap jadi milik sayang, sampai bila-bila. Insha Allah. Kalau nanti honey berubah hati, ketuk je kepala honey ni!" Ujar Adra dengan selamba.

Haikal ketawa. Hidung Adra dipicit kuat. Geram dengan sikap suka bergurau isterinya.

Yeah, doa yang baik-baik saja.


*****

PATUNG kangaroo besar itu dibawa rapat ke dada. Haikal mengeluh perlahan. Sudah berapa lama dia begitu? Sekarang sudah jam tiga pagi, dia masih belum dapat tidur. Diluar masih hujan. Hujan yang langsung tidak membawa sebarang kegembiraan padanya.

Resah dan hambar. Sebegitu peritnya, air hujan.

"Honey tak tepati janji-janji honey." Luahnya sendiri.

Haikal memeluk patung itu. Ya, hadiah yang pernah dia beri pada Adra suatu ketika dahulu. Cuma tinggal kenangan sebaik saja wanita itu memulangkan semula kesemua hadiah yang pernah dia bagi. Apa salahnya kalau simpan?

Mungkin betul, Adra sudah benar-benar berubah hati.

Dia saja, yang masih terikat dengan kenangan lama. Tidak sesekali dia memberi peluang kepada orang baru. Cukup sekali dia jatuh cinta dan selamanya tidak akan pernah berubah. Dia hanya perlukan Adra dalam hidupnya. Bukan perempuan lain.

Ketukan dipintu kedengaran. Haikal pekakkan telinga. Malas mahu melayan. Jam begini, siapa lagi yang mengacau kalau bukan Raudah?

"Haikal!" Panggil Raudah yang sudah merempuh masuk.

Dia melangkah ke arah jendela bilik yang terbuka. Laju saja tangannya menutup kasar. Apa nak jadi dengan Haikal? Jam tiga pagi boleh bukak tingkap? Dah gila agaknya?

"Kal, kau kenapa belum tidur?" Soal Raudah sebelum duduk di birai katil.

Haikal senyap. Langsung tidak membalas. Dia masih tidur secara mengiring sambil memeluk patung kangaroo besar itu.

"Kau teringatkan Adra lagi? Tak cukup dengan apa yang kau tengok siang tadi? Dia dah ada pengganti kaulah." Ujar Raudah.

"Biarlah. Asalkan belum kahwin, dia bukan milik sesiapa. Kalau Kal tahu jadi macam ni, baik Kal masuk campur tiga tahun lepas. Menyesal dengar cakap korang semua." Rungut Haikal dengan perlahan.

Raudah mengeluh. Apa betulnya apa yang Haikal cakap. Kalau saja dalam tempoh tiga tahun itu, Haikal masih berusaha, mungkin kah keadaan akan menjadi berbeza?

Tidak tahu. Dia tiada jawapan. Dia sendiri tak pasti sampai ke mana perhubungan mereka.

"Kau sayang Adra?" Soal Raudah.

"Soalan sama lagi. Nak aku jerit satu dunia baru kau percaya? Aku sayang dia. Kalau tak, dah lama aku kahwin dengan perempuan lain!" Balas Haikal, kasar.

"Faham. Tapi kan, umi akan carikan kau calon? Kawan ustazah kau apa cerita?"

"Ustazah menda? Dia bukannya ustazah pun. Umi je selalu ingat dia ustazah padahal baru sekali nampak dia keluar dari tahfiz tu. Dia tukang masak je dekat sana!"

"Kau ni, tak baiklah! Apa salahnya dia kerja apa pun? Takkan kau memilih sebab kerjaya dia?"

"Bukan soal kerjaya tapi soal hati. Aku sayang Adra and aku cuma akan kekal dengan perasaan ni. Umi dengan walid jangan berangan nak ada menantu perempuan lain selain daripada dia."

Tekadnya sudah utuh. Tiada perempuan lain selain Adra. Pertemuan siang tadi, bukan alasan untuk dia berhenti mengejar wanita itu. Dia harus..merampas Adra kembali. Biar apa yang berlaku sekalipun, dia tetap perlukan Adra.

"Kalau Adra dah berubah hati?" Tebak Raudah.

"Kal akan cuba buat dia jatuh cinta balik. Sama macam dia buat Kal jatuh cinta pada dia dulu." Haikal senyum comel.

Patung kangaroo itu dicium. Hmm, baunya sudah hilang. Tiada lagi bau Adra. Tiga tahun, lama jugak dia abaikan Adra kan? Salah dia, mungkin.

"Besok kan, kau ikut umi pergi rumah kebajikan dia." Arah Raudah.

"Buat apa? Aku malaslah. Sana orang tua je banyak!" Balas Haikal sambil memejamkan mata.

"Kau tak tahu, mana mungkin kau jumpa jodoh kau?" Usik Raudah.

"Kau nak aku buat kau dapat suami baru?"

"Kau ni! Aku gurau je kot? Minggu depan kita buat birthday party anak aku. Nanti aku jemput Adra! Amacam?"

Terbuka mata Haikal mendengar nama itu. Senyumannya ditahan.

"Ikut kaulah, kak." Balasnya acuh tak acuh.

"Ok..nanti kita buat! Lagipun kalau kau bersungguh nak dia balik, kau kena buktikan. Bukannya jadi budak-budak macam sekarang! Kau ingat Adra macam dulu? Dia pun dah banyak berubahlah! So, bro. Kuatkan semangat. Usaha lebih sikit!" Punggung Haikal ditampar kuat sebelum melangkah keluar.

Haikal bangun duduk menegak. Dia berfikir sejenak. Lusa dia akan pergi ke rumah Tok Adi bersama walid. Minggu depan boleh jumpa lagi! Ini dikatakan rezeki tak salah alamat!

Sengihan Haikal melebar. Dia ketawa sendiri. Tubuhnya dibaringkan. Esok, dia harus mulakan semuanya dengan teliti. Dia tidak patut merajuk seperti sekarang. Ya.

Kalau Adra sendiri dah berubah jadi orang baru, kenapa bukan dia?

She want a man then I will give her that.

Be a man with no cry, huh.?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience