Bab 2

Other Series 920

Tajuk :Airman
Ditulis :Paradise Kiss

Bab 2

Kesejukan air batu menggigit hingga ke tulang hitam selepas mandi Sintai mencari kayu api seperti yang disuruh mak cik nya. Apabila sudah banyak Sintai mengambil akal untuk mengikat kayu api sebelum balik ke tempat mandian nya tadi.Sampai saja di tempat nya mandi tadi Sintai meninggalkan kayu tersebut dan mengambil labu untuk di isikan air. Setelah semua siap Sintai naik ke atas bersama labu dan raga nya.. Apabila sudah melimpasi pokok nira Sintai mencari cari kelibat mak cik nya kemungkinan masih di situ atau sudah balik ke rumah.

"Kemana pulak mak cik ni pergi. "Kata Sintai bermonolog sendiri.
"Oiii Sintai mana kayu api yang mak aku suruh kau cari "labu yang dipegang oleh Sintai hampir jatuh apabila di sergah oleh seseorang dari belakang.Sintai memusing dengan pantas ke belakang untuk melihat siapa yang beradap memanggil nya sebegitu.

"Sebai! Tidak boleh ke kalau kau tu bersopan sedikit panggil orang tidak usah teriak teriak pun aku boleh dengar. "Tegur Sintai sambil menarik nafas panjang masih terkejut.

"Ahh tidak usah kau bersopan tidak perlu mau tunjuk bagus di depan aku. "Sebai jadi bengang mendengar teguran dari Sintai sepupu nya itu.

Sambil menggelengkan kepala Sintai menjawap pertanyaan Sebai tadi.
"Tu kayu api di tempat mandi "

"Aduuhh Sintai! Yang kau tinggalkan kayu tu disana kenapa? Kalau kau tidak menyusahkan aku tidak boleh kah? ". Runggut Sebai muka nya sedikit merah seperti udang bakar.

"Betul betul kau ni manusia yang tidak bersyukur. Sudah bagus aku kumpul aku ikat tinggal kau ambil saja pun kau sudah merungut. Nasib baik aku ni anak perempuan kalau aku lelaki susah lama muka kau cantik tu makan penampar dari aku. "Balas Sintai bengang sebelum berlalu meninggalkan sepupu nya itu.

Sebai yang mendengar kata kata yang keluar dari mulut Sintai berasa geram dan terhina.
"Tunggu kau Sintai! Tunggu! " gumam Sebai geram.Hati nya membara Sambil menyumpah menuruni jalan menuju ke sungai.

***************************

Kita kembali ke sarawak di sebuah perkampungan kaum iban di hulu Katibas. Dari jauh seorang pemuda yang tampan berambut panjang duduk termenung di atas batu.Otak nya masih lagi memikirkan mimpi nya subuh tadi. Mimpi bertemu dengan seorang laki laki yang gagah bertopi bulu burung, 'begagung kirai'(baju yang dibuat dari kulit haiwan).Berterabai dan berilang lagak nya seperti pahlawan iban pada zaman yang pernah diceritakan oleh nenek moyang nya dulu.

"Anak.. Tidak lama lagi ada orang yang berkulit putih datang untuk menghuru harakan kaum kita. Mereka akan membuat onar dan mengupah kaum lain untuk menjadi anjing mereka. Pengaruh mereka sangat kuat siapa yang tidak tunduk akan menjadi mangsa kekejaman mereka."Kata Lelaki itu sambil menepuk bahu nya.

"Lalu apa kita mau buat? Aku tidak suka bangsaku ditindas orang asing."

"Sabar Gawan .Siapa siapa pun tidak mau bangsa nya ditindas.Persiapan orang kita untuk kemungkinan yang akan datang.Kumpulkan puak dayak yang lain kita kena bersatu untuk melindungi antara satu sama lain. "Kata lelaki itu kepada Gawan.

"Tapi... Kalau aku bagitau tuai rumah adakah mereka akan percaya dengan kata ku"jawap Gawan tidak yakin dengan diri nya.

"Aku faham maksud mu.... Itu perkara yang penting sahaja. Tidak usah kau bimbang. Aku ada bersama mu.. Percayalah kata ku. Nanti sebelum purnama penuh aku mahu kau datang ke tempat ini untuk aku persiapan diri kau dengan ilmu kekuatan nanti. Jumpa lagi"Lelaki itu ghaib belum sempat Gawan menyoal nya dengan persoalan.

*****************

"Gawannnnnnn!!!! Ohhh Gawannn!! "Lamunan nya terhenti apabila mendengar suara yang memanggil nama nya.

#besambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience