Bab 1

Other Series 920

Tajuk :Airman
Ditulis Paradise Kiss

Bab 1

Kehijauan hutan belantara kepulauan Borneo begitu mendamaikan. Embun tua mula membasahi permukaan bumi. Bukit kelihatan berkabus tanda kesejukan masih melingkari pagi. Sejuk nya terasa hingga ke tulang hitam. Deruan sungai mengalir deras di dengar oleh penduduk yang menghuni Kepuas. Kicauan burung hutan dan ayam mula bersahut sahutan membangunkan seluruh penduduk yang menghuni rumah panjang panjang Aki Sibat.Menjelang nya pagi seperti biasa anak dara dan wanita di rumah panjang pada waktu itu bangun untuk memasak dan mengambil air ke sungai. Sudah menjadi satu rutin bagi kaum dayak iban khas nya yang perempuan untuk membawa labu untuk mengisi air minuman.

Rumah panjang Aki Sibat mempunyai seratus lebih pintu penduduk. Di hujung sekali seorang anak gadis muda yang cantik membawa empat biji labu kosong dan jaring kecil yang dibuat dari rotan untuk menyimpan peralatan mandi seperti 'pakal', 'pau' dan batu penyental daki. Untuk informasi pembaca pakal ialah sejenis kulit buah linggir yang dijemur dan dipakai sebagai sabun di sapukan pada seluruh badan dan di sentalkan bersama batu penyental daki. Manakala pau adalah buah kepayang yang disalai dan pau berfungsi sebagai perawat rambut membuat rambut menjadi lembut semula Jadi pada waktu itu.

Diruai kelihatan anak muda laki laki masih berpeluk tubuh menikmati kesejukan pagi. Ruai adalah tempat anak laki laki tidur mereka lazim nya tidur diruai manakala anak dara anak pula tidur di bilik bahkan jika gadis itu anak kesayangan bujang berani anak gadis mereka ditempatkan di sebuah meligai manakala padung atau bilik atas pula tempat wanita yang mempunyai kelebihan atau kepandaian yang luar biasa. Sewaktu dengan itu jika gadis tersebut adalah gadis biasa saja mereka akan tidur di bilik sahaja. Gadis muda itu berjalan dengan gemalai sekali menuju ke arah sungai bersama sama gadis sebaya nya. Manakala wanita wanita yang sudah di usia senja atau tua sudah bangun untuk memberi ternakan makan. Apabila kaki gadis muda itu menghampiri tebingan sungai dia mendengar seseorang memanggil nama nya.

"Sintai... Ohh endu Sintai!! Tunggu sekejap"Kaki gadis yang bernama Sintai itu berhenti apabila nama nya di panggil. Bibir nya yang selembut kuntuman bunga hutan itu pantas mengukir senyuman. Pancaindera nya menangkap susuk tubuh seorang wanita yang sudah lanjut usia nya berjalan mendekati dirinya.
"Apa apa ' ibuk'"Tanya Sintai ramah sementara menunggu wanita itu menghampiri nya.
"Nanti tolong 'Ibuk' kumpul kayu api. Pakai masak nanti mau harapkan Si Sebai waktu begini pun belum bangun lagi. Pagi pagi sudah buat sakit hati. Nak ''ibuk kumpul kepala 'ibuk'pening dan tidak sihat rasa badan."jelas terpamer di wajah tua itu meminta bantuan dari Sintai.
"Boleh nanti saya kumpulkan kayu api 'ibuk' nanti. "Kata Sintai jauh dilubuk hati nya dia berasa simpati dengan adik ibu nya itu.
"Terima kasih endu"kata ibu Sebai sambil menepuk bahu Sintai . Mata nya sirna seolah tidak bercahaya.Sintai mengangguk terus menuju ke tebing sungai untuk mengambil air dan mandi.

#bersambung

Sorry ya permulaan yang bosan dan bahasa melayu juga lemah... Selama ni saya menulis dalam bahasa iban rasa janggal pulak bila menulis dalam bahasa melayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience