BAB 3

Romance Completed 42073

Hajah Shafarina melangkah masuk ke dalam rumah dengan perlahan. Beberapa beg kertas diletakkan pada sofa. Penat sekali hari ini. Seharian dia keluar bersama dengan rakan-rakan lama. Kalau bukan kerana pertubuhan rumah kebajikan yang dia usahakan, dia lebih gemar tinggal dirumah sahaja.

Tubuhnya direhatkan pada kerusi urut jenama mahal itu. Lega rasanya.

"Dah balik?" Sapa Haji Haqimi yang baru saja pulang dari surau.

Kopiah dibuka sebelum berjalan ke arah sofa. Memandang pada isterinya yang masih tersenyum lebar. Seharian keluar, baru nampak muka.

"Harini penat sikit. Ada lawatan daripada pihak penganjur tu. Abang buat apa je dekat rumah?" Soalnya.

"Berkebun. Macam biasa. Pokok tomato belakang rumah dah berbuah, nanti boleh jual. Dapatlah duit poket. Lebih, abang sedekah." Haji Haqimi senyum comel.

"Alhamdulilah. Berbudi pada tanah, Insha Allah kita dapat hasilnya bang. Senyap je? Anak-anak hyper abang mana? Merajuk lagi?" Tanya Hajah Shafarina.

Siapa tidak terkejut? Dia mendapat panggilan daripada suaminya mengatakan Arjan yang menghantar anak lelaki mereka. Setibanya dirumah, Haikal sudah menangis teresak-esak seperti budak kecik. Mau tak pening semua orang!

"Merajuk lagi. Ada berkurung dalam bilik tu. Dia cakap, dia tak nak makan seminggu!" Beritahu Haji Haqimi sambil tertawa.

"Apa kes sebenarnya? Raudah buat hal lagi?"

"Siapa lagi yang suka usik emosi dia kalau bukan Raudah? Dah kantoi pun, dia dah tahu yang Adra tengah bercinta dengan orang lain. Mau tak menangis budak tu?"

"Abanglah, manjakan sangat dia. Tengok sekarang? Menjadi-jadi angau dia tu!"

Risau. Semenjak perpisahan dengan bekas isterinya, Haikal berubah drastik. Dia lebih suka bekerja dan tidak mahu pulang ke rumah. Kalau pulang ke rumah, Haikal lebih gemar bersendirian. Tidak pulak dia mahu bersembang dengan mereka semua. Yang dia tahu, tengok gambar Adra dua puluh empat jam!

"Tak boleh nak salahkan dia jugak. Adra yang nak sangat diorang bercerai dulu. Sekarang yang jadi mangsa, Haikal. Dia sayang Adra tu tapi yang sorang lagi dah bahagia dengan kehidupan baru dia. Kita bagilah dia masa, Ina." Ujar Haji Haqimi.

"Tiga tahun, bang. Takkan dalam tempoh tu tak cukup? Senang cerita, kita kahwinkan dia dengan ustazah. Senang sikit, kalau Haikal tantrum, rukyah je dia!" Hajah Shafarina sudah semangat.

"Astaghfirullahalazim! Ina! Anak awak sihat lagi tau? Bukannya dia terasuk atau histeria. Awak ni. Marah pun berpada jugak! Ada awak ingat time bawak dia jumpa ustaz? Apa dia cakap dekat ustaz tu?"

"Saya takda sakit misteri, ustaz jangan temberang. Saya angau dekat janda saya dengan rela hati. Berdosa menipu ustaz tahu?"

Berdekah mereka berdua ketawa. Berair mata Haji Haqimi jika dia ingat kembali. Memang lucu. Isterinya memang pemikiran diluar kotak. Suka sangat fikir yang bukan-bukan. Ada saja perkara pelik yang Haikal buat sampaikan emaknya sudah hilang arah.

"Masa dia merayu dekat gelanggang tinju? Awak ingat?" Soal Haji Haqimi.

"Gila tak ingat? Teruk dia kena belasah dengan Adra time tu. Lebam dua-dua mata!" Hajah Shafarina ketawa lagi.

Siap menepuk tangan dengan kuat. Haji Haqimi tidak kurangnya, dia juga masih ketawa. Lucu dan menggelikan hati.

"Tapi itulah, saya selalu doakan diorang berjodoh semula." Haji Haqimi senyum hambar.

"Abang nak Haikal tahu semuanya? Kan kita dah janji dengan Adra pasal hal ni? Tak boleh mungkin janji bang. Nanti dua hati remuk." Hajah Shafarina sudah bertegas.

"Tapi semakin lama, rahsia ni akan terbongkar jugak. Tak daripada mulut kita sendiri, mulut orang lain. Kan?"

"Ya, abang. Saya tahu. Cuma sekarang, bukan masa sesuai. Abang tahukan perangai Haikal tu macam mana? Buatnya dia tahu? Maunya dia bunuh orang tu!"

Hajah Shafarina geleng kepala. Tidak sanggup dia bayangkan kalau anaknya masuk penjara. Tidak. Dia tidak mahu, sebab dia kenal anak lelakinya bagaimana. Nampak saja manja, tapi perangai baran yang Haikal ada, persis Haji Haqimi. Menakutkan.

Eii. Seram kalau ingat balik!

"Bila-bila awak bawaklah dia pergi rumah kebajikan tu. Bagi dia insaf sikit. Fikir, kalau dia tak kahwin, siapa nak jaga dia kalau kita dua pendek umur? Duduklah rumah kebajikan tu sorang-sorang!" Suara Haji Haqimi kedengaran sinis.

"Dah pernah ajak, tak mau nya budak tu ikut. Alasan dia, malas. Malas. Malas. Itu je, dia tahu cakap. Cuba cakap Adra kerja dekat sana, rasanya hari-hari dia pergi!" Balas Hajah Shafarina.

Dia tidak beritahu lagi anaknya soal perkara itu. Tentang Adra yang bekerja dirumah kebajikan miliknya. Alhamdulilah wanita itu sangat tangkas dalam bekerja. Nampak santai dan sentiasa bersikap lemah-lembut.

"Awak suka Adra?"

"Siapa yang tak nak menantu baik macam dia bang? Saya sayang budak berdua tu. Tapi tulah, kita takda dekat tempat diorang. Apa boleh buat?'

"Awak dah bagitau Haikal pasal majlis minggu ni?"

"Belum lagi. Abang?"

Haji Haqimi sengih. Dia membuka kopiah sebelum menunjukkan lesung pipit pada pipinya.

"Abang cakap ada majlis dekat rumah Adi je. Terus Haikal nak ikut. Ok tak?" Tanya Haji Haqimi bersama sengihan.

"Mana boleh. Kena kasi jelas bang! Nanti dia buat kecoh dekat majlis orang? Kan lagi susah!" Hajah Shafarina picit kepala.

Ya Allah. Boleh sakit jantung kalau fikirkan perangai gila anaknya. Apa boleh buat? Nasi sudah menjadi bubur.

"Adi ada cakap jugak, Adra selalu ulang-alik ke hospital. Dia masih perlukan ubat, sometimes." Beritahu Haji Haqimi.

"Trauma dia masih ada. Saya dengar, dia dah berhenti jadi peninju? Kenapa?" Soal Hajah Shafarina, ingin tahu.

Suaminya mengeluh perlahan. Dia hanya tersenyum sebelum menjongket bahu.

"Itu, abang tak tahu. Kena tanya Adra sendiri. Apa pun, dia je ada jawapan semua tu. Untuk sekarang, Haikal sorang yang tak tahu apa-apa."

"Kena pesan jugak dekat Raudah tu. Jangan terlalu suka menyakat. Nanti makan diri dia balik baru tahu!"

"Anak awak, ikut perangai awaklah!"

"Abang.."

Wanita itu kecilkan matanya. Sindiran halus daripada Haji Haqimi terasa menusuk ke dalam. Benar, Raudah memang seperti dirinya. Sebijik! Aduh.

Usai menggunakan mesin pengurut, Hajah Shafarina berjalan ke tingkat atas. Mahu memujuk Haikal yang masih merajuk. Beg kertas yang dia bawa pulang turut dibawa bersama. Setibanya dihadapan pintu bilik anaknya, dia menolak perlahan daun pintu yang sedikit terbuka.

"Haikal? Anak umi?" Panggilnya seraya melangkah masuk.

"Yes, umi? What do you want?" Soal Haikal yang sedang tidur di atas lantai.

Bersepah gambar-gambar Adra disana. Hajah Shafarina geleng kepala. Apa nak jadi agaknya?

"Anak umi sihat?'

"Tak!"

"Anak umi sakit apa?"

"Hati!"

Hajah Shafarina menahan tawa. Sedaya upaya dia menekup mulut supaya tawanya tidak pecah. Kelakar betul Haikal sekarang. Sudahlah dengan memakai baju tidur corak Shinchan, rambut serabai, alahai. Macam budak-budak!

"Anak umi sakit hati sebab apa?" Soal Hajah Shafarina sambil mengusap pipi anaknya.

"Umi tahu? Adra dah ada boyfriend!" Haikal peluk tubuh.

Sakit hati kalau ingat balik. Sayang? Cis. Berani betul Faiq memanggil wanita itu dengan panggilan sayang!

"Adra ada boyfriend? Biarlah dia. Kan itu life dia?" Balas Hajah Shafarina.

"Umi ni! Tak supportive langsung! Cubalah sedapkan hati Haikal sikit. Ini tidak, sama je macam kakak!" Rungut Haikal yang sudah bangun duduk menegak.

Merenung tajam wajah uminya yang masih tenang. Tersenyum dan menggeleng perlahan.

"Anak umi ni. Kenapa sampai macam ni, sayang? Kamu memang suka betul dekat Adra ya?" Hajah Shafarina usap kedua pipi anaknya.

Haikal angguk perlahan.

Perlukan dia jerit supaya satu dunia dengar? Ah. Menyebalkan.

"Haikal suka dia, umi. Haikal sayang dia. Kenapa umi tak masuk meminang Adra sekali lagi? Mesti bapak terima punya! Bapak sayang Haikal tau!"

"Memanglah bapak Adi sayangkan kamu. Tapi perasaan anak dia pun penting jugak. Macam mana kalau kamu usaha tapi dah takdir Allah kamu berdua takda jodoh? Takkan nak lawan jugak?"

"Tak kiralah! Haikal akan usaha. Sampai dapat! Tunggulah!"

"No, tak baik paksa orang. Haikal! Dengar sini. Tak baik tahu, paksa Adra terima kamu!"

Haikal sengih. Dia menunjukkan wajah tidak peduli. Hanya saja dia ketawa. Gambar Adra di ambil. Biar saja semua orang menyangka dia gila, cukup dia saja tahu berapa besar perasaan sukanya pada wanita itu.

"Memang susah ya nak dengar cakap orang?"

"Yeah. I like her, umi. Kenapa semua orang nak nafikan kebenaran tu?"

"Tapi kebenaran kamu tak sama macam Adra. Dia tak sukakan kamu!"

"Umi yakin?"

Lidahnya kelu. Pertanyaan daripada Haikal buatkan dia berfikir sejenak. Mereka semua saksi bagaimana bahagia nya pasangan itu dahulu. Hanya kerana satu kejadian, semuanya berubah dalam sekelip mata.

Tapi sayang, Haikal tidak tahu apa-apa.

"Umi beli apa?" Soal Haikal sambil membelek beg kertas yang dibawa oleh wanita itu.

"Sushi. Kamu suka kan?"

"Suka! Thanks, umi!"

"Kata tak nak makan seminggu?"

Suapan Haikal terhenti. Dia menjeling tajam.

"Umi nak Haikal makan ke tidak?"

"Makan. Makanlah, nak."

Anaknya makan dengan perlahan. Haikal makan dengan cermat. Suapan pertama sudah buatkan airmatanya menitis. Pedas sangat ke?

"Sorry. Pedas sangat ke?" Tanya Hajah Shafarina yang sudah panik.

"Tak pedas. Tapi Adra dah ada boyfriend!" Haikal sudah meraung seperti budak-budak.

Hajah Shafarina tampar dahi sendiri. Dia mula dah! Pening kalau hari-hari macam ni. Anak oh anak!

Ini kalau dibiarkan boleh gila. Bukan setakat Haikal yang gila, dia pun tumpang sekali. Itulah orang cakap, cinta tu buta. Tapi kalau kes Haikal, bukan buta. Ni dah kes meroyan. Kalah budak-budak!

Macam mana dia nak jelaskan yang Adra bakal berkahwin? Nak tengok Haikal mengamuk lagi? Ish. Kerja gila. Habis majlis anak orang dia musnahkan. Habistu solusi lain? Cari calon baru. Ya.

Seseorang yang boleh terima Haikal atau seseorang yang Haikal boleh terima. Pening. Pening. Ini baru sorang anak lelaki, kalau ramai? Duduk tanjung rambutan lah!

"Menangis lagi? Budak ni memang tak serik agaknya!" Suara Raudah kedengaran dimuka pintu.

"Kau diamlah! Semua sebab kau tahu tak!" Marah Haikal sambil mengelap airmata.

"Eh. Aku pulak! Aku tunjukkan kau kebenaran je! Biar mata kau celik sikit! Sedar sikit! Angau!" Kutuk Raudah.

"Kau..!"

Haikal bangun sebelum menarik rambut kakaknya. Dia sudah hilang sabar. Geram dengan sikap Raudah yang suka sangat menyindir dirinya.

"Sudah! Sudah!!!" Jerit Hajah Shafarina.

"Melampau eh kau?"

Buk!

Haikal jatuh terduduk. Dia menangis lagi. Lebih kuat daripada tadi. Hajah Shafarina tampar bahu Raudah. Anak perempuannya hanya ketawa.

"Semua orang tak sayang Haikal! Haikal nak Adra!!!" Raung Haikal sambil berguling-guling.

"Umi tengok? Berguling-guling macam kek tapak kaki kuda dah!" Sindir Raudah.

"Ish, kamu ni. Adik kamu tu!" Tegur Hajah Shafarina.

Dia bercekak pinggang. Parah ni. Parah.


*****

KOPI panas diteguk rakus. Tok Adi duduk perlahan di atas bangku kayu dibawah rumah. Sesekali dia memandang pada Adra yang sedang duduk termenung disana. Di atas ribanya ada sebuah tablet baru. Mungkin kerjanya yang belum selesai.

"Termenung apa, malam-malam ni?" Tegur Tok Adi.

Adra ketawa.

"Takda apa, bapak. Bapak tu, kenapa tak tidur lagi?" Soalnya sambil membetulkan duduk.

"Awal lagi. Kau tu, kenapa tak tidur? Fikirkan siapa? Faiq atau Haikal?"

"Mana ada. Buat apa fikir diorang?"

"Yalah. Bapak ringkaskan. Rindu Haikal?"

Adra senyum hambar. Dia menggeleng kepala. Buat apa dia ingat? Bukannya dapat apa. Tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan Faiq, jadi dia harus lupakan Haikal. Pertemuan semula dengan Haikal harini, sudah cukup buatkan harinya kacau-bilau. Dia tidak tahu kenapa Haikal tidak pernah berubah.

Dia akui, Haikal memang perangai begitu. Clingy, budak-budak, kadang siapa ja tak geram? Cuma dia belum pernah melihat lelaki itu seperti siang tadi. Nampak terdesak.

Kenapa baru sekarang? Tiga tahun Haikal abaikan dirinya. Kenapa baru sekarang dia mahu ambil peduli?

"Faiq cakap, kamu ada jumpa Haikal siang tadi? Akhirnya, setelah tiga tahun hilang..dia munculkan diri balik eh?" Sakat Tok Adi.

"Kebetulan je tu. Faiq pun, semua benda dia nak bagitau bapak!"

"Mestilah. Bapak berminat nak dengar berkaitan dengan Haikal ja. Kalau orang lain, tak berminat. Apa jadi tadi? Dia marah kau?"

"Marah? Dia makin gila adalah."

Tok Adi ketawa. Rokok daun disedut dengan perlahan. Dia tersenyum melihat Adra. Anak perempuannya yang masih tenang tanpa tawa. Sudah berapa lama agaknya dia tidak berjumpa Haikal? Tiga tahun. Hmm, dia rindukan menantu comelnya.

"Dia buat perangai lagi?" Tebak Tok Adi.

"Yalah. Bapak tau? Dia melutut peluk pinggang Adra depan restoran? Siap menangis merayu bagai! Malu tau tak!" Lush Adra dengan wajah memerah.

Bapaknya masih ketawa.

"Tak berubah ya? Budak tu masih sama jugak! Comel. Kau nanti suruh Faiq tu, perangai comel macam dia. Aku suka!" Ujar Tok Adi.

"Mana boleh? Bapak ni. Lain orang, lain cara dia. Mana boleh nak samakan diorang?" Adra cubit lengan bapaknya.

"Tak boleh? Rugilah kau. Dapat suami baik, comel, manja, kau tak nak dah! Nanti dapat Faiq tu, menyesal tak berguna. Dia tu, menyakitkan hati. Macam mana kau yakin dia dapat bahagiakan kau? Kau mampu terima orang lain sedangkan hati kau masih sayangkan Haikal?"

"Bapak.."

"Sekilas ikan di air aku tahu mana jantan betina, inikan perasaan kau? Anak aku. Aku tahulah! Bapak ni hidup lama. Kalau bukan sebab Faiq, kau takkan buang Haikal! Kenapa tak terus-terang je dengan Haikal? Biar budak tu tahu."

"Haikal takkan boleh terima kalau dia tahu, apa yang berlaku. Lagipun suami mana yang sanggup terima isteri dia mengandungkan anak orang lain?"

Tok Adi terdiam. Dia hanya tersenyum sebelum menghembus asap rokok. Wajah sugul anaknya dipandang. Kasihan. Muda-muda lagi sudah berdepan dengan pelbagai masalah.

"Kalau kau bagi peluang pada Haikal, aku tak rasa dia akan buang kau. Kau baik, dia pun baik. Allah dah susun elok. Cuma kau je, terlalu takut. Anak kau pun, dah mati. Apa gunanya kau bertahan? Seksa diri!" Ujar Tok Adi.

"Biar Adra terseksa tak apa. Asalkan bukan Haikal. Untuk sekarang, Adra nak menolak dia. Adra tak nak dia kecewa bila dengan Adra. Cukuplah. Lagipun dia pun dah ada kekasih." Perlahan saja Adra bersuara.

"Kekasih? Budak tu tahu ke bercinta? Kau ingat lagi? Masa mula-mula kau kahwin dengan dia? Malam pertama yang dia menangis sebab tak nak tidur dalam kelambu tu? Siapa pujuk dia.?Kau jugak! Bila dia mengamuk tak nak ikut cakap umi dia, kau pujuk dia. Budak Haikal tu, hanya berpura jadi budak-budak bila kau ada. Tahu sebab apa? Dia nakkan perhatian kau selalu ada pada dia. Bila depan orang lain? Dia matured je."

"Tak kisahlah. Kami bukan suami isteri lagi. Itu kisah lama, Adra tak nak ingat. Sekarang ni.. fokus je apa depan mata."

"Jangan terlalu pentingkan diri. Sesekali pandang perasaan orang lain. Cari orang yang ikhlas dengan kau, bukannya orang yang suka ambik kesempatan pada kau. Dahlah, bapak nak pergi tengok budak-budak dekat belakang sana!"

Adra angguk kepala. Dia hanya memandang pada Tok Adi yang berjalan perlahan ke arah gelanggang di belakang rumah. Tablet ditangan dibelek. Bibirnya mengukir senyum sebaik saja melihat gambar lama dia bersama Haikal.

Betullah kata bapaknya, Haikal tu comel. Perangai budak-budak dia tu yang buatkan dia istimewa daripada orang lain.

"Adraaaaa!! Sini kejap!" Laungan suara Tuah kedengaran kuat.

Laju saja Adra bangkit dari bangku. Dia berjalan ke arah halaman depan. Melihat abangnya yang sedang mengangkat beberapa barangan dapur yang baru saja dibeli.

"Banyaknya. Buat apa semua ni?" Soal Adra sambil mengangkat beberapa beg plastik.

"Lah? Tanya pulak. Ini rezeki, orang bagi. Dalam tu, ada sushi. Makanlah!" Beritahu Tuah sambil tersengih.

"Sushi? Sedapnya!!" Adra sudah teruja.

Kakinya melangkah ke arah beranda rumah. Adra duduk bersila sebelum membuka beg plastik kertas yang diberikan oleh Tuah. Dua bekas sushi yang penuh menerpa mata. Habis dia rambang mata!

"Makanlah. Rezeki adik tu." Ujar Tuah yang sudah duduk di anak tangga.

Seronok melihat adiknya yang suka makan sushi. Kebetulan dia ke pekan sebentar tadi, jadi dia belikan makanan itu untuk Adra. Lihatlah sekarang, dia makan dengan gembira.

Semenjak Adra bercerai, dia sudah jarang melihat senyuman adiknya. Nampak tenang tetapi suka menangis dalam diam.

"Macam mana abang tahu adik suka makan ni? Semua flavour adik suka ni." Tanya Adra dengan mulut penuh.

Tuah hanya tersenyum. Kepala Adra digosok dengan lembut.

"Adik abang kan? Mestilah semua abang tahu. Lagipun dulu, setiap kali balik sini Haikal belikan adik sushi bila dia ke pekan. Masa adik mengandung dulu pun sama jugak. Abang belikan hari-hari. Jadi sekarang, makan je." Tuah sengih.

"Thanks, abang." Adra cubit lengan abangnya sebelum ketawa.

"Adra, abang tanya sikit boleh?"

"Pasal Faiq lagi?"

"Ya. Sampai sekarang abang tak faham, kenapa adik suka dia? Jangan cakap adik terima dia sebab terpaksa."

Bunyi guruh berdentum dilangit. Seakan menggambarkan perasaan Adra ketika itu. Dia berhenti makan sebentar. Mengamati angin malam yang kuat menampar pipi. Sepertinya, hari mahu hujan.

"Kadang-kadang kita kena pilih orang yang sayangkan kita. Bukan siapa yang kita sayang. Adik, tak nak ada kaitan apa-apa lagi dekat Haikal. Abang faham kan?" Suara Tuah bergetar.

"Insha Allah. Abang sokong apa saja yang boleh buat adik happy. Apa saja masalah bagitau abang. Ok?" Tuah gosok kepala adiknya.

Titisan air hujan semakin deras mengalir. Adra hanya tersenyum sebaik saja melihat hujan turun dengan lebat. Mengingatkan dia pada sesuatu.

"Kenapa adik senyum setiap kali hujan turun?" Soal Tuah, hairan.

"Sebab ada orang yang suka sangat dengan hujan."

Adra senyum lebar. Apa khabar dia agaknya? Di sana juga hujan?

"Adik rindu dia?"

"Tipulah kalau adik cakap adik tak rindu dia."

Adra senyum lagi. Sushi dimasukkan ke dalam mulut. Dia hanya makan dengan tenang. Menikmati makan malam bersama titisan air hujan yang membawa seribu kenangan lama.

Dia..sukakan hujan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience