Bab 3

Other Series 920

Gawan mencari cari suara yang manggil nama nya.

"Kamu buat apa di sini?Bapak sudah lama tunggu kamu ditempat jerat. "Tanya Muling kepada abang nya yang duduk diatas batu merenung sungai.

"Bah ayuh lah kita sama sama pergi sana. "Tanpa menjawap pertanyan adik nya Gawan berjalan terus mendahului adik nya.

"Pelik betul orang dewasa ini. Kalau ditanya bukan nya menjawap. "Kata Muling mengeleng gelengkan kepala nya melihat sikap abang nya yang tidak seperti kebiasaannya.
"Aka (panggilan untuk abang yang sulung atau lebih tua dalam bagi orang iban.) kamu baik baik saja ka? Seperti nya ada yang mengganggu fikiran kamu? "Tanya Muling apabila abang nya masih senyap sepanjang jalan.
"Kamu masih mentah lagi tidak mengerti apa yang ada dipikiranku. "Jawap Gawan menjawap persoalan adik nya sambil tersenyum menepuk bahu Muling. Muling diam selepas mendengar jawapan dari abang nya sehingga lah mereka berdua sampai ditempat bapak nya memasang jerat.
************************
Siiiupppps...! siiiupphhh! siiiiupphh!
Kedengaran bunyi kayuhan rakit yangdatang dari hilir membuat beberapa orang kanak kanak yang mandi di sungai segera pulang untuk memberitahu Tuai Rumah mereka akan kedatangan tetamu yang tidak di kenali oleh mereka.

"Apa betul kita ke sini "Tanya Mudai h
ati nya sedikit bimbang apabila menuju ka rumah panjang kaum iban.
"Apa yang tidak betul. Tujuan kita untuk menyampaika sesuatu dari Tuan Besar. "Jawap Nalung cuba untuk bertenang kerena inilah kali pertama dia menjejak kaki ke rumah kaum iban. Apa lagi orang yang mereka tuju itu bukan orang sembarangan.

"Tuk.... rumah ini jadi atau tidak (Sapaan bila tetamu mau naik ke rumah panjang.)? "Kata dua orang tetamu yang asing itu.
"Jadi.... Jemput lah naik "kata salah seorang nenek tua yang bediri di penyurai(pintu luar ruai.) Selepas tetamu dua orang itu naik nenek tersebut membawa mereka duduk di ruai.
"Kalian dari mana ini? "Soal nenek itu sambil meletakkan Baku tembaga(alat untuk menyimpan sirih atau rokok zaman dulu) yang berisi sirih pinang dan rokok daun.
"Kami mencari Aki Tutung Nek ada hal yang kami mahu bicarakan dengan nya "kata salah seorang dari mereka menerangkan ke datangan mereka.
"Tutung?Ada kejap lagi dia keluar tu "jawap nenek itu sambil menyunyah pinang.Mudai dan Nalung cuba menyembunyikan rasa takut apa bila orang muda gagah gagah sama sama duduk di ruai Aki Tutung.
"Ooo Tutung ada tetamu mahu jumpa kamu di ruai sini "panggil nenek itu apabila melihat suami nya belum muncul lagi.
"Sekejap Timbung "Jawap Aki Tutung dari arah dapur.Beberapa minit kemudian Aki Tutung ke ruai Mudai menelan liur ini kali pertama nya berhadapan dengan Aki Tutung orang kanan tuai rumah. Aki Tutung bukan sahaja orang biasa beliau terkenal dengan kegagahan dan keberanian beliau ketika menghadapi musuh.Beliau begitu tegas dan seorang yang sangat bijak dalam menyelesaikan masalah persengketaan dengan kaum lain.
"Kalau boleh saya tau atas tujuan apa kamu bedua mencari saya"Tanya Aki Tutung kepada dua orang tetamu yang tidak dikenali nya itu.
"Errr... Begini Aki kami bedua disuruh oleh Tuan Smith untuk memujuk Aki dan orang Aki disini untuk berpindah ke tempat lain secepat yang mungkin kerana Tuan Smith mahu dirikan tempat ini sebagai kubu dan tempat pentadbiran british.Saya berharap Aki dapat mempertimbangan permintaan Tuan Smith "kata Mudai berterus terang kepada Aki Tutung tetapi Aki Tutung tidak terus menjawap tangan nya mengambil daun rokok. Aki Tutung menyedut asap rokok itu perlahan lahan sambil berfikir.
"Ini sudah melampau Aki!Ini tanah kita! Hak kita! Kita harus mempertahankan hak kita."Embuas bangkit berdiri membantah sekeras nya permintaan orang putih itu. Dada nya mengepam laju emosi nya dikuasai rasa marah.
"Betul tu Embuas! Ini tanah kita hak kita kenapa kita perlu tunduk dengan bangsa keparat itu." kedengaran suara anak muda yang lain turut mendukung Embuas.
"Embuas duduk dulu bawa bertenang.Tolong duduk dulu.Bawa bertenang. "Embuas dan yang lain akur kemudian duduk semula hati nya tiba tiba panas memandang dua orang anjing bangsa penjajah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience